CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kembang Tekak Tengok Lelaki Ni Goreng, Makan Flowerhorn!

13-7-2017 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11971| Komen: 57|Original author: Oleh: Maly Rosli

Biasanya kita akan menjadi 'sayang' tak sanggup nak makan ikan dipelihara di dalam kolam, apatah lagi ikan yang dipelihara itu merupakan ikan perhiasan untuk menjadikan kolam atau akuarium kelihatan lebih menarik.


Pun begitu, seorang lelaki baru-baru ini telah menggemparkan seluruh warga Masak Apa Hari Ni (MAHN) apabila dia menyatakan seekor ikan perhiasan Flowerhon dah selamat menjadi 'santapannya'.


Foto: The Reporter

Bagaimanapun, memetik portal The Reporter, posting itu telah dipadam tanpa diketahui sebabnya.

Menurut portal berkenaan, ramai netizen mempersoalkan sama ada ikan perhiasan bernilai sehingga mencecah ratusan ringgit itu boleh dimakan atau tidak.


Namun, menerusi komen balas lelaki yang dikenali sebagai M.A itu, dia sepertinya baik-baik sahaja dan tidak mengalami sebarang masalah selepas makan ikan berkepala bonjol berkenaan.

"Awat tak boleh makan ka? Cheq telan dah, kenyang dah," katanya. 

M.A yang menyangka semua jenis ikan boleh dimakan mula menjadi tak senang duduk kerana khuatir telah tersalah makan.

"Call tanya mak tadi. Mak kata tak boleh makan. Dah masuk dalam perut, nak buat macam mana? Ingatkan semua ikan boleh dimakan. Cheq pun makanlah," katanya. 

Menurut M.A seperti dilaporkan The Reporter, dia yang kebetulan sedang kelaparan menjadi terliur ketika melihat ahli group MAHN berkongsi gambar-gambar makanan yang sedap.

Disebabkan kehabisan stok makanan di rumah bujangnya, M.A tergerak untuk menjadikan ikan peliharaan rakannya di dalam akuarium itu sebagai sajian utama.



Apa lagi, gelak sakan lah rakannya dengan tindakan melulu M.A sehingga dibahan habis-habisan dan menyesal dengan tindakannya itu.

Malah, netizen lain juga turut mengusiknya kerana berasa tindakannya terlalu lucu dek kerana tak tahan lapar.

"Kenapa ambil ikan dalam akuarium tu?

"Baik-baik nanti jendul tu tumbuh kat dahi," seloroh netizen.


Foto: The Reporter/FB MAHN

Sementara itu, segelintir netizen lain turut menyatakan bahawa ikan peliharaan berkenaan sebenarnya memang boleh dimakan, hanya lalu dengan tidak sahaja.

"Ikan flowerhorn boleh je dimakan. Lalu tak lalu je.

"Semua ikan boleh dimakan melainkan yang berbisa. Tiger barb, guppy, ikan emas, oscar. Sedap atau tak je," komen netizen.


Foto: FB The Reporter

Ini memang lawak. Macam dalam kartun pun ada juga. Kalau dah lapar tu, apa pun boleh jadi kan? - CARI
17

Bagus
30

Marah
30

Terkejut
19

Sedih
25

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (139 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Allthatnana 13-7-2017 01:52 PM
Eiii bole mkn eh fowerhorn..xlalu ai .
Quote Ayda89 13-7-2017 02:00 PM
Kebulur tahap dewa nih sampai p cedok ikan dalam akuarium goreng buat makan. Flower horn lak tuh. Dasyat hang noh lalu nak telan
Quote mzzenma 13-7-2017 02:14 PM
haram jadah lah pi cedok ikan kawan dia makan
tak minta izin
jadi cacing kang dalam perut
Quote idakamaruddin 13-7-2017 02:15 PM
ko dah kenapa dekkk...takkan la gigih ko g tangkap ikan perhiasan dlm akuarium kawan tu buat goreng...hahaha

ko start kete g mamak je la dekkk

smpai skg akak tak mampu stop gelakkk

Quote greantea 13-7-2017 02:16 PM
ikan tu x boleh makan sbb dia ikan hiasan, dia comel atau beracun? tp mmg x boleh makan ekk? mcm ikan emas tu ker? org x makan. mcm tu ker?

soalan naif ni
Quote Andyscenes 13-7-2017 02:17 PM
Flowerhorn aku x selera, aku penah mkn ikan arowana bapak aku masa muda, marah bapak aku ikan dia aku goreng haha
Quote kentel 13-7-2017 02:24 PM
ewwww....

Quote manehnya 13-7-2017 02:35 PM
x rasa dedak kew
Quote eyansss 13-7-2017 02:36 PM
Andyscenes replied at 13-7-2017 02:17 PM
Flowerhorn aku x selera, aku penah mkn ikan arowana bapak aku masa muda, marah bapak aku ikan dia ak ...

arowana bak hangggg...  kalo aku pun aku meroyan...  hahahaha...  sedap tak rasanya?
Quote awanearisu 13-7-2017 02:57 PM
ikan kawan dia tak mengapa. kawan dia yang habis duit beli. jangan ikan sendiri.
Quote Themilo 13-7-2017 02:58 PM
flower horn mana ada value dekk.. bersepah-sepah dalam sungai dah, sejak business tak laku, ramai breeder buang dalam tasik / sungai.. lantas dah jadi spesis lokal tak berharga
Quote nadihazza 13-7-2017 02:59 PM
bole pulak dia telan aek?...meremang je aku nengok..
Quote Andyscenes 13-7-2017 03:10 PM
eyansss replied at 13-7-2017 02:36 PM
arowana bak hangggg...  kalo aku pun aku meroyan...  hahahaha...  sedap tak rasanya?

Sama mcm ikan lampam je rasanya. Ikan u sakit. Da nak mati. Aku rasa da xde harapan. Bek aku mkn
Quote dubuk 13-7-2017 03:19 PM
ya ke ikan ni dah tak laku
Quote zameyla 13-7-2017 03:19 PM
Andyscenes replied at 13-7-2017 03:10 PM
Sama mcm ikan lampam je rasanya. Ikan u sakit. Da nak mati. Aku rasa da xde harapan. Bek aku mkn

ganas ko...
kalau aku tengok ikan tu sakit, tobat aku tak lalu nak makan...
Quote eyansss 13-7-2017 03:23 PM
Andyscenes replied at 13-7-2017 03:10 PM
Sama mcm ikan lampam je rasanya. Ikan u sakit. Da nak mati. Aku rasa da xde harapan. Bek aku mkn

kot ye pun tunggu la dia mati dulu pastu ko tunjuk kat bapak ko pastu baru la ko bakar2...  hahahaa...  sedap tu kalo rasa cam ikan lampam...
Quote Andyscenes 13-7-2017 03:27 PM
zameyla replied at 13-7-2017 03:19 PM
ganas ko...
kalau aku tengok ikan tu sakit, tobat aku tak lalu nak makan...

Bukan ganas, tapi xkn kau nak tgk ikan tu di sia siakan. Ikan tu sakit sbb bapak aku g gosok smpi tercabut sisik. Ikan tu gigit tgn bapak aku.
Quote Andyscenes 13-7-2017 03:29 PM
eyansss replied at 13-7-2017 03:23 PM
kot ye pun tunggu la dia mati dulu pastu ko tunjuk kat bapak ko pastu baru la ko bakar2...  hahaha ...

Aku da.lama x.mkn ikan lampam. Haaa.. rasa mcm nak balik kampung mancing sungai je. Pernah aku g mancing sesorg kat sungai tiba tiba ada org tegur, kat situ xde ikan. Aku angkat kepala tgk kiri kanan xde org..
Quote eyansss 13-7-2017 03:31 PM
Andyscenes replied at 13-7-2017 03:29 PM
Aku da.lama x.mkn ikan lampam. Haaa.. rasa mcm nak balik kampung mancing sungai je. Pernah aku g m ...



abeh tu, ko buat apa?  kalo aku la, memang dah angkat kaki awal2...  sesilap barang pun tinggal cenggitu jek amek kemudian beramai2...

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.053610 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top