Cuma RM1 untuk sesenduk lauk..biar benar kak? Mungkin itulah yang terpacul di mulut ramai pelanggan yang datang ke gerai yang satu.
Ya, bukan lagi satu perkara mustahil untuk mendapatkan set nasi campur dengan harga serendah itu. Seorang netizen berkongsi kisah bagaimana dia dapat menjimatkan perbelanjaan dengan membeli di gerai seorang kakak ini. "Alhamdulillah..jimat sis hari ni.. "Satu senduk RM1 untuk makan tengah hari..Special betul..selalu sis habis RM13 untuk 2 orang makan tengah hari.. "Hari ni sis hanya bayar RM6 untuk 2 set nasi.."
Menurut empunya diri yang bernama Sis Balloons ini, dia membeli makanan itu di sebuah gerai bernama Bacang Corner, terletak di Kota Masai Pasir Gudang. Tokey kedai tersebut, Nur Nadia Nordin pula mula mendapat perhatian media tempatan. Memetik Harian Metro, dia berasa kasihan dengan kumpulan bergaji rendah. Memang kos semakin meningkat namun, bagaimana pula dengan mereka yang bergaji rendah atau sederhana? "Kita perlu kasihankan mereka yang makan gaji kerana ada antara mereka yang gaji masih sama. "Kadang kala sepinggan nasi dengan lauk ayam dan sayur sampai RM8 tidak termasuk air," katanya yang mula berniaga sejak 3 tahun lalu. Ini sekaligus membuktikan peniaga yang kreatif mampu menghasilkan menu murah dan tidak perlu menjual mahal. Bagaimana caranya? Rasanya perlu belajar dan lakukan lebih banyak research untuk menghasilkan menu yang lebih murah, kan? Bagaimana pula dengan anda? Teruja dengan makanan murah atau masih lagi mengeluh dengan makanan mahal di kawasan anda? - CARI
|
7
Bagus |
6
Marah |
4
Terkejut |
5
Sedih |
2
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jue10 replied at 7-8-2017 04:55 PM
Baik akak ni. Semoga murah rezeki akak.
CrowneGlory replied at 7-8-2017 04:43 PM
senyum laki akak ros kalau baca ni.... ada yg sanggup jual murah
apapun semoga Allah balas yg ba ...
missinpiece replied at 7-8-2017 05:27 PM
Moga akak ni makin dimurahkan rzeki. Me terkena tapau nasi+ayam greng = rm7. Jiran me yg niaga. Tp x ...
missinpiece replied at 7-8-2017 05:27 PM
Moga akak ni makin dimurahkan rzeki. Me terkena tapau nasi+ayam greng = rm7. Jiran me yg niaga. Tp x ...
manjalara_01 replied at 7-8-2017 06:11 PM
Lame dah x mkn kat mamak..dulu mee mamak rm4 je..skrg dah rm4.50
missinpiece replied at 7-8-2017 06:17 PM
Sini mee mamak xde yg harga tu. Rm5-rm6 la jugak. Dh tau mamak kita boleh agak harga. Jiran tu hur ...
Nokiaman replied at 7-8-2017 08:38 PM
Tgk kebersihan kedai dulu..
jangan main sergah jerr...
Kucing bersepah berkeliaran...
fadzyjemi replied at 7-8-2017 10:47 PM
Xsemestinye murah tu kedainye kotor.. iols mkn kt chilis klcc pun terserempak cik tikus bapak besar ...
anony-mous replied at 8-8-2017 12:43 AM
Choii. Kt chilis klcc pon boleh ada??
ADVERTISEMENT