CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Mampu Tampung Kos Rawatan, Bapa Gali Kubur Untuk Anak

30-6-2017 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14136| Komen: 134

Pilunya hati melihat seorang bapa yang sudah berputus asa, menggali sendiri lubang kubur sebagai persediaan kematian anak perempuannya.



Zhang Liyong, seorang petani dari wilayah Sichuan, China, kecewa apabila dia tidak lagi mampu menanggung kos perubatan anak perempuannya, Zhang Xin Lei, 2, yang menghidap talassemia ketika berusia dua bulan.

Memetik Mail Online, Zhang membawa anaknya untuk bermain dan berehat di dalam kubur itu setiap hari supaya anaknya dapat membiasakan diri dengan 'kuburnya'.



Zhang dan keluarganya sudah menghabiskan lebih RM63 ribu (100,000 yuan) bagi menampung kos rawatan anaknya dan kini mereka kehabisan wang.

"Kami berhutang dengan ramai orang, tetapi mereka dah tak sanggup nak tolong kami lagi," katanya.

Ibu kanak-kanak itu, Deng Min kini sedang sarat mengandung hanya mampu menemani dua beranak itu dari tepi sahaja.

"Kami dah tak ada pilihan lain," katanya.


Foto: Mail Online

Menurut Zhang, mereka memutuskan untuk berputus asa daripada mencari sumber untuk menanggung kos rawatan Xin Lei.

"Apa yang mampu kami lakukan sekarang adalah menemani Xin Lei bermain di sini kerana suatu hari nanti, di sinilah tempat dia akan bersemadi kelak," katanya.

Memetik NHS, talassemia merupakan sejenis penyakit keturunan yang menjejaskan kandungan oksigen dalam darah di mana penghidap penyakit itu memerlukan rawatan sepanjang hayat termasuk pemindahan darah.

Talassemia boleh membawa maut sekiranya tidak dipantau rapi dan mendapat rawatan berterusan kerana ia boleh merosakkan organ penghidapnya. - CARI


8

Bagus
15

Marah
23

Terkejut
18

Sedih
20

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayawifenikmie 29-6-2017 11:09 PM
kesiannyaaaa
Quote spankee_fili 29-6-2017 11:09 PM
omaiiii....sedihnya....
Quote zetty1978 29-6-2017 11:12 PM
Wife kezen aku mmg ada penyakit ni .. kecik je orgnya .. 2x pregnant 2x gak la ulang alik hospital sbb mcm2 penyakit yg kuar .. anak 2nd pun kn guna tong gas masa kecik nk gi mana2 .. tp umur x pnjg, br early 30s dh ninggal thn lps sbb tiba2 je dia pitam.. bwk gi hospital .. terus msk icu .. ada organ x fungsi .. sedih tgk anak2 kecik lg ..
Quote spiderman80 29-6-2017 11:14 PM
Spidey pula pembawa penyakit ini.
Quote Decaffeinated 29-6-2017 11:15 PM
baru sahaja melawat jiran di kampung baru ni cucu beliau pun mengidap thalassemia ni.....

rakyat perlu celik bab2 gini.... dulu ada giat kempen di TV skrg tak tau....

Quote KILL_NANCY 29-6-2017 11:18 PM
“Apa yang saya mampu lakukan adalah membawanya bermain di sini setiap hari kerana satu hari nanti saya akan datang ke kuburnya pada setiap hari untuk menemaninya,” katanya

speechless
Quote stingersattacks 29-6-2017 11:22 PM
spiderman80 replied at 29-6-2017 11:14 PM
Spidey pula pembawa penyakit ini.

Kubur mana mak  atau pak kau bawak kau pi main main?

Huhuhuhuhu
Quote wikedsaikel 29-6-2017 11:23 PM
spiderman80 replied at 29-6-2017 11:14 PM
Spidey pula pembawa penyakit ini.

Stay strong spidey. Semoga dipermudahkan. Kawan i anak dia selalu pucat pucat tapi sekolah pandaiiii
Quote stingersattacks 29-6-2017 11:24 PM
KILL_NANCY replied at 29-6-2017 11:18 PM
“Apa yang saya mampu lakukan adalah membawanya bermain di sini setiap hari kerana satu hari nanti s ...

Kalau anaknya mati dulu, tapi kalau si bapak yang  mati dulu?


Quote KILL_NANCY 29-6-2017 11:25 PM
stingersattacks replied at 29-6-2017 11:24 PM
Kalau anaknya mati dulu, tapi kalau si bapak yang  mati dulu?

lagi la susah si anak kan.kesiannya lahai.
Quote KILL_NANCY 29-6-2017 11:26 PM
spiderman80 replied at 29-6-2017 11:14 PM
Spidey pula pembawa penyakit ini.

serius ke encik spidey?
Quote stingersattacks 29-6-2017 11:27 PM
KILL_NANCY replied at 29-6-2017 11:25 PM
lagi la susah si anak kan.kesiannya lahai.

You will never walk alone......

Huhuhuhuhu
Quote Minami2013 29-6-2017 11:28 PM
spiderman80 replied at 29-6-2017 11:14 PM
Spidey pula pembawa penyakit ini.

Pembawa akan efek kpd anak kan? Bertabahlah... moga dipermudahkan...
Quote KILL_NANCY 29-6-2017 11:31 PM
stingersattacks replied at 29-6-2017 11:27 PM
You will never walk alone......

Huhuhuhuhu

i knew         
Quote dauswq 29-6-2017 11:33 PM
Minami2013 replied at 29-6-2017 11:28 PM
Pembawa akan efek kpd anak kan? Bertabahlah... moga dipermudahkan...

pembawa tak bw masalah kt anak kecuali dia jumpa jugak psgn yg juga seorg pembawa..

utk psangan yg kedua2nya pembawa, anak diaorg kemungkinan akn ade penghidap

Quote Minami2013 29-6-2017 11:48 PM
dauswq replied at 29-6-2017 11:33 PM
pembawa tak bw masalah kt anak kecuali dia jumpa jugak psgn yg juga seorg pembawa..

utk psangan ...

I see... tq for the info you...
Quote MissMamamia75 29-6-2017 11:54 PM
spiderman80 replied at 29-6-2017 11:04 PM
Agensi
Beijing: Seorang bapa yang kecewa kerana tidak mampu lagi menampung kos perubatan anak p ...

Sedihnya la hai...
Xde ke dermawan2 di negara China yg baik ati blh sponsor adik malang ni?
Quote MeghanK 30-6-2017 12:09 AM
spiderman80 replied at 29-6-2017 11:14 PM
Spidey pula pembawa penyakit ini.

yeke spidey..bertabahla
Quote Atifan 30-6-2017 12:11 AM
spiderman80 replied at 29-6-2017 11:14 PM
Spidey pula pembawa penyakit ini.

Kita serupa....sedeyh

Lihat semua komen(134)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.047918 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top