Kasihan, seorang kanak-kanak berusia 8 tahun menderita kesakitan disengat 60 ekor tebuan sebelum meninggal dunia.
Memetik Harian Metro, bapa kepada Muhammad Adrian Aiman, Mohd Rosmin Ong Bo Jit @ Hussin, 30, berkata, mangsa disengat tebuan ketika bermain bersama rakannya di Kampung Benting Lintang, petang Rabu. “Arwah beberapa kali minta air untuk minum ketika berada dalam kereta sewaktu saya membawanya ke hospital, tetapi tidak dituruti kehendaknya itu kerana bimbang keadaannya menjadi lebih teruk,” katanya.
Menurut laporan, Muhammad Adrian disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi semalam ketika dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan. Dia bersama empat rakannya diserang tebuan yang bersarang di atas pokok di kawasan itu dan anak saya paling banyak kena sengat di seluruh badan. “Berdasarkan kesan pada tubuhnya dipercayai dia disengat lebih 60 ekor tebuan,” katanya. Tambahnya, mangsa dibawa pulang ke rumah oleh anak saudaranya dengan motosikal dan keadaan mangsa ketika itu sudah lemah, tetapi masih boleh bercakap menyebabkan dia bersama isteri, Nor Azah Hamid, 27, terus mengejarkannya ke Hospital Besut. - CARI
|
26
Bagus |
16
Marah |
11
Terkejut |
6
Sedih |
18
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
suka.suki replied at 5-8-2017 07:47 AM
Takziah utk keluarga.
Org ckp sengat tebuan lg bahaya dr sengat lebah,
Ader yg share home remedie ...
ninnakarinna replied at 5-8-2017 03:46 PM
Takziah.. benda kalau nak jadi.. penyebab je tu.. memang ajal dia dah..
Yg ni memang x bleh nak s ...
jazaa100 replied at 5-8-2017 04:37 PM
Mana kau tau budak tu nk minum air tak di bagi...puas aku baca balik berita kat atas tu...
ADVERTISEMENT