Situasi cemas dan menggemparkan apabila penduduk kampung Tersusun Buntong 4, Ipoh, dimaklumkan seorang daripada penduduknya mendakwa menerima maklumat terdapat bom di rumahnya, awal malam tadi.
Memetik Harian Metro, siasatan awal bagaimanapun mendapati lelaki berusia 38 tahun itu positif alkohol. Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong, ujian air kencing mendapati pengambilan alkohol melebihi had dibenarkan. Tambah Sum, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat kira-kira jam 7.27 malam tadi. “Beberapa unit polis termasuk Unit Pemusnah Bom, Unit Pengesan Anjing (K9) dan Unit Kereta Peronda (MPV) bergegas ke lokasi kejadian.
"Bagaimanapun, pemeriksaan oleh Unit Pemusnah Bom secara menyeluruh di kawasan rumah lelaki berkenaan tidak menemui seperti didakwa," katanya. - CARI |
18
Bagus |
20
Marah |
12
Terkejut |
29
Sedih |
23
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT