CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ini Stadium Ke Atau Tapak Pelupusan Sampah? Gambar Aib Stadium Shah Alam Jadi Viral

28-8-2017 06:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9632| Komen: 40|Original author: Oleh: Adib Za

Malu dan mengaibkan! 

Mungkin itulah ucapan paling tepat menggambarkan betapa teruknya keadaan Stadium Shah Alam selepas perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia sempena Sukan SEA Sabtu lalu. 


Seorang netizen bernama Zulkifly Hassan berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan keadaan luar stadium yang dipenuhi sampah sarap selepas perlawanan tersebut.


"Juarakah kita? Post Malaysia vs Indonesia semi final bola sepak sukan SEA 2017."

Status berkenaan segera mendapat perhatian ramai netizen lain yang nyata terkejut dan turut bersedih dengan sikap para penonton. 

Ini kerana bukan sedikit, malah hampir segenap ruang luar stadium ditimbuni sampah sarap.


Anda boleh melihat sendiri beberapa keping gambar menyedihkan ini seperti berikut: 







"Ini stadium ke atau kawasan pelupusan sampah?"

"Memang tong sampah tak cukup tapi di mana sivik para penonton?"

Itu antara beberapa komen yang diluahkan oleh netizen. 


Bagaimana pula dengan anda? Siapa yang patut dipersalahkan dan apakah solusi terbaik untuk masalah ini? - CARI 

25

Bagus
16

Marah
35

Terkejut
25

Sedih
13

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (140 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninnakarinna 28-8-2017 07:07 PM
Setiap org uruskan sampah masing2. Settle.

Di tempat kejadian, kalau jumpa tong sampah-buang. Kalau tak jumpa tong sampah-simpan.

Bawa masuk dlm keta. Bawa balik umah/berenti kat mana2-jumpa tong sampah-buang.

Ni tidak. Sorang buang sampah merata. Kau pun ikut. Orang lain tengok kau buang, orang lain pun ikut.

Jadilah seperti gambar di atas.

Quote rainbow259 28-8-2017 07:14 PM
teruknyaa.. mind klas ketiga rkyat malaysia. lain kli bwk satu plastik kosong gi stadium.. bkn susah pn
Quote Shirley23 28-8-2017 07:24 PM
Kotornya alahai. Masih jauh lagi sebelum nak capai standard kebersihan tempat2 awam seperti di jepun dan negara2 maju yang lain.
Quote Shirley23 28-8-2017 07:26 PM
Edited by Shirley23 at 28-8-2017 07:27 PM

sorry double post :]
Quote Burong_Hantuk 28-8-2017 07:33 PM
jijik kotor lah
Quote steadylady80 28-8-2017 07:39 PM
Kali ni pegi bawak plastik besar.. kutip je sampah kalo nampak.. sedikit sebanyak buat pahala masa final...
Orang tak mula.. kita mula...
Quote mujer_in_espejo 28-8-2017 07:46 PM
bangunan je tinggi2, tapi otak masih mundur
Quote moonbug 28-8-2017 07:55 PM
Mentaliti suka buang sampah merata ni puncanya
Quote Zasss777 28-8-2017 08:22 PM
Rumah diorang pun rupa mcm ni kot. Tu yg tak kisah dah tu!
Quote AbukRokok 28-8-2017 08:27 PM
kusam tak ber cat
Quote Skuau 28-8-2017 08:40 PM
Sapa yg uruskan ni...napa x kutip abis jer game tu....??? Nk gk kena 'viralkan'....
Quote Skuau 28-8-2017 08:40 PM
Sapa yg uruskan ni...napa x kutip abis jer game tu....??? Nk gk kena 'viralkan'....
Quote nur_blur 28-8-2017 08:45 PM
Hmmm tatau nak ckp kalau psl sampah ni, memasing takde kesedaran
Quote ReginaBeauty 28-8-2017 08:54 PM
Doesnt matter if its msians or indons tapi this kind of attitude is intolerable.

Bilalah mentality kita esp bab kebersihan akan berubah. Pergi negara orang pon still bawak this attitude memang memalukan.
Quote boyagombak 28-8-2017 09:02 PM
Ada 2 penyukong utamanyg banyak diStadium
1. Fan of HM
3.Fan of Indon Garudada
3.Fan berkecuali
Kalau kita lihat sepanjang perlawanan utama samaada di Stad Syah Alam @ Stad MPS, x timbulpun tntg timbunan dan sepahannsampah yg semacam disengajakan. Jadi bila ada org yg sakit hati sgt kalah dgn team HM wpun kunon main bagus sgt maka timbullah keadaan begini. Maka kita lihat kpd perlawan Final nnti adakah ada jgk gejala pembuangan sampah yg seolah2 disengajakan.
Sudah seharusnya pihak Perbadanan seluruh Stadium diMalaysia mengharamkan sebarang bentuk makanan & minuman dibawa berhampiran mahupun kedlm Stadium.
Kenakan hukuman saman dan denda yg lebeh berat mcm diprektiskan oleh Singapore.
Biarlah nak meghoyan sampai anak tekak tercabut pun pi mampuihla sama rakyat celaka yg tak mahu ambil tahu tntg etika kebersihan.
Sesiapa yg suka buang sampah merata2 tu pi tabur balik sampah depan laman rumahnya. Apa dia rasa? Seronok tak wahai pengotor lagi mengotorkan
Quote MyNameIsIris 28-8-2017 09:08 PM
Stadium ni memang konsepnya gini tak bercat ke? Dari zaman i study kat sini.. pintu kopak-kopak... i rajin gak menyelinap masuk tengok team selangor training.
Quote Elle_mujigae 28-8-2017 10:18 PM
mentaliti orang lain buat..kita pun boleh buat..
nampak seorang buang sampah merata-rata..semua rasa okay je utk buang sampah..
out of sight..out of mind...
Quote Jorja 28-8-2017 10:26 PM
Toilet kt sabah..swak..malaya..semua kotor..orang kita memang ramai pgotor. I terkecuali
Quote febreze 28-8-2017 11:53 PM
kt gate stadium, organizer kena sedekah plastik bag itam kt sekor2 malaun pprt yg masuk stadium..mcm sakai sekor2 tu x reti bersih..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.040629 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top