Pada pukul 9.08 pagi tadi, bekas pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Isa Abdul Samad dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk memohon perintah tahanan reman bagi membantu siasatan terhadap kes pembelian dua hotel di London dan Kuching oleh Felda Investment Corporation (FIC). Memetik laporan The Malaysian Insight, setiba di mahkamah, kelihatan Tan Sri Isa Samad berpakaian baju-T lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna oren diiringi pegawai SPRM dan peguamnya, K Kumarendran dan K. Devkumar. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada beliau digari atau tidak kerana tangannya di bawah bajunya. Turut berada di mahkamah ialah isterinya Bibi Sharliza Mohd Khalid dan beberapa ahli keluarga.
Dilaporkan wakil media dan orang awam membanjiri di perkarangan mahkamah sejak pagi tadi bagi mengikuti prosiding permohonan reman terhadap bekas pengerusi Felda itu. Permohonan reman itu dibuat di hadapan Majistret Zainal Abidin Kamarudin dan Mahkamah kemudian ditangguhkan jam 10.30 pagi. Terdahulu, Isa ditahan ketika hadir ke ibu pejabat SPRM untuk merekodkan keterangannya jam 2.40 petang semalam.- CARI |
20
Bagus |
21
Marah |
21
Terkejut |
24
Sedih |
25
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ntahapapantah replied at 16-8-2017 12:28 PM
Aku ingat Isa sertai parti Amanah tadi.
mummy75 replied at 16-8-2017 12:25 PM
ni betul2 ke atau sekadar drama picisan je
ADVERTISEMENT