Sempena Hari Kebangsaan ke-60, AladdinStreet menawarkan sesuatu yang luar biasa kepada para pembelinya. Laman jualan dalam talian itu menawarkan pelanggan tawaran hebat 60 jam di AladdinStreet.com.my bermula 31 Ogos!
Kempen yang dinamakan sebagai 60.60.60 itu juga membawa pengertian 60 tahun kemerdekaan, 60 tahun pertumbuhan dan 60 tahun perpaduan antara komuniti berbilang kaum. Loading FB Post... “AladdinStreet mencipta Kempen 60.60.60 dengan tawaran istimewa ke atas 60 barangan, potongan harga sehingga RM60 ke bawah untuk ratusan barang dalam tempoh 60 jam kempen bermula 31 Ogos sehingga 3 September.
“Pelanggan dalam talian boleh memanfaatkan tempoh cuti dengan kemudahan dan tawaran untuk membeli-belah melalui telefon bimbit mereka walaupun ketika melancong ke destinasi percutian masing-masing,” kata Naib Presiden Kanan Aladdin Group, Datuk Seri Dr Vincent Tiew. “Selain itu, pendaftar baru pada 31 Ogos juga berpeluang menyertai kempen ‘To United We Celebrate’ bagi empat pemenang yang dibawa melancong ke Manchester, England, manakala dua pemenang layak menerima Tiket Suit Hospitaliti untuk menonton perlawanan Manchester United di Old Trafford,” katanya lagi. Jadi, jangan lepaskan peluang dan segera layari AladdinStreet.com.my bermula hari ini sehingga 3 September untuk kempen 60.60.60! |
13
Bagus |
21
Marah |
11
Terkejut |
10
Sedih |
15
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MarryPottet replied at 30-8-2017 06:14 PM
alibaba lah, aladdin lah
awat cina pon galak guna nama fadang fasir dan tak guna nama cina mcm yap ...
ADVERTISEMENT