OPPO Malaysia meningkatkan usaha mereka untuk berbakti bulan Ramadan ini dengan membawa kegembiraan dan keceriaan kepada 424 orang kanak-kanak dari rumah anak yatim di Lembah Klang, Kota Bharu, Kedah, Johor, Perak, Kuantan, Melaka, Sabah, dan Sarawak.
Untuk menyemarakan kemeriahan perayaan, OPPO telah menghulurkan sumbangan berbentuk keperluan harian dan kewangan berjumlah RM 200,000.00 Di kawasan Lembah Klang, 35 orang kanak-kanak telah menerima bantuan kewangan dan barangan keperluan harian daripada pihak OPPO Malaysia. Khusus di kawasan Lembah Klang, OPPO telah melawati Pusat Jagaan Kasih Murni untuk membawakan pelbagai aktiviti yang menarik dan persembahan kepada kanak-kanak di rumah tersebut.
Keceriaan di rumah tersebut dimulakan dengan persembahan oleh Ollie, mascot OPPO yang cukup terkenal dan disayangi ramai. Kanak-kanak dihiburkan dengan tarian dan pelbagai aktiviti oleh OLLIE. Setelah tamatnya persembahan, OPPO menghulurkan bantuan kewangan, serta barang keperluan harian kepada rumah tersebut. Dalam langkah yang mengejutkan ahli-ahli rumah, OPPO juga mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan peluang pekerjaan kepada kanak-kanak yang layak bekerja. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia, William Fang, setiap kanak-kanak adalah istimewa dan patut merasa gembira dan selamat pada setiap masa khususnya sempena perayaan. "Kami percaya bahawa dengan sumbangan kami ini akan sedikit sebanyak membantu pihak Pusat Jagaan Kasih Murni untuk menyediakan keperluan asas para kanak-kanak dengan lebih mudah " Jelas William Fang, sumbangan yang diberikan kepada setiap rumah anak yatim itu merupakan tanggungjawab kemasyarakatan yang perlu dilakukan OPPO Malaysia. - CARI |
33
Bagus |
23
Marah |
19
Terkejut |
26
Sedih |
23
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT