CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Sedap Memang Sedap, Tapi Jangan Sampai Makan Haram

25-7-2017 02:43 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 4780| Komen: 6

Siapa suka makan lamb chop black pepper? Memang sedap kan? Itulah antara makanan western kegemaran saya. Sekarang ini, memang mudah. Tak macam dulu. Cakap saja nak makan daging kambing, berderet restoran berjenama mahu pun tanpa nama di depan mata.

Dari harga serendah RM16 hinggalah ke ratusan ringgit. Pilih saja nak makan di mana. Sedap tu memang sedap tapi hati-hati ya. Jangan sampai termakan daging haram sudahlah. Tentang makanan, saya ni agak ‘konservatif’.

Nak masuk restoran, perhati dulu tanda halal JAKIM. Kalau ada, baru masuk. Kalau tak ada, buatlah pertimbangan akal yang wajar. Kita perlu ringan mulut bertanya kepada staf atau pengurus restoran mengenai kandungan bahan dalam resipi mereka.

Lumrah restoran milik orang Islam tidak ada tanda halal kerana secara logiknya mereka tentu sudah memastikan sumber bahan yang dimasak itu halal (harapnya begitulah). Namun, biasanya restoran yang dimiliki oleh syarikat besar/korporat akan ada sijil halal.

Foto: Carian Internet

IMPORT BABI DAN KAMBING DALAM SATU KONTENA

Kenapa saya sebut fasal kambing haram? Anda pasti ada terbaca mengenai kisah penipuan lesen import daging baru-baru ini. Cubaan menipu daging import itu berjaya dikesan oleh  Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

Mujurlah kontena yang sudah sampai itu sempat disita. Bayangkan kalau terlepas dan sampai ke syarikat berkenaan lalu diedarkan kepada pembekal daging? Bukankah haru? Kejadian mencampurkan daging babi dan daging kambing import dalam satu kontena itu benar-benar menyebabkan saya tersentak.

Daging babi itu pula diimport dari Sepanyol yang pastinya daging kambing itu tidak disembelih. Lepas tu, syarikat pengimport pula ada sijil halal JAKIM. Terbayang tak kita makan daging kambing haram walau pun ada sijil halal! Aduh ngeri kan? Bayangkan sebuah syarikat pengimport berani menipu kerajaan dan rakyat Malaysia hidup-hidup! Kurang ajar betul mereka ni kan?

Sepatutnya nama dan pemilik syarikat diviralkan. Kepada siapa ia akan dibekalkan dan restoran atau kedai mana pula yang terlibat. Barulah kita sebagai pengguna boleh lebih rasa yakin bila makan di luar.
Foto: BH Online
KESAN PADA MORAL DAN KEYAKINAN UMAT ISLAM

Negara Malaysia sering dikunjungi oleh ramai pelancong. Bahkan Malaysia dikenali sebagai hub halal di dunia. Jika hal sebegini terus berlaku, apa akan jadi pada reputasi Malaysia di mata dunia?
Bagaimana jika rakyat dan pelancong muslim ragu-ragu pada kejujuran para peniaga makanan di Malaysia? Apakah kesannya pada industri pelancongan negara? Padahal rakyat Malaysia secara majoritinya memang kaki makan dan amat mementingkan konsep halal ini.

Oleh itu, saya ingin sarankan agar kita semua mengambil langkah proaktif untuk membantu pihak berkuasa membanteras masalah penipuan ‘syaitan hidung belang’ ini. Antaranya ialah:

1. Kita perlu menjadi mata dan telinga – Disarankan agar kita segera buat laporan atau pengaduan kepada pihak berkuasa, jika kita ada info mengenai kegiatan penyeludupan daging sebegini. Sebarkan juga info kepada rakan-rakan di media sosial.

2. Jangan ambil semborono terhadap makanan yang dimakan
– Ringankan mulut untuk bertanya kepada pengusaha restoran atau rakan –rakan yang arif mengenai sesebuah restoran yang kita tidak pasti status halalnya.

3. Hati-hati juga dengan pembelian daging di pasar dan pasar raya.
Dikhuatiri berlaku penipuan sijil halal.

Foto: Aktual.com
Itu baru cerita kambing, belum lembu dan ayam lagi. Pasti isu ini bukan kecil. Biarpun kita tidak berdaya hendak menyiasat sedalam-dalamnya, namun keprihatinan kita sebagai pemerhati sedikit sebanyak dapat membantu membanteras jenayah ini. Jagalah maruah dan reputasi negara dan agama kita di mata dunia.

Salam hormat,
Liza Ali
28

Bagus
19

Marah
23

Terkejut
17

Sedih
26

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KucingKedai 25-7-2017 04:27 PM
sedapnya kambing lam gamba tu..
Quote JeepersCreepers 26-7-2017 10:41 AM
Pepper* ..paper tu kertas
Quote kenarikelabu 26-7-2017 10:49 AM
Black paper.....kertas hitam.
Quote nisako 26-7-2017 01:37 PM
eeeeeeeeeeeeeeee
Quote nikola.tesla 26-7-2017 11:57 PM
Siapa suka makan potongan lampu kertas hitam?
Quote nikola.tesla 26-7-2017 11:58 PM
Kita konfiden ka seblum ni tak ada yang terlepas?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.042834 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top