CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Usap Dan Belai Si Gebu Gebas Di Arnab Village, Jom Kita Ke Sabah Bah!

7-8-2017 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8348| Komen: 23|Original author: Oleh: Myra Rozi

Geram betul tengok si 'gebu gebas' berlari ke sana dan ke sini, terus jatuh cinta dibuatnya bila tengok haiwan comel ini.

Patutlah ramai yang menjadikannya sebagai haiwan peliharaan dan bagi pencinta arnab, wajib datang ke Arnab Village di Kampung Purakagis, Ranau, Sabah.


Foto: FB Arnab Villag
Kenapa? Sebab ada lebih dari lapan spesies arnab yang dipelihara di sini antaranya New Zealand White, Standard Rex, Mini Satin, Lion Head, Netherland Dwarf, Lop Ear, Anggora dan Local Breed.

Bayangkan sahaja bila lebih 400 ekor dilepas bebas dalam satu kawasan, wah meriah! Pengunjung yang datang boleh tangkap gambar atau video dengan arnab-arnab di sini.


Foto: FB Arnab Village
Bukan itu sahaja, anda boleh memberi makanan kepada arnab-arnab dengan syarat makanan tersebut haruslah diperolehi daripada kaunter pendaftaran yang terletak di tempat masuk.

Usap dan belai haiwan ini sepuas hati asalkan tidak mendatangkan kecedaraan dan kemudaratan padanya.

Foto: FB Arnab Village
Memang jinak, jangan terkejut kalau haiwan ini yang datang sendiri ke tempat anda untuk meminta makanan ya!

Tempat ini turut menyediakan kemudahan awam seperti tandas, bilik penginapan, tempat parkir yang luas dan ada kedai cenderahati.

Foto: FB Arnab Village
Tiket masuk ke sini adalah seperti berikut:
Pengunjung tempatan: RM3 (kanak-kanak) dan RM5 (dewasa) 
Pengunjung antarabangsa: RM5 (kanak-kanak) dan RM10 bagi dewasa.


Arnab Village dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang. Tunggu apa lagi, jom terbang ke Sabah bah! -CARI
36

Bagus
21

Marah
29

Terkejut
31

Sedih
31

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (164 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BebeQ 7-8-2017 01:14 PM
I baru balik dari sabah tapi rabbit farm ni takde la masuk list sebab dekat Colmar Tropica Bukit Tinggi pun ada.
Quote AyaqMeloSuam 7-8-2017 01:14 PM
Dulu ada kt Puchong mcmni... dekat Pulau Meranti tu.. missing tat place... mna peginya arnab2 kt situ eh..
Quote debab76 7-8-2017 01:54 PM
uihh comelnya. cam nak bela je. tapi taik die bau gas kuat sgt plak
Quote prettyuglybabe 7-8-2017 02:03 PM
ingatkan cara pegang arnab is pegang both telinga and ampu the bontot..
Quote Iema5008 7-8-2017 02:11 PM
Aku dah pergi. Indah gmnr dari rupa.. Ke aku pergi masa tu baru buka kot.. Arnab tu kotor.. Ada rupa kurang terjaga sikit. Najis x d bersihkn sgt. Takat ala kadar jah... Hrp2 owner take note la menda aku ckp nih. Sbb arnab sgt sensitif sikit. Tp apapun arnab kat sna mmg cute.
Quote Jorja 7-8-2017 02:19 PM
Owner dia ni muda lagi kan? Kalau tak silap lah.
Quote pearl.silver 7-8-2017 03:04 PM
Benda viral kadang memang indah khabar dari rupa..dah kena dengan cat cafe. Dlm ig cam best je, dah pergi hauk gila..
Quote Artemesiaa 7-8-2017 03:07 PM
Tak minat le gi jauh2 sekadar nak tengok natang yang banyak je ada kat sini
Quote Login_ID 7-8-2017 04:17 PM
Iema5008 replied at 7-8-2017 02:11 PM
Aku dah pergi. Indah gmnr dari rupa.. Ke aku pergi masa tu baru buka kot.. Arnab tu kotor.. Ada rupa ...

setuju..
arnab2 tu perlu maintenance. ada yg x berapa nak sihat. bulu2 gugur. arnab2 gini patutnya 'rehatkanlah' dulu sebelum bekerja utk tuan diorang
Quote Iema5008 7-8-2017 04:26 PM
Yups.. Nmpk sgt too much utk arnab2 tu.. Harga tiket bln mahal yah.. And mmg ramai.yg pergi.. Apapun itu akan jd first n last aku pergi... Nmpk sgt tak terjaga. Ksian kat arnab2 tu
Quote Iema5008 7-8-2017 04:26 PM
pearl.silver replied at 7-8-2017 03:04 PM
Benda viral kadang memang indah khabar dari rupa..dah kena dengan cat cafe. Dlm ig cam best je, dah  ...

Cat cafe igt nak p aritu tp x sempat..
Quote miemiecha 7-8-2017 04:44 PM
hurmm. geli bulus3...
Quote nisako 8-8-2017 08:26 AM
ooooooooooooo.................
Quote PICes_Boy 8-8-2017 01:29 PM
dulu dlm tahun 2009-2010 camtu ada satu rabbit farm kat luar giant shah alam section 13 tu... tiap2 minggu aku masuk main dgn rabbit dlm tu..mmg best & tempat walaupun kecik tp terjaga bersih.. cume tengok mak pak yang duk bwk anak2 p cekik2 geram kat arnab2 kat situ.. sian plk
Quote nadsehun 8-8-2017 03:25 PM
busuk ke idok arnab ni..iolss lgi suka kucing sbb manja..
Quote ReginaGeorge 8-8-2017 07:25 PM
Nak jugak.. {:run
Quote merrissa 9-8-2017 07:56 PM
busukkkk je
Quote chazey 9-8-2017 08:20 PM
Iema5008 replied at 7-8-2017 02:11 PM
Aku dah pergi. Indah gmnr dari rupa.. Ke aku pergi masa tu baru buka kot.. Arnab tu kotor.. Ada rupa ...

Memang indah kabar dari ropa. Aiol baru pegi hujung minggu lepas. Yarobi tak best pon yach! Kecewa sangat pemandangan tak seindah gambar. Selain dari hapa uol komen tu, ai tak puas hati betul aspek keselamatan pon deyol pandang remeh ya! Bukit tu dah la curam, takda pula pagar proper (yang ada pagar dawai je) kat kawasan laluan menuruni bukit untuk gi kat area tanah rata kat bawah tu. Kalau budak2 yang dah la ramai, excited pula tengok arnab tak comel (bulu banyak ercabut, ada yang luka,  kotor tak dimandikan)  tu tergolek dari atas ke bawah camna? Bodoh nak mampus ya owner ni. Celaka ko charge sampai RM 5 per person tapi maintanence pon tak mampu nak handle properly yach!
Quote chazey 9-8-2017 08:21 PM
Jorja replied at 7-8-2017 02:19 PM
Owner dia ni muda lagi kan? Kalau tak silap lah.

Yup. Graduan UMS. Tapi buat keja hauk la. Selayaknya dengan UMS yang hauk.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.039793 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top