CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majikan Dibunuh Dengan Bantal

18-6-2017 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9656| Komen: 67

Jika sebelum-sebelum ini kita sering disajikan dengan berita penderaan atau salah laku majikan terhadap pembantu rumah.

Namun, mStar Online semalam melaporkan polis menahan seorang ‘amah’ warga Indonesia kerana disyaki menekup bantal ke muka majikan sehingga menyebabkan kematian.



Foto: HuffPost

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nayan, pihaknya menerima maklumat mengenai wanita berusia 65 tahun terbaring tidak sedarkan diri di atas katil dengan sebuah bantal yang menutup wajahnya, pada awal bulan ini.

"Kita temui wanita itu dalam bilik utama dan jiran-jirannya mendakwa tidak mendengar sebarang bunyi bising. Adik mangsa turut memaklumkan bahawa pintu rumah kakaknya dikunci dari dalam," kata Othman kepada mStar Online.


Menurut laporan, warga emas yang sudah bersara itu tinggal di rumah berkenaan dengan seorang pembantu rumah berusia 25 tahun, manakala suami mangsa pula meninggal dunia 15 tahun lalu.

"Pasangan tersebut tidak mempunyai anak dan mangsa ada masalah jantung," katanya.

Tambah Othman, suspek dipercayai melarikan diri sejurus kejadian berlaku dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan asphyxiation (kelemasan) selain terdapat kesan gigitan pada puting payudara kanannya.

Suspek ditahan pada Khamis lalu, berhampiran Negeri Sembilan bersama seorang lelaki warga Indonesia berusia 29 tahun yang dipercayai ada kaitan dengan kes terbabit.

Kedua-dua suspek direman sehingga 21 Jun dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori. - CARI
13

Bagus
10

Marah
23

Terkejut
10

Sedih
15

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sebu1 17-6-2017 09:02 PM
Indon ni bunuh bangse ape dasarrrrr:
Quote EJALTI 17-6-2017 09:10 PM
Polis tahan kekasih kacang hantu

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ekasih-kacang-hantu

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Jun 2017 @ 3:06 PM

Kalidevi Mogan Kumarappa
[email protected]



SEPASANG kekasih warga Indonesia ditahan di Nilai, Pajam, berhubung kematian wanita warga emas di Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nayan, berkata wanita 65 tahun itu dijumpai tidak sedarkan diri terlentang atas katil dalam keadaan muka ditutup dengan bantal, pada 6 Mei lalu.

Katanya, mangsa yang juga pesara bank menetap bersama pembantu rumahnya warga Indonesia sejak 15 tahun lalu selepas kematian suaminya.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat lemas. Malah, ada kesan gigitan pada puting sebelah kanan dipercayai gigitan manusia.

"Berikutan itu, pembantu rumah mangsa berusia 25 tahun melarikan. Dia ditahan pada 15 Jun lalu, di tapak pembinaan di Pajam, Nilai.

“Teman lelakinya ditahan pada hari yang sama di lokasi berdekatan, " katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua suspek terbabit ditahan reman hingga 21 Jun ini.
Quote stania83 17-6-2017 09:13 PM
Siapa yg gigit???
Quote ciwi1166 17-6-2017 09:39 PM
pehal men gigit puting plak nih...
Quote Skuau 17-6-2017 11:52 PM
Ok ler tu..ko amik yindon tuk 'bunuh dr sundiri' drp bunuh ore lain yg 'xder kena mengena dlm citer ini'.
Quote chinta89 18-6-2017 02:23 PM
Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia disebabkan asphyxiation dan terdapat kesan gigitan pada puting payudara kanannya.



geget put**g??
Quote EJALTI 18-6-2017 02:28 PM
Sial punyer pasangan indon lahanat...
Quote pearl.silver 18-6-2017 02:34 PM
Duduk dgn maid sejak 15thn
Tapi maid tu baru umo 25thn
Ke ni maid baru...dok bw bf dtg umah..majikan marah..
Quote EJALTI 18-6-2017 02:35 PM
stania83 replied at 17-6-2017 01:13 PM
Siapa yg gigit???

Kemungkinan digigit oleh amah babu indon bangsat lahanat tuh, coz cuba mangsa dgn amah berdua jerk kat rumah tuh...
Quote EJALTI 18-6-2017 02:37 PM
pearl.silver replied at 18-6-2017 06:34 AM
Duduk dgn maid sejak 15thn
Tapi maid tu baru umo 25thn
Ke ni maid baru...dok bw bf dtg umah..majik ...

Iols rasa wartawan harian metro tuh bengong. Kalau dari wartawan the star, mangsa kematian suami sejak 15 tahun lalu...
Quote matchstick 18-6-2017 05:37 PM
aliff syukri hati hati...
Quote Pink_Purple 18-6-2017 05:45 PM
setan punya indon,

kenapa bunuh maaaaajikan tu, rompak ke..
Quote mommymonster82 18-6-2017 05:49 PM
Korg jgn nk kutuk indon..mesti majikn tu yg jahat

Trisnam
Quote NBM 18-6-2017 05:49 PM
lama dulu masa aku ddk kt USJ ada jugak kes bunuh majikan ni. Kebetulan kejadian tu dkt dgn taska anak aku so dpt la aku tgk dari mula polis dtg smpai la dpt bawk maid tu keluar dari rumah tu. Ngeri weh, dia bantai kepala majikan dia dgn lesung batu sampai mati orang tu
Quote izzat1987 18-6-2017 06:54 PM
Patut dihukum mati agar semua amah2 jahat takut sikit
Quote izzat1987 18-6-2017 06:55 PM
Manusia makin kejam bak anjing gigit tuan sendiri amah jahat ni. Tergamak bunuh majikan sendiri.
Quote Teru2Bozu 18-6-2017 07:00 PM
dah lama tak nampak embak trisna kt sini.
Quote scorpionkiki 18-6-2017 07:06 PM
NBM replied at 18-6-2017 05:49 PM
lama dulu masa aku ddk kt USJ ada jugak kes bunuh majikan ni. Kebetulan kejadian tu dkt dgn taska an ...


Dekat rumah i tu...berbali kali dia pukul kepala chinese tu...
Quote NBM 18-6-2017 07:10 PM
scorpionkiki replied at 18-6-2017 07:06 PM
Dekat rumah i tu...berbali kali dia pukul kepala chinese tu...

tu la yg kite dengar. Katanya tiap2 hari dia kena marah dgn majikan perempuan tu, agaknya tension kot asik kena marah je.  Kecik je maid tu. Dgrnya dia siap cuci darah kt lantai, puas orang pujuk dia suh bukak gate

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.049568 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top