Bukan mudah untuk melupakan orang tersayang apatah lagi jika si dia pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya. Video perkongsian seorang wanita memeluk dan mencium batu nisan menjadi tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. Menerusi perkongsian video di laman Facebook milik Ahteng Sepet atau nama sebenarnya Fatin Nur Affira Yusof, wanita itu meluahkan rasa rindu yang teramat sangat terhadap arwah suaminya, Kapten Sazali Sakiran. Dia yang baru kehilangan suami tercinta hampir empat bulan lalu kini sering memuat naik status luahan hatinya di laman Facebook. Mungkin salah satu cara untuk berkongsi kesedihan dan rasa rindu yang tidak bernoktah terhadap arwah suaminya. Nah, buat kawan-kawan yang rindu Kapten Sazali Sakiran. Aku dah sampaikan salam rindu korang kat abam misai aku. Harap-harap rindu tu sampai pada dia.
Rindu. Puas hati aku harini 2 kali aku dating kat kubur. Punya panas cuaca harini, tapi aku tak peduli. Kalau boleh, aku bentang tikar pacak khemah tidur situ berhari-hari pun aku sanggup. Teringatkan bos aku punya petir, tak jadi aku nak ponteng kerja. Hahahahaha! Dulu aku ada jasad yang aku boleh peluk cium, ada jasad yang aku boleh tenung setiap hari. Sekarang aku cuma mampu tenung gambar & tanah kubur kau je abang. Haish, dapat peluk cium batu nisan kau pun aku dah cukup seronok bahagia tau. Lagi best dari peluk bantal seahorse kau. Haih lah abang. Untung kau dapat bini macam aku. Steady sayang kat kau biarpun kau 7 kaki kat bawah dah. Hah, aku pun nak belagak juga. Siapa kata suami dah takde aku takleh ajak selfie? 😏 Kau ada laki pun kadang laki kau tak nak selfie dengan kau. Lagi untung jadi aku, laki aku tak refused aku ajak selfie. Hahahaha! Well, aku tak gila. Aku tak bodoh. Aku tak bangang. Aku masih normal. Aku tahu ada spesis jibaok akan mengata aku selfie kat kubur laki aku. Ahh, lantak lah. Laki aku kot. Kang aku selfie kat kubur apak kau lagi haru. Hahahahaha. Loading FB Video... Rata-rata netizen berkongsi rasa sayu dan turut memberikan kata-kata semangat kepada wanita itu agar sentiasa tabah. - CARI |
28
Bagus |
28
Marah |
25
Terkejut |
23
Sedih |
25
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
EvieWanKenobi replied at 8-8-2017 05:49 PM
sape2 yang tahu arwah suaminya meninggal kes apa..
Rainrein replied at 8-8-2017 06:17 PM
Macam kak long la kot ek, rindu dendam bagai dok share kat ig tup tup dah ada yang baru siap sambar ...
ADVERTISEMENT