Mulai 12 tengah hari ini, sistem kutipan tunai akan menjadi sejarah setelah bermulanya pelaksanaan sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya di kesemua 19 plaza tol di lebuh raya yang menghubungkan Karak dan Kuala Terengganu.
Memetik laporan Bernama, Naib Presiden II dan Timbalan Ketua Pengurusan Tol Anih Ismaliza Ibrahim berkata, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 ini merupakan lebuh raya utama yang menghubungkan kawasan pantai timur dengan ibu negara dan ia akan menjadi sesak terutamanya pada musim cuti sekolah dan musim perayaan. Menurutnya tinjauan dan kajian yang dijalankan oleh Anih mendapati urus niaga tunai lazimnya mengambil masa 15 saat untuk sebuah kenderaan dengan kapasiti 240 buah kenderaan dapat berurus niaga dalam masa sejam.
Namun, menerusi sistem pembayaran kad Touch 'n Go, masa yang diambil hanya enam saat dengan 600 kenderaan dapat melalui lorong tersebut dalam tempoh sejam dan tiga saat untuk pengguna SmartTAG dengan kadar purata 1,000 kenderaan dapat melaluinya bagi tempoh sama. "Jadi saya merasakan langkah melaksanakan ETC di seluruh plaza tol di negara ini satu tindakan terbaik yang dapat mengatasi masalah ." Difahamkan daripada 57 plaza tol yang ada di negara kita, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 merupakan dua lebuh raya paling akhir sekali melaksanakan sisitem ETC itu.-CARI
|
7
Bagus |
19
Marah |
16
Terkejut |
22
Sedih |
10
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
danieladam replied at 14-8-2017 01:15 PM
Masalahnya..smart tag dh xde jual. Asek abes stok. Pastu suruh guna elektronik. Smart tag yg ada po ...
danieladam replied at 14-8-2017 01:15 PM
Masalahnya..smart tag dh xde jual. Asek abes stok. Pastu suruh guna elektronik. Smart tag yg ada po ...
woddy replied at 14-8-2017 02:53 PM
lagi best tol d hapuskan terus, terus hilang sesak jalan n jimatkan duit poket..hihih
dauswq replied at 14-8-2017 01:56 PM
guna paywave pun in future boleh gak..
just register lah debit card dgn transaksi tol lebih awl.
...
ADVERTISEMENT