Yum! Sedapnya ayam goreng. Memang tak tahan kalau tengah lapar-lapar ni nampak pula ketulan-ketulan ayam goreng yang besar dan sangat menggiurkan. Memang tak tahan!
Jika sebelum ini Taiwan menghias bahagian dalam gerabak MRTnya dengan seni hiasan persis kolam renang, Korea Selatan pula menghias gerabaknya dengan menggantungkan ketulan-ketulan ayam goreng di handrail kereta apinya. Serius ayam goreng itu nampak seperti ayam sebenar yang sungguh menyelerakan! Selain ayam, mereka menggantungkan kotak makanan (lunch box) berselang-seli dengan ayam goreng. Difahamkan, gambar itu dirakam di dalam sebuah kereta api di Seoul. Dan hiasan itu adalah taktik pengiklanan sebuah syarikat penghantar makanan 'Baedal Tong' bagi menarik perhatian pengguna kereta api di situ. Kalau nak tahu, mereka pun ada aplikasi menghantar makanan dan ia boleh dimuat turun di Google Play. Memetik World of Buzz, gimik ayam goreng ini tular di Internet sehingga menarik perhatian netizen dari Malaysia! "Tiap-tiap malamlah makan ayam goreng kalau naik kereta api ni. Tengok je pun dah terliur!" komen netizen. Kreatif juga mereka ni menarik perhatian orang untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Setuju tak kalau Malaysia buat macam ni juga? - CARI
|
17
Bagus |
8
Marah |
13
Terkejut |
25
Sedih |
15
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ctsueraya replied at 2-8-2017 09:07 AM
haha kat malaysia takyah buat camni pun burger dgn ayam mekdi sold out
kalau buat camni sesuai un ...
kucen_miang replied at 3-8-2017 11:27 AM
ayam mekdi yg pedas rangup tu pun semedang jer sold out. tetghari kul 1 dah sold out. wadehek :mad ...
ADVERTISEMENT