CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Perasan Tak? Wanita Lebih Cepat Tua Dari Lelaki. Ini Sebabnya..

26-7-2017 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5082| Komen: 18|Original author: Oleh : Hafiz BZ


Umur merupakan perkara paling penting yang kebiasaannya menjadi pertimbangan dalam memilih pasangan. Bagi sesetengah lelaki, wanita yang jauh lebih muda merupakan pilihan yang tepat untuk dijadikan pasangan hidup.


Setuju tak jika dikatakan wanita akan nampak lebih cepat tua berbanding lelaki? Setuju atau tidak itulah hakikat yang perlu ditelan oleh kaum wanita.


Dalam Aesthetic Surgery Journal, Dr Foad Nahai, seorang ahli bedah di Atlanta mengatakan bahawa proses penuaan bagi kulit lelaki berlaku lebih lambat berbanding wanita.

“Perbezaan ini ternyata disebabkan kerana wanita mempunyai kelenjar peluh (sebaceous glands) yang lebih sedikit daripada lelaki,” ujar Dr Moshe Kon dari University Medical Centre Utrecht.


Sebaceous glands atau kelenjar peluh berfungsi mengeluarkan minyak yang akan membuat kulit tetap lembut. Pada wanita, jumlah kelenjar tersebut sangat sedikit sehingga seiring berjalannya waktu, wanita akan tampak lebih tua berbanding lelaki, terutama di daerah sekitar mulut yang akan lebih berkedut.


Penyelidik memfokuskan kajian pada daerah wajah, iaitu pada bahagian sekitar mulut, baik atas sebelah mahupun bawah. Selain kelenjar keringat yang lebih sedikit, yang membuat wajah seorang wanita kelihatan lebih tua berbanding lelaki adalah sedikitnya pembuluh darah yang mengalir di daerah mulut.

Otot-otot mulut yang terdapat pada wanita juga lebih dekat pada kulit. Akibatnya kulit akan tertarik dengan kencang tapi lebih cepat pula berkedut.Kelebihan lelaki yang membuatnya lebih awet muda daripada wanita ternyata juga terdapat pada kelenjar peluh dalam setiap folikel rambutnya.

“Lelaki punya kelenjar keringat lebih banyak per setiap folikel rambutnya yang akan membuat kulitnya lebih lambat mengalami penuaan,” kata Dr Kon.

Beberapa penyebab penuaan yang lebih cepat pada wanita juga disebabkan oleh menipisnya hormon estrogen menjelang masa menopause yang membuat aliran darah berkurangan dan menyebabkan garis-garis halus dan kerutan di kulit.

Satu penemuan penting lagi dari kajian ini adalah, tulang rahang wanita akan mengecut lebih cepat jika sudah tua berbanding lelaki dan akibatnya, bahagian untuk menampung kulit tidak ada lagi dan akhirnya muncullah kedutan.


“Cara paling baik agar kulit tetap terlihat muda adalah mengelakkan merokok, sinar matahari dan usahakan pakai pelembab kemanapun anda pergi,” kata Dr Jessie Cheung, dermatolog dari NYU Langone Medical Centre, New York City.

Namun usah khuatir, ini kerana masalah tersebut boleh diatasi dengan pelbagai produk kecantikan dan juga amalan gaya hidup sihat. Rajin-rajinlah bersenam dan jangan lupa jaga pemakanan. - CARI

16

Bagus
18

Marah
20

Terkejut
18

Sedih
31

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 26-7-2017 06:17 PM
Kak Nita muda je dgn hanya mengambil wudhu..
Quote riy 26-7-2017 09:30 PM
3 litres air masak macam kakak faz. baru shantek meletop
Quote aciik 27-7-2017 09:25 AM
macammana la rupa kak nita skang....mesti betambah muda....
Quote Artemesiaa 27-7-2017 01:09 PM
Pengaruh persekitaran pun banyak menyumbang sebenarnya.  Kalau yang muda selalu bergaul dengan yang sedikit berumur lama2 yang muda tu pun akan nampak berumur juga.  Selain tu personality dan cara dia dibesarkan pun banyak mempengaruhi sama ada dia akan kelihatan tua atau muda.
Quote carly_lah 28-7-2017 07:33 PM
tua pun tua lah... yg penting bahagia....
Quote redapple10 29-7-2017 09:21 AM
ohmaiiii botox alert..opss haram la pulak
Quote redapple10 29-7-2017 09:21 AM
alamak botox alert.. opss haram la pulak
Quote dakewa 30-7-2017 09:47 PM
Kadang2 tgk dari pergaulan jugak.
Macam aku byk bergaul dgn muda2, bila bgtau umur sebenar sume tak caye.
Ingat aku baya2 diorg.
Quote ShiningStars 31-7-2017 09:10 PM
Aduh,kena start ambik supplement utk maintain skin elasticity ke {:question
Quote bc85 1-8-2017 11:54 AM
may be because too much thing need to be think compare to lelaki
Quote Gadis_sarawak 1-8-2017 12:24 PM
yeke? nape ramai cakap laki iols lagi tua dari iols sedangkan laki iols muda 4 tahun dari iols..ke sbb iols kecik
Quote liewei 5-8-2017 02:38 AM
Tips Scr888

Kepada Onlineclub customers kita :

Boss boleh cuba,ini record palanggan cuci kat game scr888 hari ni ,terima kasih

sila contact customers service kita
whatsapp:014-3211145

fb=https://www.facebook.com/sloton9/?fref=ts
Quote rainbow259 16-8-2017 10:35 AM
carly_lah replied at 28-7-2017 07:33 PM
tua pun tua lah... yg penting bahagia....

ahahah betul2. yg penting bahagia
Quote ecstatic 2-10-2017 10:08 AM
nasib baik laki aku tua dari aku, so nampakla i senantiasa muda jelita. kiki.
Quote Jorja 26-10-2017 08:27 PM
Semua orang akan tua lah so dont make such a big deal out of it
Quote noraidil_06 26-10-2017 09:04 PM
Jorja replied at 26-10-2017 08:27 PM
Semua orang akan tua lah so dont make such a big deal out of it

Exactly. X salah pun tua. Hukum alam.
Quote retnoel 26-10-2017 10:05 PM
X perasan la..i rs lelaki yg cpt tua..
Quote rainbowrainz 1-12-2017 09:53 PM
rainbow259 replied at 16-8-2017 02:35 AM
ahahah betul2. yg penting bahagia

Aikkk da nk nickname aku le..hahahaha

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.264762 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top