CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Jangan Kedekut Waktu Niaga, Niatkanlah Bersedekah" - Anak Peniaga

2-6-2017 05:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10202| Komen: 57|Original author: Oleh: Adib Za


Dalam pada ramai yang mengomel dan merungut dengan peniaga bazar Ramadan yang bukan sahaja mengenakan harga mahal, malah kuantiti yang didapati juga sangat mendukacitakan.


Pendek kata memang begitu mengecewakan hati para pelanggan. "Tergamak peniaga membuat sedemikian ya?" kata seorang netizen. 

Namun begitu, bukan semuanya sama ya. Jangan kerana dek nila setitik habis susu sebelanga. Ternyata masih ramai peniaga yang ikhlas, tidak berkira dan tidak kedekut. 


Seperti peniaga yang menjadi viral sejak tahun lalu, Rahman Briyani. Melalui rakaman video, dapat dilihat para pelanggan sanggup beratur panjang sehingga bermeter-meter jauhnya hanya untuk mendapatkan sebekas nasi beriani daripada pakcik ini. 


Memang, ramai yang tidak tahu disebalik kemanisan atau pun kejayaan ini, banyak dugaan yang didapati sebelum berada pada tahap seperti itu. Ini diceritakan oleh anak kepada pakcik pengusaha beriani ini sendiri menerusi laman Facebook.

"Orang nampak yg manis je. Orang takkan nampak macam mana bermulanya sesuatu tu sampai boleh jadi macam ni. 10 tahun beb. bukan setahun. bukan 2 tahun. bukan 3 tahun. tapi 10 tahun berniaga nak sampai ke tahap yang mcm ni.

"Dari mula masak kt depan rumah je setiap tahun, Alhamdulillah tahun ni masak dekat kedai. Tu pun lepas 9 tahun beb. Korang boleh bayangkn sendiri macam mana keadaan rumah bila masak bnyk2."

Foto: Facebook
Katanya lagi, dia tak kan melupakan pesanan bapanya bila terlibat dengan perniagaan.

1. Ayah aku selalu cakap kt kitorng jgn pernah putus asa kalau berniaga ni. Tahun pertama niaga, kitorng menjerit nak tarik customer, "bang nasi briyani bang nasi briyani" sampai hilang suara.

2. JANGAN KEDEKUT waktu niaga. Niatkn laa bersedekah bila kita bagi nasi atau lauk tu lebih dr org lain yang biasa bagi. Ni mmg betul. Setiap satu bungkus nasi briyani kitorng jual inshaallah korang mmg boleh kongsi 2 orang.

3. Jangan pernah takut nak bagi lebih dan yang paling penting JANGAN PUTUS ASA!

Loading FB Post...

Memang apa yang dikatakan itu, bukan omongan kosong. Ramai di kalangan netizen lain turut memuji nasi beriani yang dibeli di sini begitu 'melimpah ruah'.

"Banyaknya nasi yang pakcik ni bungkus, melimpah. Moga rezeki pakcik pun turut melimpah ruah."

"Orang jujur dalam meniaga rezekinya takkan putus selamanya."



Memang, kisah peniaga sebegini seharusnya disebarkan agar memberi inspirasi kepada ramai orang terutamanya peniaga lain. - CARI 
30

Bagus
42

Marah
15

Terkejut
32

Sedih
21

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (163 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote farahamira 2-6-2017 06:06 PM
aku rasa, mereka yg bg byk tu memang baik la.. memang patut kunjung ramai2
Quote rikamiyuki 2-6-2017 06:30 PM
Mmg byk nasinya
Semoga murah rezeki pakcik ni n family
Quote prettyuglybabe 2-6-2017 06:39 PM
semoga murah rezeki peniaga yang jujur tak lokek dan tak aniaya pelanggan..
Quote MissMamamia75 2-6-2017 07:07 PM
Akak baru blk dr bazar..teringin nak mkn nasi minyak..sekali bila tgk nasinya..aduhai..ciput jer..suku bekas jer..xkena dgn lauk..terus kansel beli..
Quote RatuDunia94 2-6-2017 07:07 PM
Ni dh viral makin ramai la yg beratur kat gerai pak cik ni..
Quote JeepersCreepers 2-6-2017 07:13 PM
Setuju...pernah beli nasi lemak dpt ikan bilis sekor, timun sepotong   tau la barang dah mahal tp jgn la sampai mcm tu sekali
Quote alieyrina 2-6-2017 07:28 PM
Ya allah..segunung nasik dia boh kt ampa..sedapnya tgk ns dia kuning2 berasap mcm tu..periuk besar lak tu..untungla org batu kev..
Quote zatin0002 2-6-2017 07:50 PM
!!!Betul Betul Senang Nak Menang!!!
=========================================

Duduk Rumah Saja. Ada Handphone Boleh Dah.
=========================================

Roulette,bacarrat,wukong,tembak ikan ,slot game
semua brada di sini
=========================================

Whatsapp 016-704 7797/016-705 7797
https://www.facebook.com/luckystar118/

=========================================

Online Transfer
Maen ape dpt ape,senang cash in cash out
service 24jam
=========================================
WELCOME BONUS ,DAILY BONUS, TOPUP BONUS
BAGI SEMUA MEMBER
Quote imransulaiman 2-6-2017 08:03 PM
Banyaknya nasi pakcik tu bagi...! Macam tu baru puas hati beli...

Ni tak...ramai yang aku jumpa memang bagi sikit sangat. Senduk lauk guna hujung sudu je. Itupun dia hentak lagi sikit bagi jatuh seketul dua

Alhamdulillah setakat ni belum lagi jejak kaki ke bazar
Quote CiliPadiSedap 2-6-2017 08:23 PM
lain orang lain strategi perniagaan, pakcik ni bisnesman pemurah, ada bisnesman kira matematik untung rugi.. selamba pakcik ni bertahan 10 tahun niaga.hebat
Quote pearl.silver 2-6-2017 08:40 PM
MissMamamia75 replied at 2-6-2017 07:07 PM
Akak baru blk dr bazar..teringin nak mkn nasi minyak..sekali bila tgk nasinya..aduhai..ciput jer..su ...

Iols klu nasi sikit lauk besar tahan lagi

Jangan nasi elok2 lauk ciput je..dia nk suh orang mkn nasi kosong ke..
Ada join iftar jam'i..nasi membumbun..tapi lauk sejemput..alhamdulillah la juga walaupun kne mkn nasi kosong gaul ngn sambal je..
Quote Victorioussss 2-6-2017 08:43 PM
Bnyk nasik dia bagi. Beli sebungkus, bole share dengan gelfren satu polisterin. I suap u, u suap i..eh ade nasik la pipi syg.. erm syg sygkn abg tak?

Alahai sedeyynya hidup aku neh!
Quote Ayda89 2-6-2017 08:51 PM
Alhamdulillah semoga murah rezeki uols
Quote zawara 2-6-2017 11:38 PM
dah byk dah contoh peniaga tak berkira bertahan sampai lani..  penjual ikan kat pasar pon tak berkira, mmg kedai depa org serbu dulu..  tak rugi pon kalau sedekah
Quote diss69 3-6-2017 07:21 AM
tersentuh hati dengan kemurahan hati pakcik ni...
Quote Ajumma 3-6-2017 08:17 AM
Kenapalah pakcik jauh sangat....saya pun nk makan nasi briyani pakcik...huhuhu
Quote cheergirlz 3-6-2017 08:30 AM
betol tye..jgn kedekut..lg melimpah ruah rezeki yang Allah swt. bagi...Inshaa'Allah.
Quote hazelinsnow 3-6-2017 09:32 AM
alahh jauh la pulakk baru nak pegi ptg kang
Quote fox. 3-6-2017 11:08 AM
Menggunung nasi pakcik ni bagi.beli satu boleh berbuka 3 orang.murah rezeki pakcik ni

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.156281 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top