Kehangatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba tidak lama sudah kian terasa. Berpusu-pusu warga kota sudah memulakan perjalanan mereka untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Sepeti biasa, pasti kebanyakannya akan singgah di kawasan Rehat&Rawat (R&R) untuk berehat bagi menempuh perjalanan yang masih panjang. Namun awas, peringatan dari seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mohamad Haris Said ini memang wajib diambil serius dan menjadi peringatan bersama supaya sentiasa berjaga-jaga. Menurut lelaki ini, dia singgah di R&R Sungai Buloh sebelum bergerak semula untuk menuju destinasi yang dituju. Namun tidak sampai satu kilometer, suhu kereta tiba-tiba sahaja naik mendadak dan tidak lama selepas itu seorang lelaki India datang mengetuk pintu cermin keretanya. Nasib baik Haris sudah menghubungi perkhidmatan PLUS dan menolak pertolongan darinya. Apa yang mengejutkan bila kereta diperiksa di bengkel, penutup tangki radiator keretanya sudah dibuka dengan sengaja oleh pihak yang berniat buruk. Netizen yang membaca pengalaman lelaki ini turut mengutuk perbuatan pihak yang dianggap tidak berhati perut itu. Bagi anda di luar sana, mohon lebih berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa penipuan sebegini. -CARI
|
22
Bagus |
24
Marah |
29
Terkejut |
23
Sedih |
25
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
eLiaD replied at 24-6-2017 01:27 PM
peringatan tu bagus tp pehal x buat report polis klo dh tau modus operandi geng2 itam leking
tu uj ...
CiliPadiSedap replied at 23-6-2017 09:30 AM
Parent akak pernah kena. Masa tu akak belum joint gangster. Kalau tak satu bengkel akak tapau.. seka ...
lampor replied at 26-6-2017 02:03 AM
Polis pun kuat rasuah dik. Ingat lagi family adik hampir eksiden sbb jalan ada org simbah minyak l ...
ADVERTISEMENT