CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Jangan Sampai Keluarga Kau Terminum Air Basuhan 'Spender' Bibik Tu!"

7-8-2017 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11368| Komen: 70|Original author: Oleh: Myra Rozi

Kecil-kecil lagi dah kurang ajar! Mungkin ini benda pertama yang terlintas di fikiran seseorang bila melihat video yang tular ini!

Dalam rakaman berdurasi 2 minit 6 saat yang dimuat naik di Facebook Kaki Viral tersebut, seorang wanita dilihat sedang memangku budak lelaki yang leka bermain telefon bimbit.


Namun yang menjadi perhatian adalah seorang lagi budak perempuan di sebelahnya yang kelihatan hiperaktif dan menarik-narik rambut wanita tersebut dengan kasar.


Bukan itu sahaja, dia juga turut memukul dan mencakar kepala wanita terbabit berkali-kali seolah-olah tiada rasa perasaan bersalah langsung.


Apa yang peliknya wanita terbabit langsung tidak melawan dan hanya membiarkan dirinya diperlakukan sedemikian.

Menurut komen-komen yang ditinggalkan netizen di ruangan komen, ada yang mengatakan wanita terbabit merupakan orang gaji dan budak-budak tersebut adalah anak majikannya.

Rata-ratanya meluahkan rasa marah mereka dan menyalahkan ibu bapa yang tidak menegur kelakuan buruk anak-anak mereka.

Tapi ada juga yang berpendapat mungkin anak ini adalah seorang penghidap autisme.

Apa pun, diharap ibu bapa di luar sana mengambil lebih perhatian terhadap tingkah laku anak masing-masing. Apa pendapat anda? -CARI
44

Bagus
40

Marah
39

Terkejut
31

Sedih
32

Lawak
38

Bosan

Friends Rank (224 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raradhia 7-8-2017 11:16 AM
xnak bg pendapat selagi xtaw apa kisahnya, titik!
Quote vanillaninja 7-8-2017 11:19 AM
Dah kenapa tak ditegur budak tu? Yang tukang record ni memang sengaja biar ke apa? Tak faham I.
Quote CrowneGlory 7-8-2017 11:26 AM
anak jin mana tersesat ni... nasib baik maid ko bebajet baik...blkg korg lain cerita...
Quote barfi 7-8-2017 11:36 AM
Kalau aku dapat budak pompuan ni, aku lempang2 dia
Quote myakayina 7-8-2017 11:44 AM
pasrah je bibik tu..yg merekod ni sapa?
Quote dakewa 7-8-2017 11:56 AM
Aku ada anak sedara perangai mcm setan kecil ni. Tp yg ni suke tarik2 tudung org. Baya lebih kurang cam budak nilah. Muke cantik,comel tp prangai mcm beruk. Mase raya 2 tahun lepas, si setan ni main tarik2 tudung aku, mak dia boleh buat tak tau je. Sekali aku diam lg. Masuk dua kali aku terus tengkingg, sampai skang mak dia dah taknak bertegor dgn aku pastu bawak mulot cakap aku tak suka budak2. Mmg aku tak suka budak prangai mcm setan mcm anak ko tu pon.
Quote mokcikKSKB 7-8-2017 11:56 AM
Haishhh mcm2 kerenah org skang..smgau dijauhkan dr perangai mcm ni.tp kalau budak tu adhd pon kenalah ajar elok2 jugak..haihlah
Quote umbut 7-8-2017 12:01 PM
Budak2 buat silap kena tegurlah.. org tua x marah, diorang ingat its okay..
Kena kat aku, memang kena tengking.. biadap
Quote leylapple 7-8-2017 12:05 PM
perangai yang tak elok diwarisi oleh kedua org tua nya...berdasarkan pemerhatian...layanan org tuanya thadap budak tu..

sebab tu kalau tau sendiri perangai tak elok, seboleh2nya jangan tunjuk dpn budak2.. ( yang mana si bibik nie berdiam diri jer..maybe majikan ada berhampiran jugak)

tegur elok2 anak tu kalau berperangai mcm nie... kalau tak tegur jugak, be ready lah kena sepak terajang anak tu bila dia dah bsr nanti.



Quote yayangmama 7-8-2017 12:12 PM
husband saya mmg pantang budak main or usik kepala

haha...sy pon terikut da...tak suka anak2 usik rambut ke kepala ke

jadi mcm biadap pulak
Quote idakamaruddin 7-8-2017 12:23 PM
ye ye je yg komen tu

xtau apa cite kemain duk ckp mcm2

tggu la sexplaination dr mangsa dulu br bole hencappsss

Quote ad_hoc79 7-8-2017 12:29 PM
nak dapat anak ni lama sangat kot... bertahun2 lamanya
tu yg bila anak lahir, ditatang bagai minyak yang penuh
segala kelakuan anak ditelan je
agak aku lah
Quote nishikido 7-8-2017 12:32 PM
Kalau dapat kat aku memang melayang budak 2 aku tampo..biadap sangat.mak bapak tak reti ajar kan,biar kita yg ajar...
Quote lyza2474 7-8-2017 12:33 PM
sape yg viralkan video ni??
Quote EncikRhoma 7-8-2017 12:59 PM
yang viralkan pun gigih sangat. Video macam ni pun ko nak upload dah kenapa?
Quote haryatie 7-8-2017 01:02 PM
ganas nya budak niii..
aku pun x suka budak2 yg  hyper mcam ni
last week ank sedara wat majlis kawin
ada parents yg biar ank dia org main kat pelamin..
usik segala macam..
mmg terbakar jerk hati tengok perangai budak2 macm tu
nak jerk ketuk kepala dia org ..
boleh lak mak dia org biar jerk ank mcam tu
at last aku sergah jerk..geram pulak aku tengok
Quote chinta89 7-8-2017 01:09 PM
x nk komen lelebih. selagi blm tahu ape kes nya.
Quote ~boolean 7-8-2017 01:21 PM
aku benci orang atau parents yang gunakan isu autism atau hyperaktif untuk merelakan perbuatan celaka anak-anak mereka.
aku jumpa RAMAI parents yang pertahankan pe'el anak-anak mereka atas alasan autism.

anak kau autism/hyperaktif bukan tiket untuk mereka meraung-raung dalam kedai dan berlari-lari sampai habis jatuh semua barang di kedai.
bukan juga tiket untuk mereka bertindak kasar pada orang lain...

kau sebagai parents, kalau tahu anak jenis baran/cepat meraung/tak boleh duduk diam,
bila anak mula buat perangai, berambus lah cepat-cepat dari tempat tu..
bukannya terus bershopping sakan sambil mengharapkan orang lain faham pe'el anak autistik anak kau...

dulu aku kerja part-time di kedai.
aku boleh saja bersabar dengan budak-budak meraung atau menjerit-jerit...aku pun faham jadi parents nak kawal budak menangis bukan senang.
tapi bila anak kau dah mula jatuhkan barang, buat benda bersepah...
tapi kau sebagai parents buat bodoh saja atas alasan anak kau autism...
macam celaka, tahu tak? parents dan anak sama saja celakanya.

maaf melepaskan amarah di forum pula
Quote nisako 7-8-2017 01:41 PM
tu dia................................

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.142644 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top