CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

13 Perkara Kena Elak Bila Datang Beraya, Lucu Betul Tapi Berguna

23-6-2017 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5810| Komen: 28|Original author: Oleh: Myra Rozi

Raya dah nak dekat, teruja betul rasanya nak menyambutnya dengan keluarga dan sanak saudara yang sudah lama tidak bersua.

Habis sahaja sembahyang raya, masing-masing mesti tak sabar nak menjamah judah hari raya terutamanya ketupat, lemang, rendang, kuah kacang.


Selepas itu nak buat apa? Mestilah waktu untuk berkunjung dari satu rumah ke satu rumah untuk sesi ziarah-menziarahi.

Tapi nanti dulu, kadang-kadang ada juga yang masih tak tahu adab semasa berkunjung ke rumah orang semasa hari raya.

Nampak macam remeh tapi ada kebenarannya. Baca tips ini, seperti yang dikongsikan di Facebook Ruby Aksah.

Foto: Internet
Perkara yang perlu dielakkan ketika beraya di rumah orang

1. Jangan datang rumah orang awal sangat. Orang masih solat raya.
2. Pastikan anak-anak tak ambil sampul duit raya sampai 4, 5 kali. Pengsan tuan rumah nanti!
3. Jangan datang rumah orang tengah malam. Tuan rumah dah pakai baju kelawar dan singlet.
4. Jangan sibuk tanya orang bila nak kahwin. Kalau dah kahwin sibuk tanya bila nak ada anak. Bosan orang nak jawab.
5. Jangan pandai-pandai tukar siaran TV rumah orang. Dah diorang satu famili minat Hindustan. Kau jangan pandai-pandai nak tukar Astro Ceria pula!
6. Jangan pakai baju sedondon sangat. Nanti nampak macam orang nak pergi lumba perahu.
7. Jangan tanya kenapa baju tuan rumah sama dengan langsir. Barang sekarang semua mahal. Kena berjimat sikit.

Foto: Internet
8. Jangan terus ke dapur rumah orang. Biasa musim raya dapur macam tongkang pecah.
9. Budak-budak jangan buka angpau depan tuan rumah. Nanti biru muka tuan rumah kalau dia bagi RM1 je.
10. Tuan rumah hidang air terus minum. Tak payah nak cakap banyak.
11. Jangan tumpang kencing kalau tak pandai nak flush.
12. Kalau termakan kuih basi or berkulat, telan je Jangan cuba nak selit kuih tu kat celah sofa atau pasu rumah orang. Tak baik.
13. Jangan sibuk-sibuk minta password wifi rumah orang.

Lucu betul apa yang dikatakan, tapi memang berguna! Kongsikan dengan orang lain untuk ingatan bersama okay. Selamat hari raya! -CARI 
14

Bagus
20

Marah
26

Terkejut
20

Sedih
18

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zameyla 23-6-2017 12:21 PM
kuih basi or berkulat?? oh nooo.... tahun lepas punya ke..
Quote retnoel 23-6-2017 01:16 PM
Nice..tq for the info
Quote Pink_Purple 23-6-2017 02:07 PM
kuaeh basi jangan makan,

xberaya la sbb cirit birit muntah
Quote cikjeela 23-6-2017 09:04 PM
Yg buka angpau tu kena pesan dkt anak awal2.. haruuuu
Quote missinpiece 23-6-2017 11:38 PM
Jgn bertunggu tangga kt umah org lelama, lebih2 lg time rumah terbuka, bg pluang utk org lain masuk beraya
Quote cmf_premierleag 24-6-2017 01:11 AM
Kalo sapa mintak paswed wifi umah aku, aku cakap paswednya : gimamposlako
Quote zawara 24-6-2017 05:35 AM
jgn over sgt mkn bskut raya rumah org sampai abes tuan rumah bajet biskut raya sorg seketul je
Quote emelia1509 25-6-2017 06:54 PM
hari ni x berenti orang mintak password wifi..stressnye
Quote zorrro_03 26-6-2017 10:46 PM
No 6&7 tu kelakar...
Quote debab76 27-6-2017 10:02 PM
tetiba akak teringat time raya tahun lps. raya rumah sedara dekat pukul 12 lebih. tetiba ada budak kecik tetiba sound tanak balik ke, kitorang nak tido dah ni terus kami bawa diri pulang tanpa segan silu
Quote Artemesiaa 28-6-2017 07:07 PM
Betul tu sila ambil perhatian
Quote RooneyMara 30-6-2017 02:40 AM
Second raya haritu ada org dtg rumah tok pukul 11 mlm. Semua org dah pakai baju kelawar dah. Stress betul, tp takkan nk halau kan
Quote pasuoren 30-6-2017 09:15 AM
zameyla replied at 23-6-2017 12:21 PM
kuih basi or berkulat?? oh nooo.... tahun lepas punya ke..

yang tak menahan, ayat selepasnya tu..

Jangan cuba nak selit kuih tu kat celah sofa atau pasu rumah orang. Tak baik.
Quote jointhecurse 30-6-2017 09:57 PM
Ak plg meluat soklan2 maut n oran kalut msuk smpai dapo
Quote mynameisjoe 2-7-2017 02:02 PM
kena buat appointment sebelum datang beraya kekekeke....

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.060424 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top