CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kenapa Nak Sangat Jadi Macam Fattah Amin Tu, Dik?

9-8-2017 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10528| Komen: 131|Original author: Oleh: Maly Rosli

Bukan sahaja makcik-makcik dan remaja yang tergila-gilakan Fattah Amin, budak sekolah pun 'obses' dengan aktor yang bakal membintangi drama Coffee Prince versi Malaysia itu!


Foto: IG Fattah Amin

Malah, kanak-kanak yang baru berusia enam tahun pun sudah mengenali Fattah Amin dan menjadikannya sebagai idola.

Memetik mStar Online, Mohammad Reezqi Rayqal, 6, terlalu meminati Fattah sehingga sanggup meniru gaya aktor terbabit.



Tak cukup dengan itu, sanggup pula kanak-kanak berkenaan merayu ibu bapanya untuk ke Kuala Lumpur semata-mata mahu bertemu Fattah.



Menurut ibunya iaitu Wan Hanim Wan Muhammad, 38,  Reezqi mula 'jatuh hati' pada Fattah selepas menonton drama Suri Hati Mr Pilot.

"Sudah beberapa kali bawa dia jumpa Fattah ketika pelakon itu ada sesi bertemu peminat, mujur kami ada saudara mara di sini (Kuala Lumpur). Dia memang sangat meminati Fattah hingga setiap hari dia tidak pernah terlupa untuk menonton drama lakonan Fattah.

"Lagu Fattah pun dihafal, cuma buku dan novel sahaja dia masih belum pandai membaca," ujarnya kepada mStar Online.


Foto: mStar Online

Lagi best, adik ini akan memanggil semua lelaki yang dirasakannya kacak sebagai Fattah Amin.

"Kalau berjalan di luar, mana-mana lelaki putih dan kacak dia panggil Fattah, 
kadang-kadang kami yang terkejut. 
Nama dia pula diminta panggil Tengku Ean 
macam dalam drama Hero Seorang Cinderella," ujarnya.

Adoi adik ni, kalah peminat tegar wanita lain. Apa yang ada kat Fattah sampai 'gila' macam tu sekali, dik? - CARI

28

Bagus
33

Marah
18

Terkejut
29

Sedih
20

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (155 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote redapple10 9-8-2017 04:49 PM
janji ko rajin belajar ya dik
Quote shailyvelera 9-8-2017 04:58 PM
suka ko la dik.....ikot yg elok2 xpelah.....
Quote enchikfitz 9-8-2017 05:01 PM
Jgn kunyit sudahlah
Quote enchikfitz 9-8-2017 05:01 PM
Jgn kunyit sudahlah
Quote bettyboops 9-8-2017 05:02 PM
hopefully bila besar nanti adik ni tidak 'patah'..
Quote doubleA 9-8-2017 05:04 PM
obses terus. semoga tak terlalu jauh melalut dik
Quote BoongaKertas 9-8-2017 05:08 PM
byk value FA yg bagus utk kamu dik
yg baik2 tu, adik ikut lah ok?
Quote prettyuglybabe 9-8-2017 05:14 PM
amboi... jangan jadi closet sudah..
Quote NekNgah 9-8-2017 05:21 PM
Emaknya menurut aje atau emaknya yang groom anaknya macam tu?????
Quote virgo19 9-8-2017 05:26 PM
gigih betul maknya melayankan anaknya
Quote olaklempit 9-8-2017 05:28 PM
Kecik kecik dah hadap retis kau nak. Gigih benor dgn baju nak matching. Semoga menjadi anak berjaya ya nak.
Quote Loginlogoff 9-8-2017 05:29 PM
ntah2 maknye yg merembes...tp gunakn ank..choi
Quote babyhungger 9-8-2017 05:32 PM
ye ye aje...entah2 emaknye yang minat giler tapi anak pulak yang di kambing hitamkan
Quote Jeniechan 9-8-2017 05:32 PM
Budak kecik2 biasa nk jadi Superman Batman Ultraman .ko nk jadi Fatah Amin buat apa dek oi
Quote Jeniechan 9-8-2017 05:33 PM
Loginlogoff replied at 9-8-2017 05:29 PM
ntah2 maknye yg merembes...tp gunakn ank..choi

Mak dia try kot2 nt Fattah Amin offer nk jumpa budak tu.boleh le mak dia join wefie gitu
Quote kibodwatriuh 9-8-2017 05:33 PM
NekNgah replied at 9-8-2017 05:21 PM
Emaknya menurut aje atau emaknya yang groom anaknya macam tu?????

terpikir benda yang sama...
Quote arira_arora 9-8-2017 05:34 PM
yer keee//.. ke mak yg minattt
Quote bambimbom 9-8-2017 05:36 PM
prasan gak gmbr bdk ni kt ig2 yg i follow...
gigih nor nk tiru padahal muke jawa...
Quote willow12 9-8-2017 05:37 PM
I have to confess that i experience more or less the same thing. My son dok menghapal lagu sinderella bagai nak rak. Dan dialah salah soran penyumbang 1 million viewers kat mv lagu sinderella.
Idok le aku groom dia jd retis tp sejak dia meneman aku layan hsc tiap kali balik terawih, pandai pulak dia pinjam henpon nak stalk ig fattah. Selama ni dia di influence oleh kakak2nya dgn retis korea...like seriously aku pelik dan agak seram lah jugak.
Bila tanya, reason sbb hensem namatey katanya.
Baru ni, dia dpt sepupu baru siap request nama fattah lagi...
Oh my... I am so seriau nak layan bbnu anak aku ni..

#truestory

Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.047580 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top