Malam tadi telah berlangsungnya perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA KL2017 antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Shah Alam. Nasib tidak menyebelahi Malaysia apabila Thailand berjaya merangkul emas dengan jaringan 1-0. Namun kemenangan Thailand telah menimbulkan kemarahan penyokong Malaysia kerana jaringan itu terhasil dari penjaga gol negara, Haziq Nadzli. Loading FB Video...
Kredit video - Sukan Star TV - sstv.my Penjaga gol negara tersilap langkah apabila bertindak menumbuk bola ketika Thailand membuat sepakan penjuru. Walaupun Haziq mungkin menjangkakan bola yang ditumbuk olehnya itu akan menidakkan jaringan gol lawan, namun jangkaannya ternyata silap apabila bola tersebut laju menerjah gol sendiri. Merasa kesal dan bersalah, Haziq tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Dia juga memberi penjelasan mengenai kesilapan yang telah dilakukannya itu. "Bola itu melencong ke dalam, saya nak tumbuk tetapi keadaan hujan menyebabkan saya tersilap ketika menumbuk keluar. Apa boleh buat, itu bukan rezeki saya, bukan saya sengaja. Kalau saya sengaja, tidak perlulah saya bermain". Tambah Haziq lagi, dia merasa terkilan kerana hanya disebabkan satu kesilapan yang tidak disengajakan, ramai yang mengecam dan menyalahkan beliau. "10 kali saya selamatkan gol, orang takkan ingat tetapi orang akan ingat sekali sahaja kesilapan saya. Siapa yang memberikan semangat kepada saya, terima kasih diucapkan. Siapa yang cakap macam-macam, itu hak mereka, saya tidak kisah". Pada pandangan penulis, Haziq tidak harus dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini. Memang sudah menjadi adat permainan, ada yang menang dan ada yang kalah. Jadi terimalah kekalahan Malaysia sebagai suatu ketentuan. Apa pun, tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Muda kerana telah berjuang sebaik mungkin ketika perlawanan malam tadi. Teruskan menyokong pasukan bola sepak kebangsaan kita! "Jika Tidak Mampu Menyokong Ketika Kalah, Jangan Bersorak Ketika Menang". - CARI |
6
Bagus |
13
Marah |
26
Terkejut |
17
Sedih |
17
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Jorja: "Being a good person is like being a goal keeper; no matter how many goals you save some people will remember only the one that you missed" - anon ...
ADVERTISEMENT