CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Isteri Muda Bukan Perampas Tapi Takdir, Setuju?

20-6-2017 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14806| Komen: 73|Original author: Oleh : Hafiz BZ


Umum mengetahui, jodoh, rezeki dan ajal semuanya adalah ketentuan Allah S.W.T. Namun jodoh yang berkait dengan pernikahan poligami sentiasa menjadi isu paling sensitif buat kaum wanita.

Oleh kerana poligami adalah salah satu di antara syariat Islam, kebanyakan golongan suami suka mengusik si isteri untuk memasang hajat berkahwin lagi. Malah ada yang betul-betul merealisasikan hajat tersebut atas pelbagai alasan. 

Persoalannya, selepas berpoligami wajarkah "isteri muda" dilabel sebagai perampas suami orang? 

Hal ini kerana kebanyakan masyarakat sering memandang serong pada wanita yang sanggup berpoligami kerana dikatakan sanggup berkongsi kasih dan merampas kebahagiaan wanita lain.


Memetik portal mingguanwanita, semua orang mengimpikan untuk bertemu jodoh dengan pasangan yang mencintainya sepenuh hati dan dapat menjaganya seumur hidup. Sebagai wanita, pasti mendambakan lelaki yang masih bujang sebagai pasangan. Tidak ada yang memasang angan untuk menjadikan suami orang sebagai calon suami bukan?


Walau bagaimanapun, takdir menentukan segalanya. Kita tak mampu melawan takdir yang telah tersurat. Bergelar isteri kedua, ketiga mahu pun keempat, pelbagai cabaran yang perlu ditempuh pada masa hadapan.

Menurut Pensyarah Kanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam, Hariyati Ariffin, masyarakat selalu beranggapan wanita yang menjadi isteri kedua/isteri muda ini wanita yang tak bagus akhlaknya, perampas kebahagiaan orang lain. Dalam hal ini, kita boleh lihat perkara ini dari dua sudut berbeza iaitu sudut positif dan sudut negatif.

“Ada wanita yang sanggup menjadi isteri kedua untuk membantu suami menjaga isteri pertama yang mungkin sakit. Jika begini, wanita ini tidak sepatutnya digelar perampas. Sebaliknya melakukan pengorbanan besar kerana sanggup membantu suami untuk menjaga isteri pertama. Anak-anak dan rumah tangga.


“Dari sudut negatifnya, wanita itu mungkin berkahwin dengan suaminya yang jauh lebih berusia adalah disebabkan tarikan material semata-mata. Sanggup mengahwini lelaki yang jauh lebih tua daripada mereka, yang sudah layak dipanggil ayah. Ada juga isteri kedua yang ‘tidak sedar diri’ dan berlebih-lebih sehingga memberikan kata dua kepada suami supaya ceraikan isteri pertama walau pun isteri pertama rela dimadukan. Kalau kes macam ini, selayaknya dia digelar perampas.” Ujar Hariyati memulakan bicara.

“Tak dinafikan, mungkin ada isteri kedua yang sanggup berkongsi kasih kerana benar-benar sayang pada lelaki tersebut. Mereka jujur dan setia dengan suami mereka walau pelbagai cabaran yang mereka terpaksa lalui. Namun bagi saya, mungkin 20 peratus sahaja dalam kategori ini. Manakala 80 peratus adalah disebabkan oleh faktor kebendaan dan kestabilan hidup" kata Hariyati Ariffin.


Jadi sudah jelas di sini bahawa bukanlah semua "isteri muda" adalah perampas hak orang lain. Selain faktor-faktor yang dinyatakan di atas, mungkin juga ada di kalangan wanita yang tertipu dengan status teman lelaki hingga sudah terlajur cinta.

Mulai hari ini, marilah kita perbetulkan semula tanggapan negatif terhadap pasangan yang berpoligami terutamanya yang telah bergelar "isteri muda". Ini kerana berpoligami itu satu ibadah bagi lelaki yang mampu dan juga buat wanita yang bermatlamatkan redha Allah. - CARI.

13

Bagus
20

Marah
17

Terkejut
13

Sedih
28

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jajahoney 20-6-2017 02:47 PM

setuju. pergi mampos
Quote chinta89 20-6-2017 02:48 PM
bini tua pun ko x bg nafkah,... mcmne pejabat agama boleh lepas nk bg kebenaran nikah satu lagi? jd biawak hidup benarkan bini2 tadah kerang dan bg nafkah makan minum ke laki??


bukan perampas, tp ape jdahnya yg bini tua teraniaya? kalau btl2 boleh blaku adil lain cter mslahnya dlm kes skg2 ni bukan sb takdir dah.. dh tau laki org, dh tau lelaki tu abaikan bini n anak2 dsebabkan dia, kenapa nk teruskan jugak??
Quote prettyuglybabe 20-6-2017 02:49 PM
apasal nak tunjuk one side?
always cerita perempuan perempuan perempuan
yang issue lelaki tu napa tak kupas sekali?
kalau betul laki tu mampu nak berpoligami, lantak la dia..
yang tak mampu tapi gatal nak berpoligami, kenapa perempuan dikatakan perampas?
laki tak mampu tapi gatal tu biar terlepas?
Quote CardiGans85 20-6-2017 03:06 PM
Mmg bkn perampas cuma lelaki kena betul,adil n kewangan memainkan peranan yg tinggi juga.  
Quote chazey 20-6-2017 03:10 PM
Takdir apa pula kalau dah 10 lelaki bujang berderet nakkan ko tapi kote laki orang jugak lo sangapkan? Eleh. Pilihan nefsew sundri but ujung2 ditudingnya jari kat Tuhan kata tuh takdir. Pi mampos lah.
Quote qistiena 20-6-2017 03:20 PM
nape selalu salahkan perempuan...
kalau tepuk sebelah tangan takkan berbunyi...
Quote aqua_marine 20-6-2017 03:35 PM
memang takdir..

takdir utk menjadi seorg perampas..
Quote jerukkedondong 20-6-2017 03:49 PM
Andai begitu takdirnya...
Hanatttt sangatt
Quote pocongkiutss 20-6-2017 04:13 PM
Pegi mamp :
Quote pocongkiutss 20-6-2017 04:14 PM
qistiena replied at 20-6-2017 03:20 PM
nape selalu salahkan perempuan...
kalau tepuk sebelah tangan takkan berbunyi...



Kalau dah tau laki org..kenapa nak layan jugak?

Dia letak pisau kat leher ke..paksa suh layan kemiangan?

Biasa no 2 ni la yg palinnnngggg meroyan kalau laki nak tambah bini no 3
Quote missinpiece 20-6-2017 04:37 PM
Yolah sgt.
Muka mtk pelompang    
Quote -electrifying- 20-6-2017 05:00 PM
ade situasi yg boleh kita anggap sbgai perampas dan sebaliknya
Quote KucingKedai 20-6-2017 05:55 PM
Wak lu. Gi mamps
Quote manjalara_01 20-6-2017 06:03 PM
Edited by manjalara_01 at 20-6-2017 06:06 PM

alaa..kalau isteri semua bleh buat, suami sakit ke anak sakit ke, sndiri sakit ke.. semua beres...
tp ni isteri pertama sakit terus "putus asa" kawin lagi sorg utk jaga isteri pertama? BS btul....
Quote manjalara_01 20-6-2017 06:10 PM
chinta89 replied at 20-6-2017 02:48 PM
bini tua pun ko x bg nafkah,... mcmne pejabat agama boleh lepas nk bg kebenaran nikah satu lagi? jd  ...

Pejabat Agama x fikir pjg...x fikir kesan jangka pjg pd anak2...nnt..terbela ke x nasib masing2..Itu lantak pi la kan..Kan slalu ustaz2 cceramah kata kawin la..nnt rezeki berlipat ganda..confirm punye..
Quote amyza 20-6-2017 06:19 PM
Memang masyarakat mencemuh pompuan lebih drpd lelaki. Kalau nak hidup aman-damai jauhkan lah diri dr laki org. Bile dh terlibat dgn laki org, serabut kepala otak.
Quote Andyscenes 20-6-2017 06:28 PM
Siapalah sudah jadi bini no 2 aku? Haha.

Sebulan kawen da meninggal sbb kena bunuh
Quote Jorja 20-6-2017 06:33 PM
Amboi..tak perlu minta izin nak kahwin satu ya tapi I da bgtau husband I kalau dia kahwin satu lagi I akan minta cerai.  Kalau dia tak nak ceraikan I akan buat macam2 hal sampai dia gila.. I bukan ustazah. I tak boleh terima konsep celup sana sini. I bukan coklat celup. So ladies beringatlah manusia boleh berubah..pastikan u ada harta yg cukup utk survive kt donia yg fana ini
Quote indenial 20-6-2017 10:21 PM
It takes two to tango

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.228690 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top