Pelbagai cara dilakukan penjenayah untuk mencapai tujuan mereka termasuklah melakukan penyamaran sebagai anggota polis bagi menyembunyikan niat jahat mereka.
Baru-baru ini bertempat di Pulau Pinang, seorang lelaki berusia 22 tahun menyamar sebagai pegawai polis dan menahan seorang perempuan warga Myanmar berumur 25 tahun untuk pemeriksaan sambil memaksanya melakukan seks oral. Memetik laporan The Star, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar mengesahkan kejadian tersebut berlaku kelmarin. Menurut Anuar Omar, ketika kejadian, suspek terserempak dengan mangsa berhampiran sebuah padang kawat dan suspek terus menyamar sebagai pegawai polis sambil berpura-pura menjalankan pemeriksaan.
Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah unit pangsapuri yang kosong dan memaksa mangsa melakukan seks oral. Selain itu, rantai emas dan anting-anting mangsa turut dirampas suspek, tambah Anuar. Namun perbuatan suspek yang menjijikkan itu berjaya didedahkan oleh seorang penghuni pangsapuri tersebut yang kebetulan berada di kawasan itu, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut itu. "Apabila penghuni itu sedar apa sebenarnya berlaku, penghuni itu pun memaksa suspek memulangkan semula semua barang kemas yang dirampasnya itu kepada mangsa, kemudian membuat laporan polis." Memetik laporan Kwongwah, Anuar Omar memaklumkan, suspek adalah seorang pekerja kontraktor Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Suspek juga tiada rekod kes jenayah sebelum ini dan hasil ujian kencing juga didapati negatif dadah. Tegasnya, pihak polis sedang mendapatkan kepastian berhubung identiti suspek daripada majlis perbandaran berkenaan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen377(B) Kanun Keseksaan berkaitan perbuatan luar tabii.- CARI
|
4
Bagus |
16
Marah |
17
Terkejut |
12
Sedih |
5
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
batmana replied at 30-8-2017 05:47 PM
sib baik penghuni yg jupe tu penghuni lelaki
klu la penghuni pmpn, mau dia serah gunting kt mangs ...
ADVERTISEMENT