CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dah Masak Siap-Siap, Tapi Tetamu Yang Janji Tak Datang. Kecewanya Rasa!

17-7-2017 07:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 19020| Komen: 103|Original author: Oleh: Adib Za


Siapa yang tidak berasa sedih dan kecewa apabila tetamu yang berjanji untuk datang berkunjung, batang hidung pun tak nampak sampai ke sudah.


Bukan itu sahaja, makanan juga sudah dimasak dengan mengambil masa sehari suntuk. Kepada siapa pula yang hendak diberikan makanan tidak terluak langsung itu?

Begitulah yang dikongsikan oleh seorang netizen, Izan Mohd Nor menerusi sebuah grup di laman Facebook.


"Sayu pilu sebak, tak tahu nak cakap macam mana..janji nak datang rumah hari ini.

"Cakap sebelum pukul 4, pukul 4 cakap sangkut kat rumah kawan..janji pukul 6..sampai sekarang tak datang..takda mesej takda apa.." luah Izan.


Berdasarkan gambar yang dimuatnaik, juadah yang dimasak juga bukanlah jenis 'campak-campak'.

Antara yang dimasak termasuklah nasi dagang, gulai ikan tongkol, mihun dan juga acar timun. Memang menyelerakan, namun sayang tiada siapa yang mahu menjamahnya. 

Netizen lain juga turut menyuarakan rasa marah dengan situasi dialami oleh wanita ini. 

"Dugaannya kan, pernah kena juga, dah masak kaw-kaw, tiba-tiba tak datang dan tak maklumkan.."

"Orang macam ini memang tak disiplin langsung. Dah janji buat la cara janji. Menyusahkan orang je."

Ada juga yang seakan berdendam dan mahu mengeluarkan sekadar biskut kering sahaja, jika ada tetamu yang berbuat seperti itu.

"Kalau aku, lain kali memang biskut kering je lah aku bagi.."


Apa pun, memang nampak situasi ini bukanlah seperti masalah besar, namun bagi mereka yang sudah bersungguh-sungguh menyediakan persiapan menyambut tetamu, mereka pasti berasa sangat kecewa dan juga sedih.

Jangan ambil enteng dengan masa dan juga perasaan orang lain. Mungkin kita juga pernah 'terbuat' perkara seperti ini, cepat-cepat minta maaf sekarang! - CARI 
10

Bagus
12

Marah
12

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makkenits 17-7-2017 07:24 PM
Kena gak mcm ni... siap request masak laksa.. wpun bdn x sihat, ikutkn je la kehendak tetamu yg pangkat makcik2 ni.. last2 sampai mlm btg idung pun xde.. call or msg pun x..
Quote pearl.silver 17-7-2017 07:29 PM
Xpernah kena lagi mcm ni..
Harap nya tak kena..menakutkan..
Sebab tu kadang2 xnk bgtau nk datang umh org..takut diorg masak beria kat kita..
Tp kalu xbgtau plak kang diorg xda kat umah pulak..
Quote susukambingbest 17-7-2017 07:35 PM
Ttamu yg brjnji tu mmg buruk prngainya. Slain drpd hal emergncy, patut la tunaikn jnji nk dtg. Lmbu pegang pd talinya, mnusia pegang pd jnjinya.

Pd acik tuan rumah tu, xpyh la sdih sgt smpai up kt socmed. Trkilan tu biasa. Anggap jer la bukn rezeki dorng nk mkn air tngan acik tp ada rezeki utk org lain. Aku dah penah kena mcm tu. Trkilan tu ada tp aku tahan diri drpd marah, than diri dr mngungkit apa yg aku buat/masak ritu n brtenang. Aku ckp pd diri, apa yg aku buat ni krna allah. Moga sgala penat lelah sharian hari ni dpt mnfaat buat diriku. Aku pun sdekah je kt jiran2 dkt rumah aku. Sronok je kbtulan jiran sblh rumah aku kata, syukur dia dah xpyh masak mlm tu. Slang bbrapa hari lps tu aku dpt rezeki yg mngmbirakn aku skuarga..

Moralnya, apa prbuatan baik yg kta buat, kta niat smuanya krna allah, jgn mngungkit n jgn busuk hati pd org, inshaa allah, ada prkara baik yg smpai pd kta cepat atau lmbat je.
Quote fatinz 17-7-2017 07:35 PM
Aku pernah kena mcm ni. Cuma akhirnya muncul juga tapi sangat lambat. Bila call kat mana, katanya tgh service kereta. Kalau dah tau nak pergi service, janganlah berjanji:
Quote siputsedut 17-7-2017 07:37 PM
Edited by siputsedut at 17-7-2017 07:39 PM

Bsebab tu zaman skarang nak ajak orang datang rumah pon sampai kena rsvp..kes gini lah..janji nak datang sampai ke sudah tak nampak batang idung..laim dgn org dulu2 jenis yang hormat jemputan...kalau kenduri tu pon...back to back jemputan pon ttp hadir jugak demi hormati jemputan tuan rumah..org sekarang macam2 alasan...
Quote gigahertz 17-7-2017 07:48 PM
pearl.silver replied at 17-7-2017 11:29 AM
Xpernah kena lagi mcm ni..
Harap nya tak kena..menakutkan..
Sebab tu kadang2 xnk bgtau nk datang u ...

Aku pernah sekali tetamu dtg tapi dia kata orang lain yang sambut . Dia kata india. Rupanya aku lupa nak maklumkan kat dia aku sah pindah
Quote moonbug 17-7-2017 07:49 PM
Kesiannya. Mmg sakit hati especially kalau kenalan or family rapat. Tp baguslah suggestion tu, kalau mmg tak dtg, sedekah je pada jiran2. Tak membazir, buat jiran happy lg
Quote CardiGans85 17-7-2017 07:56 PM
Dtg dgn appointment,br msk best2.klu x,msk mee je.
Quote aleesyasofia 17-7-2017 08:05 PM
iols pon dah prnh kena sblm.. bgtau nak dtg.. dh siap msk sume alih2 xjd dtgnya.. skt ati jer.. ade jgk yg main trjah jer.. alih2 tnye xde nsi ke grg2 ke..
Quote pearl.silver 17-7-2017 08:13 PM
gigahertz replied at 17-7-2017 07:48 PM
Aku pernah sekali tetamu dtg tapi dia kata orang lain yang sambut . Dia kata india. Rupanya aku lu ...

Hahahh..kejam u..
Sian tak pasal kawan tu beraya mkn maruku  
Quote Andyscenes 17-7-2017 08:18 PM
Aku penah kena, aku maki kn aje.
Quote sambaldurian 17-7-2017 08:28 PM
Ak pun x suka klu cmni, ak bgtau kwn ak nk dtg boleh, ak belanja kfc je sng ( itu klu x kopak la) Xyah ssh nk masak, nk basuh periuk. Ak pun klu g umah org xnk mkn bnyk, nk jumpa sbb mmg lama xjumpa. Dpt sandwich pun jadi le, or msk sama2 ngan dorg.
Quote PEPPERMAN 17-7-2017 08:45 PM
Kenapa time raya ni, makanan bukan raya - laksa, soto, mee kari, meesup etc gak yg dicari orang? Kuih biskut raya harga mahal tu tak sedap ka
Quote mujer_in_espejo 17-7-2017 08:59 PM
tak pernah kena lagi.. cuma pernah kena dgn spesis yg dtg tiba2 tak bagi tahu.. awal pagi pulak tu.. klu sorg dua xpe jgk.. ni serombongan...kelam kabut rumah
Quote JeepersCreepers 17-7-2017 09:11 PM
Elok gak up psl benda ni...biar org jd lebih bertimbangrasa. Mcm mak dah tua, bukan larat nak berjaga dah. Ada sedara kt nk dtg dia tahan berjaga sampai pkl 12mlm, alih2 x dtg. Org tua klu suruh tido dulu pon xnak, dorg pentingkan tetamu. Tp tetamu x fikir lak keadaan tuan rumah mcm mana.
Quote keexj 17-7-2017 09:31 PM
memang kecewa
Quote WajibulGhunah 17-7-2017 09:32 PM
Pnh kena jgk
Kakak mak i kata nk dtg alih2 x dtg
Mak i pnt masak
Tp ank ank dia ada untk makan semua tu
Bhahahahahahahahaha
Quote gigahertz 17-7-2017 09:33 PM
pearl.silver replied at 17-7-2017 12:13 PM
Hahahh..kejam u..
Sian tak pasal kawan tu beraya mkn maruku

Aku teringin nak prank orang dtg runah 1st ok esok dth runah tu jdi macam rumah tinggal. Ada semak samun. Pintu terkopak.pastu upah sorang jadi mak pacak .....cakap eh rumah ni kosong 20tahun lepas
Quote pearl.silver 17-7-2017 09:48 PM
gigahertz replied at 17-7-2017 09:33 PM
Aku teringin nak prank orang dtg runah 1st ok esok dth runah tu jdi macam rumah tinggal. Ada semak ...

Nanti dia ingat selama ni kawan ngan bunian  

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.071152 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top