Awas ya! Di kala pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida dikatakan sedang menerima beratus-ratus resume daripada lelaki yang ingin menjadi suaminya, ada pihak yang tidak bersetuju dan berpuas hati!
Pihak tersebut adalah anaknya sendiri yang dikenali sebagai Cik B. Bagi yang sering mengikuti perkembangan semasa Vida, memang Cik B ini sering muncul dalam media sosial ibunya itu. Baru-baru ini, Cik B muncul lagi dengan video terbaharunya memberi amaran kepada jejaka di luar sana yang cuba mendekati ibunya yang dipanggil mama. “Ini perisai saya! Jangan sesiapa berani dekat dengan mama, nak kahwin dengan mama. Saya tak bagi! Siapa-siapapun...Semua tu nak perhatian, nak duit. Saya tahu la.
“Kenapa nak kahwin dengan mak saya? Nak glemer? Nak kaya? Nak duit?” ujarnya tegas. Memang nampak tak puas hati betul ya Cik B! Tapi baguslah kerana walaupun baru berusia 12 tahun anak ini sudah bertindak mempertahan dan melindungi ibunya. Video tersebut segera mendapat perhatian para netizen. Mereka berasa terhibur dan dalam masa sama kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh Cik B. Berikut merupakan antara komen para netizen: Bagi yang mengutuk rupa fizikal Cik B memang tidak wajar. Berilah peluang dan cuba memahami perasaan anak-anak. Dah tentu anda pun tak suka jika lelaki sebarangan ingin mengahwini ibu anda..bukan begitu? - CARI
|
12
Bagus |
6
Marah |
8
Terkejut |
4
Sedih |
3
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT