Dua beradik adalah antara tiga kanak-kanak yang dijangkiti Rables atau penyakit anjing gila di Serian, Sarawak. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kesemua kes yang melibatkan mangsa berumur empat, enam dan tujuh tahun pada awalnya disyaki menghidap penyakit viral encephalitis dan menunjukkan tanda dan gejala seperti demam, kadang-kala bersikap pelik, agresif dan rasa takut terhadap air.
“Dalam kes pertama, mangsa mengalami tanda dan gejala seperti di atas pada awal bulan Jun dan dirujuk ke hospital daerah berdekatan untuk mendapatkan rawatan dan seterusnya dirujuk ke Hospital Umum Sarawak. “Dalam kes kedua, mangsa juga menunjukkan tanda dan gejala yang serupa, lebih kurang seminggu lepas dan mangsa juga dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak memandangkan keadaan bertambah teruk,” katanya.
Menurut laporan Bernama, dua daripada mangsa mempunyai sejarah digigit anjing sebulan atau dua bulan sebelum mula menunjukkan tanda-tanda yang pelik. Dr Noor Hisham berkata individu atau manusia yang dijangkiti Rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia (takut pada air), lumpuh dan koma. Penyakit Rabies boleh menyebabkan kematian seratus peratus pada manusia sekiranya tidak dirawat dengan segera, katanya. -CARI |
29
Bagus |
9
Marah |
17
Terkejut |
14
Sedih |
19
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
batmana replied at 1-7-2017 06:03 PM
tu sebab ummah urban melayu ngaku islam nk bela anjing byk2 kt rumah
psl nk cepat mati gamaknye.
...
ADVERTISEMENT