Berita baik buat pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2017). Demi meringankan bebanan rakyat, kelmarin Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan bahwa pihak kerajaan bersetuju agar pembayaran BR1M 2017 peringkat ketiga dibuat mulai hari ini. Tindakan itu dilakukan bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada 1 September depan. Memetik laporan Bernama, bagi mereka yang lulus pada peringkat rayuan pula, pembayaran dijangka dibuat pada 29 Ogos. "Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M peringkat terakhir ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha kelak." Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. Manakala bagi pemohon yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran."
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta e-mel kepada: [email protected]. - CARI |
16
Bagus |
18
Marah |
17
Terkejut |
8
Sedih |
12
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT