Sebahagian daripada 32 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang ditahan reman berhubung siasatan kes kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi ini. Memetik laporan Bernama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, suspek terbabit akan didakwa kira-kira jam 10 pagi ini. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan berapa ramai yang akan didakwa. “Reman seramai 32 pelajar UPNM tamat hari ini. Sebahagian daripada mereka akan dibawa ke Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini untuk didakwa,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, pagi ini.
Terdahulu, seramai 36 suspek yang terdiri daripada 32 pelajar universiti itu dan empat penuntut Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ditahan reman untuk membantu siasatan. Pada 8 Jun lalu, keempat-empat pelajar UNITEN terbabit dibebaskan manakala perintah reman terhadap 32 penuntut UPNM disambung sehingga hari ini.- CARI
|
9
Bagus |
8
Marah |
22
Terkejut |
12
Sedih |
13
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sebu1 replied at 14-6-2017 11:57 AM
X boleh merge kan ke topik2 same ni
OrenTheReturn replied at 14-6-2017 04:54 AM
Ko petik sumberrr Internet kitaorg pun blh Google sendiri! Takde buat coverage kat court ke?
ADVERTISEMENT