Masakan ayam masak tomato sentiasa menjadi kegemaran semua orang. Jika bukan, tidaklah ia menjadi santapan di kebanyakan kenduri mahu pun rumah terbuka yang menyediakan nasi minyak atau nasi tomato.
Mendengarkan sahaja boleh buat kecur air liur. Satu menu enak yang mudah disediakan, boleh anda sediakan bukan sahaja untuk berbuka nanti, malah lebaran yang bakal tiba. Pastikan ayam digoreng seketika terlebih dahulu, namun jangan biarkan ia garing, cukup dengan gorengan yang sekejap sahaja. Barulah ayam masak tomato lebih enak dan berjus. Jom cuba! Bahan-bahan: 1 ekor ayam - potong kecil (Garam, kunyit dan goreng - jangan garing sangat.)
3 biji bawang besar* 4-5 ulas bawang putih* 1 1/2 inci halia* (Kisar semua bahan bertanda *) 3-4 senduk cili kisar 5 sudu besar sos cili 2 biji tomato 2 batang serai - diketuk 1 kulit kayu manis 3 bunga lawang 5 buah pelaga Garam dan gula secukupnya Cara-caranya: 1.Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau. Masukkan serai. Tumis sekejap. 2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai garing. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi sampai garing. 3. Masukkan gula, sos cili dan tomato. Biar seketika. Kacau sesekali. Perisakan garam. 4. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Sedap dimakan dengan nasi minyak atau nasi tomato ketika hari raya nanti. - CARI Kredit resipi: FB Koleksi Masakan Ayam |
12
Bagus |
13
Marah |
21
Terkejut |
11
Sedih |
4
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ainashiqa replied at 20-6-2017 04:08 PM
apa beza ayam mask merah,ayam masak tomato ngn sambal ayam?rs mcm sama je sume..kuikui
ainashiqa replied at 20-6-2017 04:08 PM
apa beza ayam mask merah,ayam masak tomato ngn sambal ayam?rs mcm sama je sume..kuikui
raradhia replied at 23-6-2017 09:30 PM
ada resepi tu pkai tomato puri , org ckp sedap tp iolls xtaw laa sbb xpernah try lg. .hihi
boongalalang replied at 24-6-2017 06:08 PM
Sedap, mmg pakai tomato puree.
Lagi mengancam rasa dia
Mak mertua pakai tomato soup sbb xsu ...
raradhia replied at 23-6-2017 09:30 PM
ada resepi tu pkai tomato puri , org ckp sedap tp iolls xtaw laa sbb xpernah try lg. .hihi
ADVERTISEMENT