CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Selamat Jalan Jupe!

21-6-2017 06:01 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 10162| Komen: 38

Yuli Rachmawati

Bersyukur kerana berkesempatan berjumpa dengan wanita terkenal melalui caranya tersendiri. Biarpun dia bukan Wanita Pertama Indonesia, tapi mempunyai pengaruh dan pengikut instagram paling tinggi di antara selebriti Indonesia. Hebat kan? 


Julia Perez atau nama manjanya, Jupe dilahirkan sebagai Yuli Rachmawati. Riwayat hidupnya terlalu singkat, dilahirkan 15 Julai, 1980  hingga 10 Jun 2017. Nafas terakhirnya di Hospital Cipto Mangunkusumo. 

Innalilahiwainailahirojiun. Selamat jalan Jupe! 

 
Seorang pelakon terkenal, pernah membintangi 25 filem, pelbagai genere, tapi kebanyakannya tidak berkualiti cuma filem `Gending Sriwijaya` memberi peluang Jupe mememangi anugerah, `Best Female Actress in Royal Bali Film Festival'. Juga dikenali sebagai penghibur dangdut dengan tarian lucah. Jupe mencabar pihak majlis Agama Islam Indonesia, adakah persembahannya di pentas dianggap  lucah? Mencetuskan satu kontroversi...

 
Jupe pernah buat rakaman lagu dangdut, cuma ada empat album sahaja dan selebihnya lagi-lagu untuk OST, lagu latar filem/Tv. Maaf cakap, suaranya taklah sehebat mana! Karier seninya terus berkembang, dia terlibat sebagai pengacara siri tv. Dan akhir sekali seorang ahli perniagaan. 

Pertemuan pertama saya dengan Jupe semasa di salah sebuah hotel terkemuka di Jakarta dalam acara pelancaran sepatu sport SPEC, made in Indonesia. Ketika itu saya adalah senior editor pada majalah Bola Sepak. 

Jupe muncul bersama kekasihnya Gaston Castano, pemain bola sepak import untuk Kelab Balik Papan. Mereka kelihatan cantik dan sepadan. Tidak hairanlah kalau Gaston ini kaki perempuan, ya ampun elok sangat! Dialah penyebab menularnya penyakit itu kepada Jupe. 


Kami tidak sempat berbual panjang kerana terikat dengan tugas masing-masing. 

Pertemuan kedua, mengambil tempat di Kuala Lumpur. Sudah tentulah saya sebagai DJ radio! Pertemuan kali ini lebih mesra dan akrab! Kedatangan Jupe ke sini untuk memperkenalkan single terbaru. Lagu `catchy' dan sedap didengar. 

Saya sempat berbual tentang nama Jupe yang sedikit pelik dan latar belakangnnya. Saya kagum Jupe tidak pandai berselindung malah bercerita terus terang dengan penuh berkeyakinan. Saya kagum dengan sikap ini. Dalam perbualan ini dia ketawa, menangis dan melucu. She is so special!
  
Pekerjaan pertama Jupe  sebagai setiausaha di sebuah syarikat perabot yang dimiliki oleh syarikat Belanda. Dalam waktu yang sama, dia menjalin cinta dengan anak pemilik syarikat itu. Lantas Jupe mengikut kekasihnya berhijrah ke Belanda.  

Semasa lawatannya ke Potugal pada 2002, Jupe berkenalan dengan pemuda kacak bangsa Perancis bernama Damien Perez. Hubungan itu semakin akrab dan  mereka diikat dengan perkahwinan. 


Hubungan bersama Damien Perez adalah permulaan sebuah kehidupan yang diinginkan. Ia membuka kesempatan untuk Jupe menjadi model untuk majalah FHM dan Maxim, terbitan Perancis.  Gambarnya mempersonakan # seksi. Kemunculan berani dalam dua majalah terkenal itu membuatkan Jupe telah dicalonkan sebagai salah satu daripada 100 Sexiest Women in the World. 

Selepas bercerai dengan Gaston Castaño yang dikahwini  pada 2013 dan mereka berpisah 2016. Jupe memberitahu mahkamah dia tidak sanggup tinggal bersama suami yang suka selingkuh dengan orang lain. Itu adalah punca dia mendapat penyak kanser mulut rahim. 

Pada tahun 2014, Jupe mendedahkan dia telah didiagnos dengan Peringkat 2 kanser serviks. Menjelang 2016, kanser telah mencapai Tahap 4 dan dia meninggal dunia pada Jun 2017. 

Selamat Jalan Jupe! Semoga anda damai di sana. 
22

Bagus
17

Marah
24

Terkejut
16

Sedih
23

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 21-6-2017 06:16 PM
Walaupun tred ni dah ketinggalan..tapi nak juga komen
Gambar2 arwah semasa di hosp yg lalu kt ig explore iols sebelum dia meninggal, semuanya tunjuk wajahnya yg ceria. Walaupun ada caption tu ckp jupe baru lepas treatment, jupe dah x kenal org2 yg lawat dia..
Iols respek kekuatan beliau.
Quote KucingBiru 21-6-2017 06:25 PM
I tgk video org interview dia tentang Gaston. Sedih weh...  dia cakap, org tak tau how dia setia 8 tahun dgn Gaston tapi hidup penuh kesengsaraan... org selalu tuduh dia perempuan murah, suka seksi.. macam dia yg jahat tapi sebenarnya gaston yang buatkan hubungan diorang musnah.

Tgk video2 nampak dia seorang yang tramat jujur... tak tau kenapa.. walaupun dia seksi aku serious suka dgn ketelusan dia. sedih aku... moga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yg Allah sayang... ameen...
Quote barfi 21-6-2017 06:31 PM
Takziah utk jupe.
Kalau betul gaston penyebar kanser kpd arwah, maknanya sekarang gaston pun ada kanser la kan? Ke macammana ?
Quote aku.semut.merah 21-6-2017 06:48 PM
Boleh sesiapa tepek gambar tong gas tu tak?
Quote sebu1 21-6-2017 07:18 PM
aku.semut.merah replied at 21-6-2017 06:48 PM
Boleh sesiapa tepek gambar tong gas tu tak?

Tong gas mane pulak
Quote putehkundor 21-6-2017 07:26 PM
Baru tahu mama richie pernah jadi senior editor majalah bola sepak.... Pandai ke chuols sepak bola?
Quote danieladam 21-6-2017 07:39 PM
Elok sgt ke tong gas tu smpai mama richie pon smpat menyelitkan kata2 geletis terhadap heols?
Quote Burong_Hantuk 21-6-2017 07:39 PM
maap lah nakk,sya lihat penulisan awak nih tak sebagos penulisan budak budak di forom.com nih.kisah kematian ini sudah basi.
Quote Burong_Hantuk 21-6-2017 07:41 PM
usah puja sangat .kerna arwah beri kesan yang tak bagos pada ugama islam dulu.
Quote annehuda 21-6-2017 07:43 PM
Erm bod gossip antarabangsa kan ade?  
Quote sofiazara 21-6-2017 07:56 PM
Edited by sofiazara at 21-6-2017 07:58 PM

dia ni yg nak potong tetek kalo kalah bola dgn malaysia or something liddat??

edit.bukan potong tetek

tapi nk pakai coli laser utk alihkan tumpuan pemain malaysia. yucks
Quote umbut 21-6-2017 08:02 PM
barfi replied at 21-6-2017 06:31 PM
Takziah utk jupe.
Kalau betul gaston penyebar kanser kpd arwah, maknanya sekarang gaston pun ada k ...

Lelaki hanya pembawa.. perempuan derita..
Quote Sonneblume 21-6-2017 08:15 PM
barfi replied at 21-6-2017 06:31 PM
Takziah utk jupe.
Kalau betul gaston penyebar kanser kpd arwah, maknanya sekarang gaston pun ada k ...

Tak silap i virus hpv tu buat cancer cervix. Gaston ni jenis mkn luar kot. Jolok sana sini tu yg  bg virus tu kt arwah. Walahualam.. acik2 pun jgn lupa ye buat pap smear tiap tahun..penting tu utk kesan virus hpv ni.
Quote pearl.silver 21-6-2017 08:18 PM
barfi replied at 21-6-2017 06:31 PM
Takziah utk jupe.
Kalau betul gaston penyebar kanser kpd arwah, maknanya sekarang gaston pun ada k ...

Dia bawa kuman je kot..kuman tu jd kanser pd pompuan.
Quote barfi 21-6-2017 08:21 PM
pearl.silver replied at 21-6-2017 08:18 PM
Dia bawa kuman je kot..kuman tu jd kanser pd pompuan.

Ohh tapi kuman yg ada pada dia tak effect diri dia pula?
Quote Glass_shoes 21-6-2017 08:23 PM
aku.semut.merah replied at 21-6-2017 06:48 PM
Boleh sesiapa tepek gambar tong gas tu tak?

IMG_20170621_202242.jpg
Quote jasmeen 21-6-2017 08:24 PM
Maaf penulisanTT here and there la...kronologi berterabur ...bilajumpajupe? Bila jumpaperez? Bilabreakupperez?
Quote mommymonster82 21-6-2017 08:27 PM
Gugel jumpa ni...
Quote kiah_mai_pulak 21-6-2017 08:27 PM
Sejak jupe ni meninggal terus masuk kuburan retis tempatan kah?? X tahu pulak sejak bila jupe perez ni beranak kat Malaysia. Kosserrr

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.074228 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top