CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Suami Isteri Kena Sihir Pemisah, Bomoh Hantar Cicak Sebagai Perantaraan Sihir

25-7-2017 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24652| Komen: 52|Original author: Oleh : Hafiz BZ


Gambar sekadar hiasan


Sejak zaman dahulu lagi, amalan sihir masih menjadi pilihan buat sesetengah manusia yang busuk hati dan lemah imannya.

Hanya untuk kepuasan sementara, ada yang sanggup melakukan perkara-perkara syirik semata-mata ingin melihat orang yang dibenci hidup susah, jatuh sakit dan paling teruk hingga meninggal dunia. 

Salah satu contoh sihir yang cukup popular adalah sihir pemisah. Di dalam Al-Quran, secara jelas Allah s.w.t ada menerangkan tentang satu sihir di mana ia dapat memisahkan, atau mencerai-beraikan hubungan antara suami dan juga isterinya. Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 102 yang bermaksud:

“……Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah……” (Al-Baqarah: 102)


Sihir pemisah dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu yang selalunya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya. 

Baru-baru ini, seorang pengamal ilmu perubatan Islam dari Iyra Shifa Enterprise berkongsi tentang kisah pesakitnya yang hampir bercerai-berai akibat disihir menggunakan cicak sebagai perantaraan. 




Alhamdulillah, hari ni selesai rawatan di sungai besi. Menyelesaikan masalah ghaib dua benua yang penuh misteri.

Pesakit kami di Sungai Besi mengalami masalah hubungan suami isteri sehingga hampir bercerai. Hal ini demikian kerana pesakit tersebut terkena sihir pemisah melalui Bomoh Siam. Makanan di rumah pesakit juga kerap basi walaupun dimasak sejam yang lalu.

Pesakit juga sering mengalami mimpi ngeri seperti dilayung dengan api, ditikam berkali kali, jatuh dari tempat yang tinggi dan dipukul dengan besi panas sehingga terasa lebam seperti kena pukulan yang benar setiap kali bangun tidur.

Namun apabila diperiksa oleh doktor pakar untuk mengetahui masalah yang dialami, ternyata beliau tidak mempunyai sebarang penyakit. Pesakit memberitahu kepada kami bahawa rumah mereka mempunyai banyak cicak yang tidak terkira.

Pada sesi rawatan, semasa Muallij membaca ayat suci al quran, pesakit tidak khabarkan diri dan berlaku sesi dialog antara pesakit dan perawat. Alhamdulillah, keberkatan ayat quran dapat menyelesaikan masalah pesakit tersebut.


Semasa perawat sedang membaca Ruqyah untuk buat pagar di rumah pesakit, tiba-tiba beberapa ekor cicak jatuh dalam keadaan hangus.

Setelah diperiksa, jelas menunjukkan bahawa Bomoh Siam tersebut menghantar sihir menggunakan cicak sebagai perantaraan untuk memanaskan hubungan suami isteri.


Selepas kami pulang, pesakit menelefon kami dan memberitahu bahawa selepas beliau menabur beras, garam dan lada hitam semakin banyak cicak yang jatuh seperti hangus dan keadaan rumah mereka turut kelihatan seperti berasap selepas merenjis air ruqyah.


Jika dirumah anda mempunyai banyak cicak dan ada tanda-tanda seperti kisah di atas, eloklah segera berjumpa dengan perawat sebelum menjadi lebih parah. - CARI

18

Bagus
18

Marah
35

Terkejut
27

Sedih
22

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (144 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 25-7-2017 01:34 PM
urm rumah kak sendiri nasi basi walau guna air elken sebelum ni ok je, lepas dah berubat dengan izin Allah nasi ok.

biasa orang dh kena sihir ni mudah untuk kena kali kedua kali ketiga jadi akhir nya proses rawatan sendiri di cadangkan ustaz. ustaz ajar cmne nak rawat. lama2 pandai rawat sendiri mampu rawat orang lain dengan izin Allah.
Quote tupaiterbang 25-7-2017 02:00 PM
cicak dipersalahkan
Quote kiambang 25-7-2017 02:08 PM
Orang tak sangka kalau cicak yang dihantar...
Quote nisako 25-7-2017 02:14 PM
ishhhhhhh takutnye.........
Quote nadihazza 25-7-2017 02:17 PM
masalah org skrg x bole org lain bahagia sikit!
Quote shark 25-7-2017 02:18 PM



itu sebab malam jumaat sunat bunuh cicak dan bunuh setan


Quote PongKang 25-7-2017 02:22 PM
cicak jd agent espionage gitu
Quote aleesyasofia 25-7-2017 02:45 PM
tupaiterbang replied at 25-7-2017 02:00 PM
cicak dipersalahkan

iols prnh dgr kalo ade cicak dlm umah mknanya mmg ade something.. kalo umah yg dh lme tggl biasenya kita beri slm kn.. kalo ade bnyi cicak mknanya ade la tue.. wallahu'alam bishawab
Quote aleesyasofia 25-7-2017 02:47 PM
nadihazza replied at 25-7-2017 02:17 PM
masalah org skrg x bole org lain bahagia sikit!


ye btul tue.. ianya berlaku pd mak cik iols dan suami sheols.. tjuannya nk bg cerai..
Quote Teru2Bozu 25-7-2017 03:14 PM
rumah aku banyak cicak
Quote manjalara_01 25-7-2017 03:17 PM
PongKang replied at 25-7-2017 02:22 PM
cicak jd agent espionage gitu

eheheh...joke of the day


Quote nadihazza 25-7-2017 03:17 PM
aleesyasofia replied at 25-7-2017 02:47 PM
ye btul tue.. ianya berlaku pd mak cik iols dan suami sheols.. tjuannya nk bg cerai..

santau je balik bg tau rasa!geram..dulu arwah mak masa meniaga ada org hantar santau angin..kami bkn duduk rumah banglo ke drive bmw ke tu lah moto kaocai yg jd sumber rezki..tu pon org nak dengki..tp mak iolss x mau pulang blik kat org tu..dia kata biarkan..
Quote DaisyD 25-7-2017 03:25 PM
Ingatkan zaman dah moden takde yang nak main bomoh, ramai lagi rupanyaa.
Quote chinta89 25-7-2017 03:36 PM
kenapalah nk aniaya org?
Quote aleesyasofia 25-7-2017 03:45 PM
nadihazza replied at 25-7-2017 03:17 PM
santau je balik bg tau rasa!geram..dulu arwah mak masa meniaga ada org hantar santau angin..kami b ...

yg kne skrg nie suami mak cik iolss.. kcian tgknya.. bdn jd gtal2.. pgsan pon prnh.. mmg tgh brubat lg.. suami mak cik tue mmg ade bgtau nak htr blik kat famli diorg.. iols just diam jer.. sbbnya pd iols bila org bt jhat jgn blas jhat.. mgkn iols xberada kat tmpt heols sbb tue iols boleh ckp gini..
Quote miemiecha 25-7-2017 03:46 PM
apak mek dlu kne perantara katak, memula x percya, dah tgk bru lah sedar, sian apak..
Quote vanillaninja 25-7-2017 04:15 PM
I benci cicak
Quote ReginaGeorge 25-7-2017 06:09 PM
Cicak jer?  Bajet tol tok moh!  Hntr la ayam ke kambing ke.dihantar pulak cicaik kuruih
Quote qistiena 25-7-2017 06:16 PM
selepas cicak...ape plak binatang yg akan digunakan...semut...lipas...

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.049605 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top