Tak siapa yang sanggup menonton video berkait dengan penderaan tanpa merasa apa-apa. Pasti ramai akan berasa berang dengan tindakan pelaku terbabit. Begitu juga dengan kes warga emas yang direman selepas didakwa menampar dan memukul budak perempuan menggunakan penggaru badan.
Memetik Astro Awani, wanita berusia 62 itu direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam selepas videonya memukul kanak-kanak berusia kira-kira enam tahun dengan tajuk ‘Aci Baran’ tular di laman sosial Facebook sejak malam semalam. Astro Awani melaporkan, video berdurasi 50 saat itu dipercayai dirakam rakan baik suspek. Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar, Hairol Azhar Mohd Ishak mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan siasatan terhadap dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya. Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Azlin Sadari, suspek merupakan nenek saudara mangsa dalam kejadian yang berlaku pada September 2016. Susulan penyebaran video itu, netizen mengecam keras tindakan warga emas terbabit. Malah, rata-rata netizen mahu hukuman setimpal dikenakan kepada 'Aci' berkenaan. - CARI |
20
Bagus |
7
Marah |
7
Terkejut |
10
Sedih |
12
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dinopower replied at 7-6-2017 11:57 AM
ade kwn2 india kat forum ka? adekah gini most india layan anak2....
asal2 gini la besar jd samseng. ...
abangadek replied at 7-6-2017 04:07 PM
mana mak bapak budak tu, india ni kalu pukul mmg dasyat ehh
ADVERTISEMENT