CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Shila Amzah: Asia’s Sweetheart, Tak Diberi Peluang Nyanyi Lagu Rasmi Sukan SEA?

16-8-2017 12:34 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 26681| Komen: 189

Siapakah artis paling layak menyanyikan lagu tema Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017? Tanpa berfikir panjang aku akan pilih satu nama… dia adalah top of the list! Suaranya lunak, penuh penjiwaan dan terkenal, Shila Amzah! Aku mengaguminya. Ada segelintir insan seni yang kurang senang padanya. Dia berkerja keras untuk berada di atas!  


Aku kenali Shila Amzah seawal berusia 14 tahun, semasa ND Lala membawa dia ke studio Time Highway Radio untuk sesi ditemubual bercerita tentang album keduanya. Ketika itu suaranya belum matang, tersepit antara nada kanak-kanak dan dewasa. Belum ada tona suara tersendiri. Aku ada beri cadangan pada bapanya.  

Dalam satu pertemuan tanpa dirancang, ND Lala merapati aku dan berkata, “Terima kasih Richie,  kerana kau pernah mencadangkan supaya anak aku dihantar ke kelas vokal sebelum pembikinan albumnya akan datangnya, Alhamdulilah! Kini vokalnya semakin mantap dan kini dia sudah berjaya…”. 


Ucapan penghargaan jujur itu disampaikan oleh bapa penyanyi yang dilahirkan pada 13 Ogos, 27 tahun yang lalu dalam satu majlis hiburan. Aku mula kenal ND Lala semasa bekerja di majalah Variapop! 

Aku hanya tersenyum bangga kerana bintang ini lahir di depan mata. Rezeki itu datangnya dari Allah! Bila terpandang wajah gadis itu, aku boleh lihat pakej yang dimilikinya dan masa depan penuh gemerlapan! Seorang gadis yang cantik, pintar, mesra  dan aku yakin `the star is born!’. 

Kini Shila dikenali sebagai penyanyi, penulis lagu, ahli perniagaan dan penerbit album. Pandai bermain gitar dan piano kerana dia mengikuti kelas muzik sebelum mengembangkan sayap ajaibnya.  

Jika dilihat dari segi pencapaian karier seninya, Shila dianugerahkan gelaran `Asia’s Sweetheart, Princess of Music & National Treasure of Malaysia’. Pada tahun 2011 dia mula mengubah penampilan dengan memakai hijab dan menjadi trending sebagai penyanyi berhijab pertama di Negara China. Hebat kan? 

Shila merakamkan album pertama pada usia 4 tahun sebagai penyanyi cilik undangan bersama bapanya, selepas memenangi tempat kedua pertandingan Bintang Kecil. Selepas itu lama juga Shila menyepi dan memperlengkapkan diri sebelum membuat kejutan dengan kemunculan baru pada tahun 2011,  melalui album pop, lagu yang mencurahkan suara hatinya dalam lengok mendayu-dayu, `Patah Seribu’,  telah mengubah segala-galanya.


Kejayaan yang tak mungkin dilupakan, apabila lagu tersebut,  diterima sebagai  `Lagu Pop Terbaik’ dan `Lagu Terbaik Tahunan’ dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia ke 19 - AIM.
Berkat sokongan moral dan restu kedua ibu bapa, perjalanan karier Shila meluncur dengan lajunya. Gadis yang dilahirkan di Kuala Lumpur ini melebarkan sayap  menembusi pasaran ke Tembok Besar China,  lebih tepat Shanghai.

Shila terus memenangi `Asian Wave’. Kemenangan luar biasa yang diadakan  di luar Negara itu memberi penghargaan padanya merebut Award Kembara, dalam AIM sebagai penerima award paling muda. Tahniah!  

Aktiviti seninya dalam  rakaman` Mandarin pop industry’, mula memasuki pasaran Hong Kong dan pada tahun 2015, maka lahirlah single terbaru. Dalam sidang media antarabangsa itu, Shila mengumumkan penubuhan syarikat penerbitan album dan syarikat pengurusan peringkat global, Shilala (HK) Limited. Kejayaan ini sekali gus mengiktirafkan Shila  sebagai `Asia’s Sweetheart’ dan `Princess of Music’. Serta, `National Treasure of Malaysia’ ( Khazanah dari Malaysia).
  
Sebelum itu, pada 2013, penyanyi cantik ini turut tercalon dalam `World Music Awards’, selepas memenangi `Asian Wave’. Shila adalah artis Melayu pertama diundang ke majlis berprestej `The Global Chinese Music Award’ ( GCMA). Shila juga berbangga kerana single Mandrin menjuari carta jualan di Hong Kong, China dan Taiwan, serta mencatatkan muat turun lagunya sebanyak  satu juta dalam masa dua minggu di Weibo Music. 

Tak keterlaluan jika aku hendak puji, Shila adalah artis Melayu (Malaysia) pertama sukses di negara China yang bertutur dalam bahasa Mandarin. Tahniah kepada ND Lala yang menghantar puterinya ini ke sekolah Cina di peringkat awal. Itu adalah nilai tambah untuk Shila! Banyak lagi pencapaian yang sangat membanggakan. Bagi peminatnya di sebelah sana mereka memanggil Shila sebagai `Xila’,  sebutannya terserah pada anda…. 

Ramai yang membandingkan kejayaan Shila dengan penyanyi yang berkiblat ke barat !. Tapi untuk menguasi pasaran China bukanlah mudah, benteng utamanya adalah bahasa! Tambahan pula hendak mengumpulkan jutaan follower. Setiap konsert Shila sentiasa penuh dan dinantikan. Mega konsert dengan nilai jutaan pelaburan dari penaja memerlukan pengaruh yang sangat kuat. Shila Amzah boleh bersyukur dengan anugerah terindah ini. 

Foto: Carian internet
Kasihan, Shila terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan yang mesti dilalui, bukan di China tapi di sini. Ramai wartawan tempatan yang kurang senang padanya. Tak tahulah kenapa? Sekiranya ada sekelumit rasa dendam, benci dan hendak menjatuhnya, sesungguhnya itu semua tidak akan menghalang langkah Shila Amazah menuju ke bintang! Rezeki itu datang dari Allah yang telah mengatur perjalanan seseorang itu! Kau ado??? 

Sebagai peminat Shila, aku sedang menunggu kelahiran album berbentuk kerohanian yang sedang dalam rangka promosi oleh syrikat rakaman tempatan. Alhamdulilah… 

Pelik, kenapa tidak ada tawaran istimewa untuk `Superstar made in Malaysia’ ini sama ada muncul di tv ataupun membuat persembahan dalam Mega konsert seperti pembukaan atau penutup Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017? Bukankah orang Asia ramai yang mengenali Shila Amzah? Dia telah pun mengharumakan nama Negara melalui cabang seni! 

Selamat berjung wira wira negara! 

Bangkit bersama Kuala Lumpur 2017!  
33

Bagus
36

Marah
44

Terkejut
38

Sedih
26

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (205 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raradhia 16-8-2017 12:36 PM
anggap lah rezeki org lain. .
Quote cik_kembong 16-8-2017 12:38 PM
Shila memang tak pernah dapat peluang untuk national event.

Quote mieymiey 16-8-2017 12:40 PM
Shilala, kongsi tips runcingkan dagu please
Quote sayang_mulut 16-8-2017 12:41 PM
katanya siti was the first choice but she turned down.. dpt ke dayang.. kalau betul, siti masih x leh keje ngn ramli ms la agaknye
Quote marla69 16-8-2017 12:43 PM
Dah rezeki dayang..
Quote samasam90 16-8-2017 12:45 PM
richie kan reputs kertu.. so boleh la speku reputs2 bobies eh newbies yg boikot shilalat.

awat boikot shilalat? mohon bagi pencerahan sat porumer sekalian..
Quote prizadane 16-8-2017 12:46 PM
Tak pernah rasa shila ni malaysia sweetheart... apatah lagi asia sweetheart. Takpe lah shila..bukan rezeki awak la tu.
Quote chinta89 16-8-2017 12:51 PM
Bagi peminatnya di sebelah sana mereka memanggil Shila sebagai `Xila’,  sebutannya terserah pada anda….


richi dh tau awal2 nt org tanya mcmne nk sebut...
Quote chikumanis 16-8-2017 12:55 PM
mohon shilalat tidak mendongak ke langit jew...

btw, bukan rezeki dia kan..
Quote taksukapeanut 16-8-2017 12:56 PM
sayang_mulut replied at 16-8-2017 12:41 PM
katanya siti was the first choice but she turned down.. dpt ke dayang.. kalau betul, siti masih x le ...

mungkin jugak ct tengah mengandung.. morning sickness yang teruk and dia kena jaga kandungan

Quote maisakurada 16-8-2017 12:56 PM
maaf...stp kali shilala bukan mulut...aku pitam...
Quote mzzenma 16-8-2017 01:00 PM
lagu sukan sea dayang yang nyanyi eh..ingatkan anak pak aris yang nyanyi..

mohon dayang jangan nyanyi macam nak berak tak berak please..
Quote masdiana-ana 16-8-2017 01:02 PM
iols suka shila nie dia berbakat...tapi iols agak kurang suka dgn ND lala yg mcm perasan bagus..
Quote fynnkakiblock 16-8-2017 01:03 PM
Edited by fynnkakiblock at 16-8-2017 01:34 PM
taksukapeanut replied at 16-8-2017 12:56 PM
mungkin jugak ct tengah mengandung.. morning sickness yang teruk and dia kena jaga kandungan

Bile pulak ct mengandung tok k ckp tak
Quote Joehanna 16-8-2017 01:03 PM
Suka suara shilah,,sedap..
Quote sayabudakkeyeel 16-8-2017 01:04 PM
bukan rezeki awak la shila...

by d way, ada sesapa tau tak sapa yg perform nanti time opening/closing? kalau ada shila/yuna/dayang/noraniza idris/siti (but ada kata siti dh tolak???) lagi best... i selalu dok tgk youtube yg sukan commonwealth tu je. seronok, tu yg beli tiket opening. tapi takde pulak bagitau sape perform
Quote sepitsiput 16-8-2017 01:06 PM
cik_kembong replied at 16-8-2017 12:38 PM
Shila memang tak pernah dapat peluang untuk national event.

bukan dulu sukan olimpik 2012 sheols ke nyanyi utk team malaysia?

satu lagi, stella amza ni popular ke kt SEA? kalau kt East Asia yes, tp SEA krik krik jua.. ni sukan Sea je pun..kLau sukan asia barulah vazzz dgn status stella sbg penyanyi asia

anyways, tahun 2001sitot pun butthurt jua khenn x dipanggil perform kt Sukan Sea KL? time tu Fauziah Latif yg dpt job tu.
Quote budakshinchan 16-8-2017 01:07 PM
Aliff Satar lagi layak perform lagu lagu tema camni.. walo dia bukan penyanyi no1 Malaysia #sehatisejiwa
Quote Jigglyjiggle 16-8-2017 01:11 PM
Adakah richie ni reputs kertu sebuah akhbar? Tau dia sorg je puji SA ni

Lihat semua komen(189)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.286254 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top