CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Depa Kata Saya Pemalas" - Gadis Terkedu Dikecam Minta Bantuan Raya

17-6-2017 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14432| Komen: 134

Seorang gadis kurang bernasib baik apabila satu postingnya memohon bantuan raya untuk keluarganya dikecam netizen. Terkedu dibuatnya apabila mereka membalasnya dengan kata-kata kesat.


Memetik mStar Online, Normasmira Zulkifli, 17, meminta jasa baik orang ramai untuk menghulurkan bantuan Aidilfitri kepada keluarganya yang didakwa kurang berkemampuan menerusi akaun Facebook Kumpulan Penduduk Sungai Petani Kedah, baru-baru ini.



Bagaimanapun, dia terkejut dengan respon diterima menyebabkan dia terpaksa memadam posting berkenaan.

"Ramai hentam saya. Saya rasa sedih sangat. Bantuan tak dapat, sebaliknya depa kata saya macam-macam. Depa kata saya pemalas, depa mencarut kat saya.


"Saya rasa malu sangat, saya menangis baca komen mereka. Emak kata 'biarlah apa depa nak kata, kami bukan mencuri, cuma minta tolong'," katanya kepada mStar Online.

Normasmira atau Ira yang tinggal bersama enam ahli keluarganya di sebuah rumah tumpang di Padang Temusu, Sungai Petani, menjelaskan dia terpaksa menggunakan Facebook untuk mendapatkan bantuan.

"Duit sekupang pun tak ada, macam mana nak raya," katanya.

Menurut gadis itu, dia sudah berhenti sekolah tahun lalu kerana kesempitan hidup, ditambah pula ibunya tidak bekerja selepas terbabit kemalangan pada 2008, tahun sama bapanya meninggal dunia akibat sakit jantung.

Dugaan hidup bertambah apabila dia disahkan menghidap penyakit Talasemia.

"Sejak itu kakak saya yang sara keluarga, dia buat macam-macam kerja.

"Sekarang dia berniaga air di bazar Ramadan, dapatlah RM20 hingga RM30 sehari. Duit itulah buat beli beras dan lauk kami.

"Sekarang hanya adik dan dua anak saudara saja yang bersekolah. Abang tak bekerja, dia buat hal sendiri," katanya. 


Foto: mStar Online

Sementara itu, dia akui menerima beberapa panggilan daripada orang tidak dikenali berjanji menghulurkan bantuan. - CARI
16

Bagus
17

Marah
12

Terkejut
17

Sedih
17

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 16-6-2017 02:41 PM
nak gak yang sembah banyaj tuhan tolong(uncle kuan). yang konon konon sembah satu tuhan satu akidah kiblat sama lebih pada bad comment
Quote prettyuglybabe 16-6-2017 02:48 PM
suruh abang yang jadi biawak tu kerja sara keluarga ye dek..
berhari raya bukan bermakna semua kena baru..
apa yang ada tu, itu la dia..
kalau betul miskin, jumpa penghulu atau pusat zakat minta bantuan..
zaman ni orang ramai menipu..
sebab tu orang susah nak percaya kalau minta bantuan itu ini..
lagi-lagi kalau boleh ada sematfon internet berfb bagai..
Quote Bedah.Cun 16-6-2017 02:49 PM
Ntah lar ai rase yang set2 ala2 malaikat neh sebenarnya lebih jahat daripada setan dan tak berhati perut
Quote Bedah.Cun 16-6-2017 02:51 PM
Haah, smartphone bagai tue menimbulkan rasa syak wasangka orang ramai. Tapi zaman neh ai rase memang ade golongan miskin yang mcm itu. Dia takde mobiliti. For raya tue ai rase takyah kot beli baru semua. Janji cukup makan minum dan rumah ngkau nak berteduh sudahlar.
Quote Modngengade 16-6-2017 02:55 PM
cash la dekk...len kali mintak bantuan kat saluran yg betul....hang mintak kat fb mana org nak tau betul ka auta....zaman la ni byk scam dekk oii....koserr sgt nk simpati dgn rayuan di fb...
Quote chandrahusin 16-6-2017 02:56 PM
aku tak nak la kata apa2 pasal adik ni
sbb aku pun tak tolong dia
cuma aku nak tanya soalan
org susah mcm mana boleh berfb?
internet, fon ambik mana?
aku ada tgk org yg byk bil2 utilities tertunggak tak berbayar
tapi anak beranak ada instagram, facebook & twitter bagai
& klu tgk dlm fb insta semua tu tak kurang apa pun
Quote kecimpret 16-6-2017 02:59 PM
mintak zakat la dikkk bukan kat FB
Quote azimodin 16-6-2017 03:02 PM
Aku xnak la kecam tapi adik boleh la jumpa to penghulu mintak dia usahakan untuk dapat bantuan zakat & JKM. Sambil2 tu suruh la tok tu bagi sedas dua penumbuk kat abang biawak hidup tu dik. Kakak pulak mungkin boleh ambik upah jaga anak orang, ambik RM250 sorang. Paling tidak dapat la duit tetap. Aku pon dibesarkan oleh ibu tunggal dengan adik yang kurang upaya, duit jaga ank orang tu la yg besarkan kami adik beradik.
Quote FanTasyCreaTioN 16-6-2017 03:15 PM
baca berita macam ni , mengingatkan FC pada baju terpakai yang orang derma untuk mangsa banjir .. sayang nya terlonggok d tepi jalan saja tak d peduli..

alangkah bagus nya kalau baju-baju tu d agihkan untuk orang-orang yang macam ni.
kalau tak hargai dan mencemek muka nak baru juga .. tak tau la

bantuan kewangan FC agak tak setuju sebab ada abang biawak tu yang menumpang sama
harap ada yang hulur bantuan dalam bentuk beras dan barang keperluan lain



Quote zach2008 16-6-2017 03:18 PM
Lbh baik kalau tak nak tolong, dok diam2. Tak payah kecam.
Nak hulur bantuan, tp was2, kalau ada masa datang la tengok sendiri. Dia jemput kan.
Saluran tak betul, apa la yg dia tahu... dah la tak sekolah.
Quote siputsedut 16-6-2017 03:20 PM
Silap adik ni jgk..mintak tlg tu sbb nak raya...kalau dia ckp utk beli keperluan harian mcm makanan ke byr sewa..rasanya org tlg je...sbb bg ummah ..raya tu xyah beria...bukan wajib pon beraya.. ummah pon ramai yg ala x raya sbb kekangan kewangan...n netizen pon kemain...xyah la bash...bg la nasihat utk adik ni mintak bantuan di saluran yg btl...
Quote qistiena 16-6-2017 03:21 PM
pergilah mintak bantuan kat ketua kampung dik...
Quote scorpionkiki 16-6-2017 03:24 PM
mai jd maid kat rmh i dan tolong jg 8 ekor kucing...gaji rm800
Quote Bedah.Cun 16-6-2017 03:24 PM
Kes macam neh ai rasa better netizens bantu dia dengan bagi maklumat untuk minta bantuan. Kau tak payah bagi duit pun. Bukannya dia letakkan pisau kat leher ngkau suh ngkau bagi duit derma atau kejar ngkau macam pemintak sedekah Rongya tue. Just inform dekat dia dalam komen, dia boleh pegi pejabat zakat ker haper then report keadaan femli dia ke haper kat orang2 tue. Lagipun dia tak cakap kurang ajar pun dalam pos die.
Quote missinpiece 16-6-2017 03:30 PM
Sedara mara me yg agak susah mana diherannya baju2 banjir. Semenjak bertukar saiz banyakla baju baru me bg kat dieorg. Bukanla murah2 brand Ariani bagai la (opis nye baju raya kalau ikutkan me xdela nk beli memahal). Rupanya sekadar jadi kain buruk n yg lebih penting adalah sematphone n fb. Sejak tu mmg malasla me nak berkutik bila sedara mara ni mengeluh xde duit.
Btw pepagi tadi tgk Nasi Lemak Kopi -O ada segmen sumbangan bantuan persiapan hari raya utk penduduk PPR Kota Damansara. Mampu menggeleng je tgk keadaan rumah n keluarga si penerima sumbangan. Cerita adik Mira Fb ni lg meyakinkan kot.
Quote sabbath_shalom 16-6-2017 03:35 PM
Orang Kedah Perlis memang hati kering....mangga harumanis depa tanam pon depa sanggup bakaq dari bagi hangpa makan naaa.

Yang hati murni bijak pandai ni dulu semua dah kena culik oleh tentera Thai semasa tentera Thai upah kerajaan Melayu Ligor dan Singgora serang Kedah duulu2...abis bijak pandai Kedah jadi tawanan di Bangkok dan Ligor..

Yg tersisa di Kedah yg bodoh dan hati kering.
Kalau sembahyang berjoget tahu pulak depa kata harammmm.
Quote missinpiece 16-6-2017 03:36 PM
Bukan nak dinafikan hak mereka yg kurang mampu ni. Bukan nak meninggi diri bermegah ke hape. Tringat dolu2 me pon pnah muda masa blaja wat part time, kadang tu tunggu panggilan keje lambat sgt mula la x senang duduk pegila mencari part time jaga kedai n pape yg boleh support belanja bulanan.
Pantang jugak jmpa org yg sume bnda nak bersuap je nih
Quote sekngucing 16-6-2017 03:36 PM
pegi mati ajelaa dek kalau dah tak larat hidup
dunia ni tempat org kuat kuat saja org lemah,  lembik,  berpenyakit eloklaa kembali ke pangkuan ilahi
Quote kentel 16-6-2017 03:47 PM
sabbath_shalom replied at 16-6-2017 03:35 PM
Orang Kedah Perlis memang hati kering....mangga harumanis depa tanam pon depa sanggup bakaq dari bag ...

meroyan meloncat melantun trakea baca

Lihat semua komen(134)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.060171 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top