CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Buang Sahaja Pembuli Dari Sekolah"- Mahdzir

11-8-2017 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 10868| Komen: 141


sumber : FMT


"Kita kena ambil tindakan paling keras terhadap pembuli. Tidak boleh hanya gantung 10 hari, buang sahaja dari sekolah, walaupun ada yang kata kasihan dan risau masa depan pembuli menjadi gelap."

Demikian kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh di Kompleks UMNO Uthmaniyah, Kampung Pulau Lima, Pasir Puteh kelmarin.

Menurut beliau isu buli ini memang mengecewakannya, ini kerana biarpun pelbagai usaha dilakukan dalam usaha menangani masalah itu, namun perbuatan buli masih berlarutan. 

Justeru itu, tegasnya hukuman paling berat perlu dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati terlibat dengan kegiatan buli di sekolah atau kolej bagi mengelakkan perbuatan itu terus berulang. 


"Para ibu bapa pembuli pula perlu menerima hakikat bahawa anak mereka telah melakukan kesalahan serius dan dikenakan hukuman paling berat."

Kelmarin, dua pelajar Kolej Vokasional Wakaf Tembesu di Kuala Nerus, Terengganu cedera dibelasah pelajar senior sehingga salah seorang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Susulan kejadian itu, 15 pelajar direman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes buli di sekolah berkenaan.- CARI
22

Bagus
12

Marah
19

Terkejut
11

Sedih
11

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote brown_pupil 11-8-2017 10:10 AM
so.. adakah dengan cara buang sekolah cukup untuk solve the issue? Pendek nyer akal Menteri Pendidikan sorang ni..

If not action taken, setakat buang sekolah.. budak2 ni still akan menjadi masyarakat pembuli.. despite in school or after school..
Quote kivio 11-8-2017 10:17 AM
brown_pupil replied at 11-8-2017 10:10 AM
so.. adakah dengan cara buang sekolah cukup untuk solve the issue? Pendek nyer akal Menteri Pendidik ...

Any better solution(s) instead of complaining?
Quote fifie_olin 11-8-2017 10:19 AM
klu buang sek...agk2 bdk tu jd sebaik2 umat ke
Quote penhitammm 11-8-2017 10:20 AM
betul lah tu...buang sekolah. abis sekolah masuk politik pastu jadi BIJAK mcm ko...
Quote raradhia 11-8-2017 10:20 AM
kekdg budak2 mcm ni perlu d ksh hukuman juga supaya beringat!!
Quote ifanonline 11-8-2017 10:21 AM
setuju dgn pendapat menteri, tindakan buang is the solution...let it be a lesson to others...pandai2 lah ibubapa pembuli mencorak masa depan anak nya pula...
Quote krustykrab 11-8-2017 10:21 AM
kivio replied at 11-8-2017 10:17 AM
Any better solution(s) instead of complaining?

budak2 yg disabitkan kesalahan membuli ni patut di kumpul dlm satu tempat dan di groom jadi agen rahsia mcm FBI ke CIA ke...pastu htr diorg ke NK, russia, US utk korek rahsia


ok tak suggestion iols??

Quote fox. 11-8-2017 10:22 AM
tapi kan ada baiknya jika diasingkan pembuli ini ke satu sekolah khas utk mereka yg sama2 jahat
Quote pinkpunk 11-8-2017 10:22 AM
lepas buang budak2 tu. bolehlah jadi pelapis gengster2 kt luar tu.. bagus punya akai.. patutlah jadi menteri.. menteri xde otak..
Quote CardiGans85 11-8-2017 10:25 AM
Buang dr sekolah biasa n mskkn depa g giat mara/kolej vokasional yg ade military style ala henry gurney (but not SHG).

Klu setakt buang pastu,mereka ni bpeleseran tanpa sbrg ilmu/skill, bole jd diorg set up jd gengster or msk geng yg sedia ada.
My two cents
Quote brown_pupil 11-8-2017 10:26 AM
kivio replied at 11-8-2017 10:17 AM
Any better solution(s) instead of complaining?

Nampak mcm complaint ker?

Ini hakikat okeh.. fakta yg tak pernah berubah dari zaman dulu.. budak nakal, buang sekolah? Solve the issue ker?

Benda penting yg perlu dia org ni kaji adalah persekitaran family pembuli tu.. their parents, their upbringing, their environment, their exposure .  Kat Malaysia ni ramai jer Sociologist & Psychologist yang boleh come out with a new policy after they have conducted their studies atas budaya buli ni. Research pun dah berlambak2 Kementerian boleh refer..
Quote kivio 11-8-2017 10:26 AM
krustykrab replied at 11-8-2017 10:21 AM
budak2 yg disabitkan kesalahan membuli ni patut di kumpul dlm satu tempat dan di groom jadi agen r ...

Then ramai pulak budak berkejar2 jadi bully sebab nak masuk join CIA.
Huhu

Quote haryatie 11-8-2017 10:28 AM
betul jugak tu..
pndai2 la parents dia org nak didik anak macam mana
da bg masuk sekolah biasa duk membuli org jerk
ingat ank org lain tu bahan buli ker
Quote aHoi83 11-8-2017 10:32 AM
Penjara kan aja. Tak pun buang negara je terus
Quote krustykrab 11-8-2017 10:38 AM
kivio replied at 11-8-2017 10:26 AM
Then ramai pulak budak berkejar2 jadi bully sebab nak masuk join CIA.
Huhu

tidak jugak....yg training nak jadi agent rahsia ni bukan mcm training nak jadi agen insurans....
you know....kalau dlm movies tu...military style...
Quote kivio 11-8-2017 10:44 AM
krustykrab replied at 11-8-2017 10:38 AM
tidak jugak....yg training nak jadi agent rahsia ni bukan mcm training nak jadi agen insurans....
...

Mcm dalam Naked Weapon?
Hehe
Quote Skuau 11-8-2017 10:56 AM
krustykrab replied at 11-8-2017 10:21 AM
budak2 yg disabitkan kesalahan membuli ni patut di kumpul dlm satu tempat dan di groom jadi agen r ...

Bnyk tgk tv....
Quote Skuau 11-8-2017 10:57 AM
fox. replied at 11-8-2017 10:22 AM
tapi kan ada baiknya jika diasingkan pembuli ini ke satu sekolah khas utk mereka yg sama2 jahat

Lalu 'berbunuhan' lh depa.....
Quote Skuau 11-8-2017 11:04 AM
Aku rasa seburuk buruk pangai depa...mesti gk ada potensinya tu...mana tau ada dikalangan depa yg blh menang pingat emas sukan dlm acara karate,silat,judo,taekwondo,tinju dll....contoh xam mike tyson tu....huntung depa....

Lihat semua komen(141)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.147934 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top