Gara-gara mahu kelihatan seksi dan montok, penampilan Marah Carey dikecam oleh ramai netizen. Penyanyi berusia 47 tahun itu dilihat mengunjungi beberapa buah butik ketika berada di Barcelona, Sepanyol baru-baru ini.
Menurut laporan Daily Mail, penampilan pelantun lagu Dreamlover ini berjaya mencuri perhatian masyarakat setempat. Pada mulanya mereka hampir tidak mengenali Mariah kerana tidak memakai solekan dan rambutnya pula dibiarkan disisir ke belakang. Figura tersohor dunia ini mengenakan baju berleher luas yang sangat nipis sampai menampakkan coli dan perutnya yang kelihatan buncit.
Apa yang menjadi bualan ramai adalah ia dipadankan dengan seluar legging hitam ketat, menjadikan bentuk badannya kelihatan amat besar dari atas. Menyedari gayanya serba tidak kena pada hari itu, bekas isteri Nick Cannon ini cuba menambah aksesori seperti rantai, anting-anting dan kaca mata bagi memberi impak glamor. Netizen juga mempersoalkan kasut yang dipakainya terlalu tinggi dan tidak sesuai untuk aktiviti santai seperti itu. Mariah juga dilihat memegang erat lengan pengawal peribadinya agar tidak jatuh. -CARI
|
10
Bagus |
7
Marah |
8
Terkejut |
15
Sedih |
9
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT