CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amukan Pesakit Mental

12-7-2017 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4454| Komen: 20

Seorang lelaki dipercayai mempunyai masalah mental mengamuk dengan menggunakan dua bilah parang panjang di rumahnya di Jalan Leong Boon Swee, Ipoh, semalam.


Foto: BH Online

Memetik BH Online, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Superintendan Abdul Rani Alias berkata, dalam kejadian jam 5 petang itu, ibu suspek, 56, turut berada di rumah itu.

"Bimbang dengan keselamatan diri, ibu suspek membuat laporan di Balai Polis Daerah Ipoh sebelum anggota polis dikejarkan ke lokasi kejadian,"
katanya.

Tambah Abdul Rani, anggota polis yang tiba di lokasi mendapati suspek, 36, sedang memegang parang sepanjang 70 sentimeter (cm) dan 72 cm di kedua-dua tangannya.

"Anggota polis cuba memujuk suspek untuk meletakkan senjata dipegangnya namun lelaki itu lari menuju ke Sungai Pari sambil diekori polis.

"Polis mengambil masa kira-kira satu jam setengah memujuk dan berlaku sedikit pergelutan ketika cuba menahannya,"
katanya.

Suspek kemudiannya dibawa ke IPD untuk siasatan lanjut.

Tambah Abdul Rani, siasatan awal mendapati suspek sebelum ini terbabit tiga kes jenayah lampau iaitu satu kes jenayah dan dua kes dadah.

"Suspek pernah dua kali ditahan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan dekat sini kerana masalah mental.

"Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,"
katanya. - CARI

13

Bagus
11

Marah
6

Terkejut
14

Sedih
14

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aqissa 12-7-2017 12:02 PM
X makan ubat penenang ke ni... 2x msk hospital dah....
Quote CiliPadiSedap 12-7-2017 12:38 PM
ni bukan parang jolok buah sawit ni parang gangster sawit kepala orang ni  teringat dulu naik kereta kat bonet ada chainsaw kapak cangkul parang, depan polis roadblock berhenti mesti kena mark. tawakal alhamdulillah lepas.
Quote chinta89 12-7-2017 12:42 PM
bahayanya lahaiiiiiiiii
Quote Artemesiaa 12-7-2017 12:47 PM
Orang mental bukan boleh bawak kira nasib keluarga minta bantuan polis segera
Quote susukambingbest 12-7-2017 01:00 PM
Dah la mental, pnjenayah plk tu. Buatnya tgh lakukn jnyah, dtg mental dia n bunuh org, jgn trlepas plk knonnya sbb mental. Baik mampos cepat2 makhluk ni
Quote paz 12-7-2017 01:12 PM
apalah yang hendak di amukan tu.
Quote trisnalovezul 12-7-2017 01:19 PM
erm kasian
Quote Ayda89 12-7-2017 01:29 PM
Kalau dah tak siuman bukan kira mak ke bapak ke adik beradik ke, habis semua kena penggal uuuu takut !
Quote -electrifying- 12-7-2017 02:30 PM
bisikan apa pula org tu dapat
Quote Bipolajourney 12-7-2017 02:47 PM
Itulah ahli keluarga kena baca thread sis bip
Quote Pink_Purple 12-7-2017 03:42 PM
susukambingbest replied at 12-7-2017 01:00 PM
Dah la mental, pnjenayah plk tu. Buatnya tgh lakukn jnyah, dtg mental dia n bunuh org, jgn trlepas p ...

jadi mental tu sbb dadah
Quote Jorja 12-7-2017 05:08 PM
Kenapa kalau dah admit masuk hospital bahagia tu boleh keluar pula? Ingatkan pesakit mental ni akan stay dalam tu sampai bila2 mcm dlm movie..
Quote Modngengade 12-7-2017 05:19 PM
Bipolajourney replied at 12-7-2017 06:47 AM
Itulah ahli keluarga kena baca thread sis bip

pohon sister tidak mengamuk spt ini iya....

Quote insulin 12-7-2017 05:54 PM
Amboi, panjangnya parang tuh....
Quote kakiselit 12-7-2017 06:25 PM
insulin replied at 12-7-2017 05:54 PM
Amboi, panjangnya parang tuh....

dah namanya pun parang panjang
Quote insulin 12-7-2017 07:00 PM
kakiselit replied at 12-7-2017 06:25 PM
dah namanya pun parang panjang

Ye la.....
Quote Bipolajourney 12-7-2017 07:01 PM
Modngengade replied at 12-7-2017 05:19 PM
pohon sister tidak mengamuk spt ini iya....

Sis ngamuk ala intelectual u ol
Doktor pun nganga
Quote oppol 12-7-2017 07:06 PM
kakiselit replied at 12-7-2017 06:25 PM
dah namanya pun parang panjang

Hadooi..!tergelak aku..
Quote kucen_miang 12-7-2017 07:22 PM
kakiselit replied at 12-7-2017 06:25 PM
dah namanya pun parang panjang

       lawak

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.050065 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top