CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sayangkan Isteri, Zain Saidin Masak Sendiri Je Juadah Berbuka Puasa

8-6-2017 03:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18389| Komen: 110|Original author: Oleh : Hafiz BZ


Bukan senang nak dapat seorang suami yang rajin menguruskan kerja rumah dan pandai memasak. 

Namun bertuah sungguh pelakon, Rozita Che Wan memiliki suami seperti Zain Saidin. Nak tahu kenapa? Zain Saidin dikatakan menyediakan sendiri juadah berbuka puasa kerana tidak mahu membebankan isterinya. 


Gambar sekadar hiasan

Zain juga memberitahu kepada BH Online dia terpaksa memasak sendiri kerana perlu memilih makanan sihat dan mengawal nafsu dari melihat juadah enak di bazar Ramadan demi menjaga berat badan. 

"Saya masak nasi menggunakan beras perang dan menyediakan ayam panggang. Saya hanya memakan bahagian dada ayam. Sayur juga dimakan mentah. Selain itu, saya gunakan garam bukit untuk setiap juadah yang disediakan. "


"Itulah menu berbuka puasa saya di rumah. Memang kena kawal nikmat berbuka puasa dengan makanan sedap-sedap. Ini kerana saya ada sasaran untuk mengurangkan berat badan sepanjang Ramadan," katanya kepada BH Online. 


Menurut Zain lagi, andai tiada komitmen di luar dia pasti memasak dan meluangkan masa bersama keluarga di rumah. 

"Tapi sesekali kalau ada undangan berbuka puasa di hotel, saya ambillah makanan sedap tapi terkawal. Isteri saya suka membeli juadah berbuka di bazar Ramadan," katanya. 

Patutlah badan Zain sentiasa kekal sado, rupa-rupanya dia sangat pentingkan soal pemakanan seimbang. 

Lagipun, bulan ramadan ni sebenarnya memang memberi kita peluang untuk menurunkan berat badan. Tapi perlulah kurangkan makanan yang tinggi lemak dan gula, barulah ada perubahan. - CARI


16

Bagus
12

Marah
20

Terkejut
16

Sedih
6

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beni_nikaido 8-6-2017 03:42 PM
untungnye che ta....
nampak nau zain mmg syg abis ket che ta
aku suka bila suami ringan tulang bantu isteri camni
Quote lazim 8-6-2017 03:43 PM
yeye je zain ni. padahal masa master chef haram xreti masak. siap bergaduh dgn chef llagi
Quote fynnkakiblock 8-6-2017 03:43 PM
yawnnnnnnnnnn
Quote eshida 8-6-2017 03:43 PM
ala ntah2 suami orang lain pun masak gak tapi tak bgtau je



Quote rosasa 8-6-2017 03:45 PM
elehhhh husband akak pun masak tak jugak kepoh
Quote andromeda84623 8-6-2017 03:46 PM
tak perlukan skill memasak yg tinggi kalau takat nak masak brown rice and ayam panggang
igt kan masak lauk -lauk complicated
but still patut dipuji effort zain memasak tak mau bagi cheta penat
Quote kokocrunch 8-6-2017 03:48 PM
huntunglah che ta..
Quote manehnya 8-6-2017 03:50 PM
ok

laki RSO lah paling kacak, paling pandai, suwet muwit
Quote babydoll 8-6-2017 03:50 PM
lazim replied at 8-6-2017 03:43 PM
yeye je zain ni. padahal masa master chef haram xreti masak. siap bergaduh dgn chef llagi

bagi la dia peluang. manatau sejak kawin dgn che ta, dia blaja masak sbb che ta busy. setelah bertahun heols prektis masak, so tahun ni blh keluar news.


#husnuzondibulanramadhoooon



Quote sepitsiput 8-6-2017 03:51 PM
meols skrg pun makan brown rice ya...makin bergetah la.meols.nnt
Quote MINNIElove 8-6-2017 03:52 PM
dlm tb nmpk sheols berusia, dh mcm mak dgn anak
Quote chauky314 8-6-2017 03:56 PM
oklah tu.. rajin masak, ni lebih kurang hubby ND
Quote tomaz 8-6-2017 03:59 PM
Ye ye je kau zain.. Awal2 dah ckp "Isteri saya suka membeli juadah berbuka di bazar Ramadan"


bgus lah tu masak sndiri.. Jaga pemakanan bln puasa ni.. Jgn main sumbat je
Quote jointhecurse 8-6-2017 04:04 PM
alalaaaaa... sweaaaaaatttttnyer la
Quote prettyuglybabe 8-6-2017 04:16 PM
bila dapat bini yang melawa takde masa nak masak
Quote azimodin 8-6-2017 04:22 PM
huntongla.. laki meouls pon rajin gak. rajin masak air buat teh o panas untuk berbuka.
Quote matchstick 8-6-2017 04:23 PM
zain nk diet, che ta pulak beli makanan kt bazar je utk buka. so how...masak sendiri lah jwbnya. wartawan tanya jawablah "masak sendiri kerana tidak mahu membebankan isteri".
Quote kukukatablog 8-6-2017 04:26 PM
zain rajin masak pon ada yang panas
sememangnya ko mmg beruntung che ta.....
Quote wanitajelita 8-6-2017 04:26 PM
Klu nak jaga badan memang prepare food sendiri...

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.050016 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top