Alangkah terkejutnya seorang jururawat wanita apabila mendapati bunyi ‘beep’ di belakang keretanya adalah sebuah bom jenis Improvised Explosive Device (IED).
Memetik mStar Online, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Sabtu itu, P. Janagi, 27, yang bertugas di sebuah klinik swasta di Pekan kapar, Klang, mendakwa terdengar bunyi berkenaan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Nesa Kampung Simpang 3, Jeram, Kuala Selangor. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, sebaik menyedari bunyi itu, mangsa terus singgah ke rumah bapa saudaranya di Taman Damai di Kapar untuk meminta bantuan dan memeriksa punca bunyi itu pada keretanya jenis Proton Saga. “Susulan itu, bapa saudara mangsa menemukan objek berwarna hitam menyerupai bahan letupan buatan sendiri yang dilekatkan di bawah bampar kereta itu dan mencabutnya. Semasa bapa saudaranya mencabut objek tersebut, ia masih mengeluarkan bunyi ‘beep’ sebelum mereka memaklumkan kepada pihak polis sejurus selepas itu,” katanya.
Tambah Fadzil, sejurus pihaknya menerima laporan berkenaan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dikerahkan ke lokasi kejadian bagi pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan, mereka mengesahkan ianya merupakan bahan letupan buatan sendiri dari jenis IED. Menurut laporan, objek terbabit terdiri daripada dua silinder yang dibalut dengan pita berwarna hitam serta dilengkapi papan litar elektronik dengan wayar berwarna merah dan hitam termasuk suis. “Bom terbabit dimusnahkan kira-kira pukul 2.30 pagi ini di kawasan padang bola bersebelahan Balai Polis Kapar dengan menggunakan robot pemusnah bom,” katanya Motif kejadian masih dikenal pasti dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah serta Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957. - CARI
|
9
Bagus |
2
Marah |
9
Terkejut |
13
Sedih |
13
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 9-7-2017 06:18 PM
ganas seyh main bom.
ni kira dendam kesumat ni. akak ada beberapa orang nak bom juga terutama sc ...
ice_sky92 replied at 9-7-2017 06:25 PM
Serius la kak ada orang nak bom akak. Hati-hati kak. Nanti tak dapat berforum lagi...
mjla replied at 9-7-2017 06:59 PM
Bom apo tak melotop pun
ADVERTISEMENT