CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerana Cemar Nama JPJ, Dua Pegawai Kanan Ditukar Kerja

23-7-2017 04:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7594| Komen: 43

Selepas didakwa mencemar nama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dua pegawai kanan JPJ ditukar kerja ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Memetik laporan Harian Metro, timbalan ketua pengarah operasi JPJ Datuk Yusoff Ayob dan Datuk V Valluvan Veloo, pegawai tadbir dan diplomati ditukar ke JPA berkuatkuasa kelmarin.

Sumber berkata bertukaran itu disebabkan Yusoff didakwa mencemar nama JPJ dengan menggunakan lorong kecemasan, gagal hadir dan menghantar wakil ke mahkamah.

Foto: Carian internet

Valluvan pula dipercayai berkaitan pembabitan tiga anggotan Pasukan Tindakan Khas (PTK) yang didakwa menceroboh pejabat ketua pengarah JPJ.

“Dalam surat pertukaran itu, dinyatakan akibat tohmahan ke atas PTK, Valluvan yang bertanggungjawab dengan penubuhan pasukan elit itu selain bertanggungjawab penuh kepada aktiviti mereka ditukarkan ke JPA buat sementara waktu,” kata sumber.

Di samping itu, sumber turut berkata pertukaran itu mengeruhkan lagi kemelut dalam JPJ.- CARI

16

Bagus
7

Marah
14

Terkejut
15

Sedih
14

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 23-7-2017 04:36 PM
Untong kerja dgn govt ni.....kena tukar je.


Klu swasta mcm tu...dah calarkn imej besar besaran,,alamat sila berambus....

Quote sebu1 23-7-2017 05:16 PM
Best leeer :zz
Quote leen_shaza 23-7-2017 05:37 PM
Edited by leen_shaza at 23-7-2017 05:40 PM

Kenapa? Itu persoalan yang bermain di fikiran ramai ketika ini apabila tiga penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daripada Pasukan Tindakan Khas (PTK) disiasat polis selepas dipercayai terbabit dalam kejadian pecah masuk pejabat Ketua Pengarah jabatan itu, Datuk Seri Nadzri Siron.

Susulan kejadian itu yang berlaku pada 13 Julai lalu JPJ menerusi satu kenyataan semalam turut mengumumkan penggantungan PTK, satu unit elit yang baru beroperasi tak sampai dua tahun.

PTK sebuah unit istimewa dalam JPJ bersesuaian namanya. Tarafnya sama seperti Unit Tindakan Khas (UTK) dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan komando di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kepada yang mungkin tak berapa kenal dengan PTK ini, mungkin operasi menahan 10 ahli kongsi gelap yang menjalankan aktiviti tonto di plaza tol Awan Besar Lebuhraya KESAS pada 26 April tahun lalu mengingatkan anda semula kepada kehebatan PTK.

Operasi itu diingati ramai kerana ia seolah-olah babak dalam filem Hollywood apabila dua helikopter unit udara PDRM turut digunakan, selain sebahagian lorong lebuh raya ditutup hingga menggemparkan pengguna jalan raya.

Dianggotai 26 pegawai penguat kuasa JPJ yang dipilih menganggotai PTK menjalani latihan khas PTK di Pusat Latihan Pasukan Tindakan Am, Perak dan berperanan menangani kesalahan serius dan memerlukan pembabitan daripada Ibu Pejabat JPJ.

Ketika diperkenalkan sempena sambutan Hari JPJ ke-70 di Putrajaya 10 April tahun lalu, anggota PTK melakukan demonstrasi seni mempertahankan diri merangkumi aksi tempur tanpa senjata, tindak balas ancaman pistol dan penggunaan ‘T-baton’.

Demikianlah hebatnya kepakaran anggota PTK, tapi persoalan besar yang membingungkan banyak pihak sekarang kenapa kepakaran itu disalah gunakan?

Kenapa pula bilik Ketua Pengarah JPJ sendiri yang dipecah masuk? Apakah tujuan mereka dan apakah yang dicari di dalam bilik bos besar mereka itu?

Saya mengandaikan, semestinya bukan wang ringgit, barang kemas atau peralatan elektronik yang mereka cari, sebaliknya apa yang dicari itu besar kemungkinan dokumen penting.

Jika kemungkinan itu benar, ia membawa kepada persoalan seterusnya - apakah dokumen itu dan mengapa anggota PTK disyaki itu inginkan dokumen berkenaan?

Saya dan beberapa rakan sekerja di Harian Metro (HM) yang biasa membuat tugasan membabitkan JPJ, cuba merisik-risik mencari jawapan kepada persoalan demi persoalan ini.

Ada antara persoalan itu kami mendapat jawapannya dan ada yang tidak. Jawapan yang kami terima pun, sekadar berstatus kemungkinan atau teori yang bermakna ia tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Justeru, tidak perlulah saya kongsikan segala-galanya di sini.


Sambungan news bawah
Quote leen_shaza 23-7-2017 05:37 PM
Apapun, segala insiden yang membabitkan JPJ kebelakangan ini akan menyebabkan media, mahupun orang awam tidak lagi melihat JPJ dengan ‘pandangan biasa.’

Secara peribadi saya berpendapat ada yang tidak kena dengan JPJ kerana sebelum ini pun sudah berlaku beberapa insiden yang menimbulkan kemusykilan dan belum terjawab.

Pada 17 Jun lalu, Nadzri disoal siasat lapan jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung set golf bernilai RM45,000 yang diterimanya.

Pada 21 Jun pula, seorang wartawan HM yang mengikuti satu operasi JPJ diketuai Pengarah Penguatkuasanya, Datuk V Valluvan tiba-tiba diarahkan tidak meneruskan liputan.

Menurut Valluvan yang sebelum ini amat mesra dengan pengamal media, dia berbuat demikian kerana ada arahan terbaru yang melarangnya memberi kenyataan kepada media biarpun memegang jawatan Pengarah Penguatkuasa.

Pada Disember tahun lalu, HM mendedahkan 2,000 sijil pemilikan kenderaan (VOC) hilang dari pejabat JPJ Johor Bahru dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang sehingga kini masih belum ditemui.

Sebelum itu, pada September, HM membongkar hal mesin kios mySikap bernilai RM7 juta yang diperkenalkan JPJ pada November 2013 hanya berfungsi tidak sampai setahun.

Rentetan semua peristiwa ini jelas membuktikan kemelut di JPJ kini sebenarnya hanya kesinambungan daripada permasalahan yang wujud sejak tahun lalu dan belum menemui jalan penyelesaiannya.

Sehingga bila drama membabitkan kisah dalaman di JPJ ini akan menemui titik noktah, sama-samalah kita tunggu.

Penulis ialah Penulis Khas Kanan Harian Metro
Quote leen_shaza 23-7-2017 05:38 PM
https://www.hmetro.com.my/minda/ ... dak-kena-dengan-jpj
Quote R2D2 23-7-2017 05:55 PM
ni berita biasa
sebab dlm gomen kalau sokong pembangkang baru kena pecat
mcm kes guru di Johor tu
kalau setakat makan rasuah memang kena transfer
tapi kalau sah terlibat politik wang, kemungkinan akan dilantik pengerusi agensi kerajaan tu sangat cerah
Quote scorpionkiki 23-7-2017 05:56 PM
whoa..teruknya penguatkuasaan skrg ni
Quote otai_g 23-7-2017 08:05 PM
Guna lorong kecemasan. Dia ingt da bsr sgt la tu. Org mcm ni pijak je ramai2 biar cacat.
Quote zach2008 23-7-2017 08:26 PM
Bila timbalan ketua pengarah kena saman dan masuk court sebab guna lorong kecemasan pun dah ada sesuatu yg tak kena. Bukan pasal kesalahan dia tp mengapa dia boleh kena saman. Bukan tak tahu, setakat org pangkat kecik2 pun boleh lepas senang2 je. Ini jawatan yg agak tinggi pun sangkut
Quote finesse 23-7-2017 08:33 PM
Patut la negara ni x ke mana2... Masing2 tak ada rasa malu dan tanggungjawab. Pemimpinnya lagi la.
Quote mjla 23-7-2017 08:35 PM
Dah kena mark lama
Tunggu buat silap je
Quote aHoi83 23-7-2017 09:45 PM
Patut dibuang je. Piar papa kedana dan hina dina :
Quote dubuk 23-7-2017 09:52 PM
biar dia duduk bawah jambatan
Quote TuntungReturn 23-7-2017 09:55 PM

cukup2 la ptd pegang jawatan,kasi la orang yang berakar umbi dri jpj sendiri
Quote idakamaruddin 23-7-2017 10:09 PM
leen_shaza replied at 23-7-2017 05:37 PM
Apapun, segala insiden yang membabitkan JPJ kebelakangan ini akan menyebabkan media, mahupun orang a ...

rasuah rasuah

agensi kerajaan ni kalau xde rasuah mcm x trill gamaknyeee

Quote Atifan 24-7-2017 12:03 AM
TuntungReturn replied at 23-7-2017 09:55 PM
cukup2 la ptd pegang jawatan,kasi la orang yang berakar umbi dri jpj sendiri

Sama ja noks..rasuah tetap rasuah
Quote albedah 24-7-2017 12:33 AM
Sejak Isa nk masuk spad. Banyak betul musibahnya.  Eh.. Pengangkutan Awam dengan Pengangkutan Jalan lain ek?
Quote cmf_premierleag 24-7-2017 01:52 AM
Mohon pakcik2 jpj ni sila meninggal cepat sket ye
Makin lama ko keje, makin jahanam institusi gomen tu
Quote singajantan 24-7-2017 06:54 AM
Konspirasi....ketua yg didakwa rasuah....yg timbalan kena pindah...mmmmm

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.066211 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top