CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Taknak Susahkan Ibu Ayah Masa Raya, Ini Yang Dilakukan Oleh Lelaki Dan Adik Beradiknya

4-7-2017 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10151| Komen: 47|Original author: Oleh: Adib Za


Kemeriahan beraya masih tetap dirasai meskipun sudah masuk minggu kedua Syawal. 

Tidak dinafikan berkumpul beramai-ramai ketika hari raya terutama di kampung merupakan momen paling indah. Namun, bagi anak-anak yang sudah bekerja, jangan dilupa ringankan bebanan ibu bapa ketika menyambut anak cucu sempena hari raya itu. 


Seorang netizen berkongsi tips bagaimana dia dan adik-beradiknya bekerjasama bagi meringankan beban tenaga, kewangan dan sebagainya yang ditanggung oleh ibu bapa ketika semua anak cucu balik beraya. 


"Pertengahan puasa, kami dah mula kutip setiap keluarga RM200 untuk tujuan persiapan juada raya.

"Duit tersebut dipegang oleh bendahari kehormat dan setiap pembelian barang2 kena ada resit," kata Syah Rizal menerusi laman Facebooknya. 


Berikut secara ringkasnya apa yang dilakukan Syah Rizal bersama adik-beradiknya:

1. Kutip RM200 bagi setiap keluarga

2. Menu raya pertama hingga ketiga ditentukan dalam Whatsapp famili.

3. Pembahagian tugas setiap ahli keluarga juga diberikan dalam whatsapp famili. 

4. Ibu bapa cuma jadi pemerhati dan tidak perlu buat apa-apa kerja. 

5. Lebihan baki duit tadi digunakan untuk membayar bil elektrik dan air yang pastinya naik mencanak bulan berikutnya. 


Ternyata kaedah yang digunakan telah memberi inspirasi kepada ramai netizen lain. 

Sehingga menyebabkan mereka juga mahu mengaplikasikan cara serupa dalam keluarga mereka nanti. Memang satu cara yang sangat berkesan!

Memang ibu bapa tak minta, namun dengan cara sebegini anak-anak bekerjasama meringankan beban mereka dan mewujudkan suasana positif dan bahagia dalam keluarga. - CARI 
20

Bagus
25

Marah
14

Terkejut
14

Sedih
17

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 4-7-2017 12:14 PM
Bagus ada grup whatsapp keluarga.. boleh bincang dan bagi tugas.. xler balik kampung semua buat2 busy jaga anak...
Quote AyaqMeloSuam 4-7-2017 12:21 PM
Grp waseppp fam.. nasib adik bradik aku 3 ketoi ja.. tmbah adik & kak ipaq jd la 5 ketoi..

Kwn2 aku crita.. ada jer dlm grp wasep fam ( xspcially yg lebih dr 5 org adik bradik + menantu bagai) ada jer yg busuk ati perli memerli.. ipar duai biras beras...huhuhuhuhu..
Gamaknya xboleh PM ka apa? Xyah la kompang 1 wasep tu.. nnti bmasam muka pulak..
Quote siputsedut 4-7-2017 12:23 PM
Aku dh lama buat kutipan duit ni..sbb tau adik beradik ssh...kami buat kutu raya instead of kutip lump sum..so sebulan kutip sket je...doploh hengget..kalau dh 8 beradik selama setahun? X ke jd byk? Lps la utk beli lauk bsh n kering...ada lebih utk byr bil letrik...
Quote qistiena 4-7-2017 12:23 PM
bagus idea tu...
Quote manehnya 4-7-2017 12:24 PM
yg tu pun nk kena letak kt socmed ke.. perlu di ajar ke
Quote chinta89 4-7-2017 12:29 PM
manehnya replied at 4-7-2017 12:24 PM
yg tu pun nk kena letak kt socmed ke.. perlu di ajar ke

hahaha.. itu la, perlu diajar ke..
nampak sgt selama ni sorg2 tu x penah pk pjg bila raya.. blk rumah semua mak ayah masak dan sediakan dari start makan minum dan bayar bil.. hatta beli brg pun?

Quote fishcracker 4-7-2017 12:36 PM
Tips berguna wajar diviral lgi2 kat adik beradik ipar duai biras bagai yang tau bawak perut je bila balik kampung,jangan kata nak menyumbang/tolong masak..tolong kemas2 cuci pinggan pun takmo
Quote RatuDunia94 4-7-2017 12:45 PM
Benda ni pon kena kesepakatan juga.. Senang kalo adik beradik n menantu jenis open minded.
Ada yg jenis mmg senang hulur duit then lepas tangan. Dia pikir "aku dh keluar duit so pandai2 korang la buat kerja"..

Mcm iols lbh menghargai adik beradik yg x hulur duit tp sanggup bergadang, berpeluh kat dapur dr yg hulur duit berkepok2 tp duk kt ruang tamu hadap phone 24jam.. Sbb bg iols duit tu mmg dh wajib kot ko hulurkan kt tuan rumah utk beli barang masakan etc..
Quote uda 4-7-2017 12:49 PM
fishcracker replied at 4-7-2017 12:36 PM
Tips berguna wajar diviral lgi2 kat adik beradik ipar duai biras bagai yang tau bawak perut je bila  ...

Betul tu!
Bawak perut aje, pastu ambil bawa balik biskut raya dan lauk pauk.
I dah stop belikan mertua biskut raya sebab setiap tahun, ada biras yang angkut bawa balik. Mereka tidak menyumbang but angkut apa yang ada.
Pastu malas nak tolong basuh piggan. Alasa sakit kepala. Lepas makan aje, terus masuk bilik sebab sakit kepala. Setiap tahun itu aje alasannya.
Quote dubuk 4-7-2017 12:54 PM
dubuk sokong!
Quote allhaillll 4-7-2017 01:11 PM
oh okay good idea!
Quote Jorja 4-7-2017 01:59 PM
Betul la forumer atas komen tu.. mcm ni pun nak kena upload ke.. common sense lah tak pyah nak ajar.. kita ni bukan westerners..kita ni serumpun dengan si tanggang yg kena sumpah jadi batu tu.. derang kt sana anak tak wajib finance mak bapak tu semua tanggungjawab parents..belah my mum majority kahwin caucasians..
Quote barfi 4-7-2017 02:04 PM
Awal puasa, suami I kirim 2500 kat family dia utk belanja puasa sebulan.

Dekat2 nak raya, another rm2500 utk diorang persiapan raya..

I senyum aje la...
Nak buat macammana suami terlalu pemurah...
Quote BebeQ 4-7-2017 02:11 PM
aku 15 tahun dah buat collection. zaman bujang collect la sebulan rm10, dah berkeluarga collect rm200 terus sebelum raya.
Quote manehnya 4-7-2017 02:15 PM
chinta89 replied at 4-7-2017 12:29 PM
hahaha.. itu la, perlu diajar ke..
nampak sgt selama ni sorg2 tu x penah pk pjg bila raya.. blk r ...

tah2 duit pun x hulur kat org tua nya...


Quote eyansss 4-7-2017 02:24 PM
AyaqMeloSuam replied at 4-7-2017 12:21 PM
Grp waseppp fam.. nasib adik bradik aku 3 ketoi ja.. tmbah adik & kak ipaq jd la 5 ketoi..

...

keluarga aku hanya dua group wasap... satu, adik-beradik dengan makbapak sahaja...  satu lagi keluarga besar yang sekali dengan ipar duai sepupu sepapat makcik pakcik...  tu pun kami aktif group adik beradik je...  senang, takyah pikir apa dah...
Quote eyansss 4-7-2017 02:28 PM
*banyak sangat plak*
Quote eyansss 4-7-2017 02:28 PM
Edited by eyansss at 4-7-2017 02:29 PM

*ni pun sama*
Quote eyansss 4-7-2017 02:28 PM
RatuDunia94 replied at 4-7-2017 12:45 PM
Benda ni pon kena kesepakatan juga.. Senang kalo adik beradik n menantu jenis open minded.
Ada yg j ...

kami adik beradik pun buat camni...  ada dua jenis tabung...  satu, tabung raya, satu lagi tabung family gathering...  pastu awal2 lagi dah set sape buat apa...  aku seperti biasa memang setiap tahun semenjak kecik2 amek tender basuh pinggan n kemas rumah...  kakak2 n sorang adek aku ni memasak sebab diorang ni jenis campak2 pun dah sedap dah...  adek2 lelaki buat urusan potong2 daging, kacau2 masa masak rendang n jaga lemang...  sorang lagi adek aku ni tender basuh pinggan n jaga anak2...  macam ko cakap la, kena ada kesepakatan...

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.052925 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top