Kira-kira jam 2.40 petang tadi,Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak menahan bekas menteri besar Negeri Sembilan dan pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Isa Abdul Samad ketika beliau hadir untuk memberi keterangan kepada SPRM di ibu pejabat agensi terbabit di Putrajaya.
Memetik laporan The Star, penahanan berkenaan dipercayai ada hubung kait dengan siasatan SPRM terhadap pembelian dua buah hotel oleh syarikat Felda Investment Corporation (FIC). Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan berkenaan dan menjelaskan ia adalah tindakan susulan penyiasat SPRM yang memperoleh keterangan-keterangan daripada pelbagai pihak sebelum ini. "Justeru, SPRM yakin mempunyai asas kukuh untuk membuat penahanan tersebut supaya beliau dapat membantu melengkapkan siasatan kes berkenaan," tambah beliau.
Ditubuhkan pada 2013, FIC adalah cabang pelaburan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dengan tumpuan kepada sektor hartanah, keraian dan minyak dan gas. FIC dilaporkan membeli sebuah hotel 4 bintang di Kensington, London pada £60 juta (RM330 juta) pada 16 Disember 2014. Isa selaku pengerusi Felda ketika itu dilaporkan berkata pembelian pembelian Grand Plaza Kensington itu sebahagian daripada “langkah strategik” FIC untuk mempelbagaikan aset dan memastikan ia dapat “memaksimumkan pulangan pelaburan” syarikat. Selain pembelian hotel di London, kertas siasatan turut dibuka terhadap pembelian sebuah hotel di Kuching.- CARI
|
15
Bagus |
23
Marah |
22
Terkejut |
15
Sedih |
11
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
32kW replied at 15-8-2017 06:26 PM
Drama je ke ni?
ADVERTISEMENT