Sebuah keluarga Muslim mendakwa staf di sebuah restoran McDonald's sengaja menyembunyikan bakon di dalam semua makanan mereka.
Memetik Mail Online, keluarga yang dalam perjalanan dari New York itu berhenti untuk makan di restoran McDonald's di Decatur, Alabama pada Isnin sebelum menyedari terdapat kepingan bakon dalam kesemua 14 burger McChicken yang dipesan. Pihak McDonald's terbabit bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan. Bukan sahaja tidak meminta maaf atas kejadian, malah jurucakapnya mendakwa tindakan itu tidak disengajakan sementara siasatan dijalankan.
Pengarah Eksekutif Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR) Alabama, Khaula Hadeed berkata kepada Alabama.com, keluarga berkenaan akan makan McChicken setiap kali mereka ke McDonald's. Jadi, mereka sudah biasa dan tahu apa yang ada di dalamnya. "Mereka menyedari ada sesuatu yang tak kena apabila burger yang dimakan terasa pelik. "Ini langsung tak macam satu kesilapan lebih-lebih lagi kalau terdapat bakon dalam semua burger mereka," katanya. Malah, ada ahli keluarga yang telah termakan bakon berkenaan sebelum menyedarinya menyebabkan mereka termuntah. Susulan itu, pihak pertubuhan Islam terbabit menggesa pemecatan staf berkenaan kerana tidak sensitif dengan isu sebegini. - CARI
|
9
Bagus |
4
Marah |
11
Terkejut |
6
Sedih |
5
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
FOTHER-MUCKER replied at 5-8-2017 07:29 PM
Massalloh orang Islam makan bangkai ayam? kalau lobai jumud malaya tau ni habisla orang Islam ...
sekngucing replied at 5-8-2017 08:20 PM
aku kalau di obersea aku maka ja semua kecuali alkohol la... dah namanya musafir dan nak cari. maka ...
jazaa100 replied at 5-8-2017 04:40 PM
Knp mesti nk aniaya org?...
Kau dgn agama kau.....
ADVERTISEMENT