Pelakon Siti Saleha selamat bergelar isteri kepada Ahmad Lutfi Azhar dan tanpa berselindung, ternyata mereka sudah tidak sabar lagi mahu menimang cahaya mata.
Lutfi memberitahu yang dia mengimpikan untuk mempunyai sebuah keluarga besar dan teringin sangat nak ada sebelas orang anak. "Saya mahu sebelas orang anak! Satu setiap tahun tetapi sebenarnya soal cahaya mata kami serahkan sepenuhnya kepada rezeki. "Jika Allah ingin berikan kami anak awal, Alhamdulillah tetapi kami tidak merancang mengenai itu," katanya kepada mStar Online. Sementara itu, Lutfi berkata selepas berkahwin dia tidak akan menyekat karier isterinya sebagai artis dan akan terus menyokongnya dari belakang.
"Dahulu masa mula-mula memang saya sukar sikit menyesuaikan diri malah saya cepat berasa jengkel apabila dia sering dikerumi peminat untuk bergambar. "Tetapi lama kelamaan saya sudah biasa dan mula memahami kerjayanya dan ramai peminat menyayanginya. "Sehinggakan sekarang saya pula jadi jurugambar untuk mengambil gambar peminat bersama Saleha," tambahnya.-CARI
|
18
Bagus |
19
Marah |
20
Terkejut |
24
Sedih |
17
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lady_cokelat replied at 29-7-2017 09:45 PM
Tenggelam coverage wedding diaorg ni sebab kes alip and pipah
idakamaruddin replied at 29-7-2017 08:06 PM
kenapa mcm x pnh tau saleha ada bf or tunang ke? tetibe kawen
ADVERTISEMENT