CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jom Jelajah Sungkai Bersama Keluarga Tersayang

26-7-2017 07:11 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10968| Komen: 21|Original author: Oleh : Hafiz BZ


Musim cuti sekolah dah nak tiba tak lama lagi. Pasti ramai ibu bapa sedang merancang percutian bersama anak-anak tersayang.

Jika masih buntu memikirkan destinasi percutian anda, Sungkai adalah antara destinasi yang mungkin boleh anda pertimbangkan untuk percutian bajet bersama keluarga.


Disini terdapat banyak homestay dengan harga berpatutan dan juga amat sesuai untuk aktiviti seisi keluarga.

Antara tempat menarik yang boleh anda lawati jika ke Sungkai, Perak adalah :


Kredit foto - infotel.co.uk


Felda Residence Hot Springs, Felda Sungai Klah
Kawasan rekreasi kolam air panas ini merupakan tarikan utama pelancong di Sungkai. Kolam air panas disini dikenakan caj sebanyak RM15 untuk dewasa dan jika anda inginkan privasi, bolehlah menyewa jacuzzi dengan harga bermula RM75 sejam. Kemudahan asas yang ada termasuklah surau, tandas, kerusi rehat, dan bilik persalinan. 

Kredit foto - ipohecho.com.my

Sungkai Wildlife Reserve
Sebuah pusat pemuliharaan binatang liar yang terletak di kampung Manderang, Sungkai, Perak. Terdapat ladang ternakan rusa seluas 100 hektar diuruskan oleh Jabatan Hidupan Liar. Memang besar kawasan ni, sesuai bawa anak-anak untuk mengenal kehidupan binatang.


Pusat Buah-Buahan
Kawasan Sungkai dan Bidor merupakan pusat buah-buahan segar di negeri Perak. Ladang Tanaman Kekal Untuk Pengeluaran Makanan (TKPM) Sungkai seluas 260 hektar telah diusahakan oleh penduduk dengan berbagai jenis tanaman buah-buahan seperti jambu,belimbing,betik dan juga mangga.


Taman Herba
Kawasan seluas 5 hektar ini dibangunkan untuk projek tanaman herba secara besar-besaran. Penyelidikan dan pembangunan dilakukan oleh pihak MARDI. Selain itu, kawasan nurseri seluas 3 hektar yang ditanam dengan pelbagai jenis herba juga terdapat di Sungai Selinsing, Tapah.


Selain itu, tidak akan lengkap percutian anda ke Sungkai jika tidak mencuba Nasi Bamboo Sungkai Klah yang sememangnya popular di kawasan ini. Apa yang ditunggukan lagi, moh kita ke Sungkai yop! - CARI

32

Bagus
42

Marah
17

Terkejut
37

Sedih
22

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (179 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cahaya_almas 26-7-2017 09:06 PM
Mmg plan nak g perak thn nie..hrp2 jdilah..
Quote harrypoter 27-7-2017 11:42 AM
dah pegi, homestay dia berhantu..bebaik
Quote nisako 27-7-2017 01:44 PM
hmmmmmmmmmmmm
Quote pearl.silver 27-7-2017 01:44 PM
7 tahun lepas dah pergi hot spring dia..masa tu entrance rm10
yg x syoknya siang hari panas buta sapa nk masuk hot spring
takat main air kolam tu je la beramai2..

bila dok kedah baru dpt rasa berendam dlm hot spring kat baling..
sebab memang buka malam2 sampai la subuh..
Quote vanillaninja 27-7-2017 02:50 PM
Nasi bamboo tu ramai orang. Rasa wise, ok la. Tak la wow sangat but ok.
Quote miemiecha 27-7-2017 04:31 PM
mek dah try hot spring sungkai.. erm.. msa mek p, byak abam2 india.. jadi mek x main air sgt.. men air panas je... rebus telor..

tu jelah... nak kata syok sgt x jugak.. heheheheheh

nasi bamboo tu sedap... daging msk lemak dia terbaekkkk
Quote devilito2 28-7-2017 12:12 PM
hurm... bleh try
Quote CardiGans85 28-7-2017 12:27 PM
bole msk dlm list ni..
Quote teruterubozue 31-7-2017 08:54 AM
No 1 tu sesuatu sangat. Iolls dah pernah kena. Jejaga
Quote rosa_canina 31-7-2017 10:51 AM
Felda Residence Hot Springs
dh pegi last yr dgn family.. anak2 plg seronok..

on d way blk singgah Nasi Bamboo .. ok la..blh tahan

Quote capiloton 31-7-2017 11:08 AM
harrypoter replied at 27-7-2017 11:42 AM
dah pegi, homestay dia berhantu..bebaik

jumpe apa kat sane?

Quote syue86 1-8-2017 10:24 AM
teruterubozue replied at 31-7-2017 08:54 AM
No 1 tu sesuatu sangat. Iolls dah pernah kena. Jejaga

cerciter
Quote syue86 1-8-2017 10:24 AM
harrypoter replied at 27-7-2017 11:42 AM
dah pegi, homestay dia berhantu..bebaik

cerciter
Quote dekmieDandy 1-8-2017 12:29 PM
mana2 yang rasa nak ke Hutan Lipur Lentang tu aku harap korang boleh boikot dulu

sebab cas melampau sekarang sampai RM5 perhead dewasa

dengan fasiliti yg teruk, pokok tak terurus

dah masuk kene caj toilet yg buruk nakmati lagi

jambatan gantung pon xleh guna

so boikot dulu

#anakjatibentong
Quote Usa.Gi 1-8-2017 03:21 PM
ingat tahun ni nak ke the lost world of tambun. ok x facilities dia? nak beli pakej kat matta fair september ni
Quote anastasia7 2-8-2017 02:08 AM
Hot spring sungkai, villa dan bilik hotel best. Tp last time pergi dengam family tkndpt lama sebab hujan. Apa pun sesuai pergi sbb anak2 tk tahan mandi air sejuk
Quote nadsehun 8-8-2017 03:27 PM
wahh so nice...xde geng nk pg..huhuhu
Quote Ratutulip 23-10-2017 12:15 PM
aritu sewa villa dia.. seronok tk puas mandi air panas... mcm nk repeat je lg
Quote AinRaz 24-10-2017 10:53 PM
teringat dulu masa form 4  (2004) ada perkhemahan persatuan KRS kat sungai sungkai..
tengah sedap mandi manda dengan kawan2 tetiba nampak babi perliharaan orang2 asli kat situ tengah berak tepi sungai...  pakai2 semua lari bila nampak babi.. hahaha

Tapi sungai sungkai mmg lawa.. tersa nak pergi lagi kalau ada rezeki..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.089618 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top