CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Betul Ke Anak Muda Tak Cinta Negara?

18-8-2017 11:54 AM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 4239| Komen: 24

Apa kaitan bendera negara dengan patriotisme?

Bagi Tengku Adnan Mansor, Menteri Wilayah Persekutan, Jalur Gemilang berkait rapat dengan semangat cintakan negara.


Lalu Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan menuduh warga Kuala Lumpur khususnya generasi muda “kurang patriotik” kerana  tak kibar bendera. 

Kata beliau kerajaan setiap tahun mengagihkan bendera kebangsaan secara percuma kepada orang ramai untuk menyemarakkan bulan kebangsaan. Atau menurut panggilan lazim bulan kemerdekaan.

Foto: Ismaweb
Tapi menurut pak menteri “orang muda ambil bendera tapi tak kibar bendera”.

Lantas beliau kecewa dan menuduh generasi muda menyambut bulan kemerdekaan “sambil lewa”.


Ku Nan dilaporkan mahu semangat patriotisme di kalangan rakyat  khususnya orang muda “dipertingkatkan”. Bagaimana caranya tak pula beliau huraikan.

Benar ke orang muda tak patriotik? Sebab tak kibar Jalur Gemilang?

Saya  bukan orang muda. Dan saya sendiri tak kibar bendera Malaysia di rumah menjelang hari Merdeka. Adakah saya tak sayang Malaysia?

Bagi saya cinta, sayang, setia terhadap negara tidak terletak di atas bendera walau pun diakui bendera lambang kedaulatan negara.
 
Foto: Mstar
Patriotisme mesti dilihat juga pada sudut komitmen dan tanggungjawab rakyat terhadap negara. Saya boleh go on and on tapi cukuplah takat ni.

Tidak boleh dinafikan ada orang yang tak senang dengan pemimpin politik tetapi mereka tetap sayang dan setia terhadap negara.

Saya tidak mahu mengaju soalan adakah orang yang kibar bendera benar benar patriotik. Untuk berlaku adil saya akui mereka benar setia dan cintakan negara. Sama juga dengan sebilangan besar orang yang tak kibar bendera. Mereka juga setia dan cintakan negara.

Foto: Astro Awani
Bagi saya tuduhan orang (tak kiralah orang muda atau orang tua) tak patriotik hanya kerana tak kibar bendera adalah tuduhan yang tidak adil.

Selamat Merdeka semua.

19

Bagus
17

Marah
8

Terkejut
20

Sedih
21

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heyyu 18-8-2017 12:01 PM
Nak tengok bangse paling nasionalis di dunie tengoklah indon
Quote cewekbopot 18-8-2017 12:40 PM
heyyu replied at 18-8-2017 12:01 PM
Nak tengok bangse paling nasionalis di dunie tengoklah indon

stujuk!
Quote Super-M 18-8-2017 12:44 PM
nak cintakan sesuatu mcm kita cinta pada manusia juga. tak guna kita cakap i love u tapi dlm hati 0.

mcm tu juga cintakan negara, xguna cakap sayang malaysia, kibar bendera melambak tapi tak semangat sebenar kosong. maksudnya mcmni, xguna cakap sayang malaysia tapi kebas hak org lain,rasuah dll. melingkup negara,malukan negara, lpstu cerita tntg sayangi malaysia,atuk dia.
Quote white_musk 18-8-2017 01:05 PM
Rakyat malaysia negara low class ini tak perlulah kibarkan bendera malaysia yg copycat bendera amerika nun.  31 august ni baca je qoran dari subuh sehingga menjelang malam.  Lebih berokoh..  Haha
Quote redapple10 18-8-2017 01:07 PM
Kalau syg katakan syg,tidak aku ternanti-nanti
Quote gede-bab 18-8-2017 03:51 PM
Bukan tak patriotik...tapi kedekut ..dok tunggu bendera free..
Quote RatuDunia94 18-8-2017 04:41 PM
Semangat Patriotik ni bukan semata kibar bendera or berdegau2 beramtam dgn ummah luar negara lain kat internet...
Pd meols kalo ko jd rakyat yg berguna pd negara dan masyarakat pon dh bermakna ko sayangkan negara..
Quote emmet_23 18-8-2017 05:02 PM
klu tgk pada masa hari perarakan Medeka, golongan muda lah yg paling ramai menyertai dan mengibarkan Jalur Gemilang...
Quote Buritan 18-8-2017 05:06 PM
white_musk replied at 18-8-2017 01:05 PM
Rakyat malaysia negara low class ini tak perlulah kibarkan bendera malaysia yg copycat bendera ameri ...

Hakku nak tambah skit ayat ko tuu..

#donedakwah.. tera hang no ngaji quran sampai lama cam tuu
Quote oppol 18-8-2017 05:13 PM
heyyu replied at 18-8-2017 12:01 PM
Nak tengok bangse paling nasionalis di dunie tengoklah indon

Macam mana nak rasa nasionalis,sedangkan moyang berasal dari indon india china............
Quote white_musk 18-8-2017 05:33 PM
Buritan replied at 18-8-2017 05:06 PM
Hakku nak tambah skit ayat ko tuu..

#donedakwah.. tera hang no ngaji quran sampai lama cam tuu

Sebagai penganot ugama isle,  kena pandai ngaji qoran dik.  Baru lah Tohan sayang dan lindungi daripala malapetaka bencana alam, fitnah orang2 kafir etis dan sebagainya
Quote siskepoh 18-8-2017 05:36 PM
jarang dah nampak letak bendera pada kereta. masa sis kecik dulu penuh kat jalan raya
Quote heyyu 18-8-2017 06:11 PM
oppol replied at 18-8-2017 05:13 PM
Macam mana nak rasa nasionalis,sedangkan moyang berasal dari indon india china............

Nenek moyang indon dari benua sunda sebelum cina dan india datang pun indon dah ade binaan patung gergasi sendiri kat sulawesi
Quote Buritan 18-8-2017 06:38 PM
white_musk replied at 18-8-2017 05:33 PM
Sebagai penganot ugama isle,  kena pandai ngaji qoran dik.  Baru lah Tohan sayang dan lindungi dar ...

#donedakwah...
Quote DARSITA 19-8-2017 06:55 AM
Jangan ckp yang muda yang tua pun dah tak angkat pot dgn patriotisme.


Quote ultra78 19-8-2017 07:49 AM
Masalah besar Malaysia adalah apabila orang menyamakan negara dengan kerajaan yg memerintah negara. Kerajaan yg memerintah pulak disamakan dengan parti politik. Parti yg memerintah tu pulak merasakan semua jentera kerajaan itu milik parti.
Quote jebatmaspunyer 19-8-2017 02:31 PM
Edited by jebatmaspunyer at 19-8-2017 02:33 PM

memang semangat nasionalisme dah menurun.. itu memang aku perasan.. Banyak faktor yang menyumbang kepada semangat nasionalisme dan salah satu adalah kredibility pemimpin.  aku sebagai belia malu dan sedih dengan sebahagian pemimpin-pemimpin negara sekarang ni.. sangat tidak matang dalam menjalankan tugas... gaji dibayar oleh rakyat.. kalau ikut logik, mereka harus berkhidmat untuk rakyat bukan sebaliknya.. ni masing2 poket kembung dengan duit rakyat.. ekonomi bertambah teruk tapi mereka tanpa segan silu menggunakan duit rakyat untuk urusan peribadi.. mana sifat amanah yang sepatutnya menjadi teras dalam melaksanakan tugas?

Aku faham kenapa Tun Mahathir tak boleh berehat selepas dia bersara. Melihat negara yang dia cuba bangunkan musnah dengan korupsi. Ya aku menghormati Tun Mahathir walaupun sekarang ni banyak isu-isu yang ditimbulkan untuk memburukkan beliau. Kes 1MDB masih segar belum lagi dapat diselesaikan sibuk mahu menyiasat perkara yang sudah berlaku berpuluh tahun dulu. Selesaikan dulu kes 1MDB tu. Fokus!!! Ini tidak, perkara yang perlu dipersoalkan tak boleh dipersoalkan sedangkan perkara itu yang memberi impak semasa kepada negara. Hanya kerana hendak menjaga kepentingan orang tertentu bukan kepentingan negara. Nasionalisme, integrity, amanah semua buang ke laut. Media pula diperguna untuk menyebar auta bukan fakta.

Kalau Tun Mahathir pemimpin yang teruk, kenapa beliau popular dan dihormati dalam kalangan pemimpin-pemimpin luar bahkan rakyat negara lain juga menghormati Tun Mahathir dan memberi impak positif kepada Malaysia. Mungkin dalam negara sokongan boleh dibeli tapi rasa hormat dan sokongan dari negara luar boleh dibeli kah? Vote can be bought (sadly), but not respect and good name.

Quote balakkampung 19-8-2017 02:39 PM
aku akui...rasa semangat tu dah tak sama macam zaman TUN dulu...zaman dulu jgn kata bendera..masa sukan komenwel pon berapi2 semangat cintakan negara..sanggup tu berhimpit2 kat stadium..mungkin zaman NAJIB ni ramai anak2 muda termasuk aku,  yg dah kecewa dan sakit hati...kenapa sakit hati...paham2 la sendiri...
Quote dizzzek 19-8-2017 04:26 PM
di malaysia
umno = negara
ptui

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.054932 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top