"Jurugambar suruh saya buat muka 'cute', senyum dan pandang pada kamera. Saya buat, tetapi tak tahu untuk siaran televisyen." Ha, itulah jawapan Norsuziyana Natasya Mohd Hasim kepada Harian Metro apabila ada pihak mengecam aksi comelnya ketika muncul di hadapan kaca televisyen (TV).
Menerusi paparan video itu, Norsuziyana dilihat tersenyum, mengenyit mata dan melambai ke arah kamera, sekali gus menjadikan ia tular di media sosial. Kalau dah orangnya cantik, sudah tentulah dapat membuat hati netizen terutama kaum Adam 'cair' melihat aksi comel anak bongsu daripada enam beradik itu. Namun, dalam pada kejelitaan dan kecomelannya dipuji orang ramai, Norsuziyana akui turut menerima komen kecaman sehingga terpaksa menyahaktifkan akaun Facebook, Twitter dan Instagramnya.
"Ada yang mengecam hanya disebabkan kehadiran saya pada majlis itu dan dikaitkan dengan isu politik. "Saya cuma menjalankan tanggungjawab saya sebagai anak menemani ibu, Roslina Karim, 57, yang mahu ke sana. Ayah saya dah lama meninggal dunia," jelasnya. Hampir menangis budak tu dibuatnya sehinggakan terlintas di kepala Norsuziyana sekiranya perlakuannya itu memalukan keluarga. "Ibu jawab, 'tidak, mak bangga ada anak macam kamu. Anak yang kuat di luar dan tersenyum, tetapi di dalam, air mata yang keluar'," katanya yang berasal dari Felda Jengka 21, Pahang. Norsuziyana bagaimanapun, reda dengan situasi itu. "Mulut orang saya tak boleh tutup. Saya reda dengan semua ini dan kakak beritahu, saya kena terima kerana ini semua dugaan," katanya. Norsuziyana bersama ibunya menghadiri Hari Peneroka Felda 2017 dua hari lalu di Putrajaya untuk menerima insentif peneroka yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ketika itulah dirinya dirakam jurukamera. Pelbagai reaksi diterima daripada netizen dan rata-ratanya hairan dengan hal kecam-mengecam yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. "Orang Malaysia ni kadang-kadang perangai pelik-pelik. Hal macam ni pun nak jadi hal. Memang dah tak ada kerja sangat ke nak buat," komen netizen. Anda rasa tindakan gadis itu 'terlampau' atau hanya hiburan semata-mata? - CARI |
15
Bagus |
36
Marah |
20
Terkejut |
26
Sedih |
19
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 26-7-2017 03:20 PM
dik kena berguru dengan otai cari forum, sekali kena kutuk buka 100 akaun lain ,
tak perca ...
ADVERTISEMENT