CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragedi Ramadan, Dua Beranak Maut Selepas Cuba Potong Treler

17-6-2017 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6895| Komen: 53

Gara-gara cuba memotong treler, dua beranak maut selepas motosikal dinaiki bertembung dengan motosikal Yamaha 125Z sebelum digilis treler di Kilometer 3 Jalan Mempatih-Lanchang, Temerloh, kelmarin.


Memetik Harian Metro, dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam itu, Norazalina Abdul Rahim, 41, menunggang motosikal Demak dari FELDA Bukit Damar, Lanchang, bersama anaknya Nur Alya Natasha Rahim, 10.


Foto: Harian Metro

Mereka dalam perjalanan pulang selepas membeli barang basah untuk berniaga di bazar Ramadan sebelum kemalangan berlaku yang menyebabkan kedua-dua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, seorang lagi anak mangsa, Nur Alya Waheeda, 9, cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, untuk mendapatkan rawatan.


Portal berita itu melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Mohamad Noor Yusof Ali berkata penunggang Yamaha 125Z, Zulallif Rashdan Raside, 21, dari Kampung Tedong, Lanchang, luka pada tangan dan kaki kiri.

“Siasatan mendapati ketika kejadian, Norazalina dipercayai cuba memotong treler sebelum bertembung motosikal ditunggang Zulallif yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Tambahnya, pertembungan itu menyebabkan mangsa bersama dua anaknya terjatuh dan digilis treler yang dalam perjalanan ke FELDA Bukit Damar dari Lanchang.

Bagaimanapun, siasatan pihaknya mendapati pemandu treler itu tidak berhenti selepas kejadian, sebaliknya meninggalkan lokasi berkenaan.

“Polis meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - CARI
31

Bagus
14

Marah
15

Terkejut
13

Sedih
12

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pink_Purple 17-6-2017 01:11 PM
baca tajuk pun dah ngeri...

nak potong lori yang panjang. puas la nak lepas..
ni bertembung dengan motor pulak..

kail panjang sejengkal jangan nak duga lautan dlm..

dah tu seret anak sekali, tunggang bertiga pulak
Quote gigahertz 17-6-2017 01:29 PM
Pink_Purple replied at 17-6-2017 05:11 AM
baca tajuk pun dah ngeri...

nak potong lori yang panjang. puas la nak lepas..

motor akak ni enjin tak lepas utk potong. yang lori pulak x nak kalah.
Quote Pink_Purple 17-6-2017 01:34 PM
gigahertz replied at 17-6-2017 01:29 PM
motor akak ni enjin tak lepas utk potong. yang lori pulak x nak kalah.

tu la pasal..

lagi satu lori ni kadang2 tak nampak (xbekap lori ye)

apa2 pun jangan lawan le dengan kenderaan besar2 ni,dia raja jalanraya..

dah langgar pu lari tinggal gitu jer..takut kena belasah kut,




..selamat berpuasa


Quote Rahman.Mulhid 17-6-2017 01:35 PM
apakah ini kes moto takde lampu?   
Quote MakcikBunga 17-6-2017 01:43 PM
Lori tu perasan ke tak dia dah gilis mangsa?
Quote ninja boy 17-6-2017 01:45 PM
motor biasa motong jalan tengah2 garisan putih
Quote NekNgah 17-6-2017 02:32 PM
Takziah,  ngerinya...
Quote pumpkingirl 17-6-2017 02:47 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun.
Quote Pixie902 17-6-2017 02:56 PM
Takziah dan Al-Fatihah...

Kesiannya meninggal kerana nak cari rezeki di bulan Ramadhan...

Suaminya mana, kenapa suami tak pergi beli barang, ni terpaksa akak ni bawa anak sekali.

Kesian anak yang survive ibu dah pergi dulu...
Quote ultra78 17-6-2017 02:57 PM
Kalau treler tu berhenti karang pemandu itu pula dipukul sampai mati. Punca kemalangan adalah 2 motosikal bertembung. Adakah memotong di selekoh?
Quote dubuk 17-6-2017 03:16 PM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote ice_sky92 17-6-2017 03:18 PM
Inalillah.....
Quote gigahertz 17-6-2017 03:25 PM
ultra78 replied at 17-6-2017 06:57 AM
Kalau treler tu berhenti karang pemandu itu pula dipukul sampai mati. Punca kemalangan adalah 2 moto ...

ini kes memotong x lepas. biasa treler lori ni mininum 8 tayar. dalam kes ni mangsa ada muatan lebihan. motor pulak cap ayam. cc tak kuat. tgh tgh motong ada pulak 125z di depan lorong bertentangan.
moto 125z tu konfem laju.

kalau situasi ni kita terbalikan cth mangsa menaiki 125z. mangsa tidak akan meninggal kerana memotong tak lepas tapi pasal tersangkut di tayar lori.

aku biasa kalau nampak lori atau treler aku akan larikan diri sejauh boleh.  malaikat maut ada kat lori tu.

satu lagi kenderaan MPV. ni pun sama jangan duduk belakang bila drive moto.
Quote ajinomotonosuga 17-6-2017 03:42 PM
Dah tadok ayo mate nk.kuo...huargh ngantoks
Quote pyropura 17-6-2017 04:40 PM
...tapi si Zulalif tu bawak moto tengah tengah jalan ka, sampai bertembung dgn acik malang 2 beranak  tuh???? Hanat sunggoh  
Quote pyropura 17-6-2017 04:41 PM
..takziah buat keluarga acik tu ....
Quote idril 17-6-2017 05:10 PM
Pixie902 replied at 17-6-2017 02:56 PM
Takziah dan Al-Fatihah...

Kesiannya meninggal kerana nak cari rezeki di bulan Ramadhan...

Dia janda. Dengarnya lepas raya nak kawin baru. Innalillahiwainnalillahirojiun
Quote idril 17-6-2017 05:12 PM
Lampu jalan pulak xde situ gelap. Lori pulak mmg byk guna jalan tu
Quote cHimo 17-6-2017 05:17 PM
Fuh.. Dgr dari kwn2 yang biasa pakai motor.. Bahaya kalau cuba memotong treler sbb ada angin akan buat motor tak stabil.... Aishh ngeri.. Takziah buat keluarga mangsa..

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.062075 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top