Tindakan beberapa anggota Polis Trafik dari IPD Jempol yang didakwa menyaman sekumpulan lelaki mengundang suasana tegang di sebuah jalan berhampiran ladang kelapa sawit. Sekumpulan lelaki berbangsa India itu naik berang dan mempersoalkan tindakan anggota polis yang membuat sekatan jalan raya di "jalan kampung" yang masih belum berturap. "Tuan, ini jalan kampung boleh saman ke? mana boleh saman. Baru ini dunia first time jalan kampung boleh dapat saman" kata seorang lelaki. "Ini majlis daerah punya jalan. Tak apa kita jumpa di mahkamah" jawab pegawai polis tersebut. "Tak ada ini kampung punya jalan. Jalan majlis ini macam pakai tanah merah ke? Saya pun hairan lah"
"Satu kali pun polis tak boleh nak tolong untuk rakyat, semua tolong untuk orang kaya juga" kata salah seorang lagi daripada mereka. Kredit video - Viral Malaysia 2.0 Tindakan anggota Polis tersebut turut mengundang pelbagai komen negatif dari netizen. Rata-rata netizen mempersoalkan tentang kewajaran tindakan anggota polis itu. Namun menurut satu kenyataan yang dipetik dari Info Roadblock JPJ/POLIS berhubung kejadian ini, anggota polis bertindak mengenakan saman kepada kenderaan itu kerana didapati menghalang laluan di Kampung Serampang Indah (GATCO) iaitu merupakan tanah rezab jalan yang dimiliki kerajaan negeri. Tindakan pemilik kenderaan terbabit telah menyebabkan gangguan kepada pihak yang ingin menggunakan jalan terbabit. Difahamkan juga, tindakan PDRM berlandaskan kepada peraturan undang-undang dibawah Akta 333 Akta Pengangkutan Jalan 1987 Seksyen 48 Galangan Disebabkan Kenderaan di jalan. Jadi diharapkan semua pihak jelas dan tidak membuat sebarang spekulasi liar berhubung kejadian ini. - CARI |
8
Bagus |
9
Marah |
18
Terkejut |
14
Sedih |
11
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sikatkutu replied at 28-7-2017 04:40 PM
ni sebab halang laluan. kalau tak pakai helmet atau tali pinggang keledar dalam kebun boleh saman ...
Sandal replied at 28-7-2017 07:11 PM
nak cari duit kopi la tu
Sandal replied at 28-7-2017 07:11 PM
nak cari duit kopi la tu
tagas replied at 29-7-2017 01:56 AM
Pariah bodoh
tagas replied at 29-7-2017 01:56 AM
Pariah bodoh
ADVERTISEMENT